Ringgit mengukuh dalam ketidaktentuan berterusan perang dagang AS-China

KUALA LUMPUR: Ringgit mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada sesi pembukaan pada Jumaat berikutan Indeks Dolar AS (DXY) terus berada di bawah paras 100 mata dalam ketidaktentuan berterusan disebabkan ketegangan perdagangan antara Amerika Syarikat (AS) dan China.

Pada 8 pagi, mata wang tempatan naik kepada 4.3995/4150 berbanding dolar AS daripada 4.4050/4095 semasa ditutup pada Khamis.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid, berkata ringgit meningkat sebanyak 0.08 peratus kepada RM4.4073 berbanding dolar AS pada Khamis sejajar dengan DXY yang rendah.

“Berdasarkan kemerosotan semasa dolar AS, pasangan dolar AS-ringgit dijangka kekal berada pada paras RM4.40,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata, data terkini tuntutan awal pengangguran di AS berkurangan kepada 215,000 minggu lepas, menunjukkan daya tahan relatif dalam pasaran tenaga kerja AS walaupun berdepan dengan ketidaktentuan ekonomi yang berterusan.

Sementara itu, ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.

Ia rendah berbanding yen Jepun kepada 3.0893/1019 daripada 3.0849/0883 pada Khamis, merosot berbanding pound kepada 5.8368/8574 daripada 5.8331/8391, bagaimanapun meningkat berbanding euro kepada 5.0027/0203 daripada 5.0102/0154.

Mata wang tempatan mencatatkan prestasi lebih baik berbanding kebanyakan mata wang ASEAN.

Ia meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.3548/3705 daripada 3.3562/3601 dan mengukuh berbanding baht Thailand kepada 13.1651/2491 daripada 13.2211/2417.

Ringgit naik berbanding rupiah Indonesia kepada 261.3/262.4 daripada 261.6/262.0 dan meningkat berbanding peso Filipina kepada 7.76/7.80 daripada 7.77/7.79 sebelum ini. – BERNAMA

Coelho

Related Posts

KWSP Diramal Kekal Kukuh, Dividen 2025 Diunjur 6.3%–6.5%

KUALA LUMPUR, 16 Feb – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dijangka mengumumkan kadar dividen antara 6.3% hingga 6.5% bagi tahun kewangan 2025, menurut Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd,…

RAM Ratings Naikkan Penarafan YTL Corp, YTL Power ke Tahap AAA

KUALA LUMPUR — Agensi penarafan kredit RAM Ratings mengumumkan peningkatan penarafan kredit jangka panjang bagi YTL Corporation Berhad dan anak syarikat utamanya, YTL Power International Berhad, ke tahap tertinggi AAA,…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

Jaycorp Perkukuh Pegangan Tenaga Hijau, Ambil Alih Penuh Jaycorp Green Energy Sdn Bhd

  • May 5, 2026
Jaycorp Perkukuh Pegangan Tenaga Hijau, Ambil Alih Penuh Jaycorp Green Energy Sdn Bhd

Pengerusi NexG Tampil Jelaskan Isu, Tegaskan Tadbir Urus Diperkukuh

  • May 5, 2026
Pengerusi NexG Tampil Jelaskan Isu, Tegaskan Tadbir Urus Diperkukuh

Rizab Antarabangsa Malaysia Susut kepada AS$126.61 Bilion pada Mac 2026

  • April 30, 2026
Rizab Antarabangsa Malaysia Susut kepada AS$126.61 Bilion pada Mac 2026

Abdul Halim Aman dilantik ketua pesuruhjaya SPRM

  • April 25, 2026
Abdul Halim Aman dilantik ketua pesuruhjaya SPRM

EPB Sahkan Laluan ke Pasaran Utama, Pemegang Saham Beri Mandat Penuh

  • April 9, 2026
EPB Sahkan Laluan ke Pasaran Utama, Pemegang Saham Beri Mandat Penuh

Helios Lancar Projek Mega Solar RM5.5 Bilion di Kelantan, Sasar Penyenaraian di Bursa Frankfurt Tahun Ini

  • April 7, 2026
Helios Lancar Projek Mega Solar RM5.5 Bilion di Kelantan, Sasar Penyenaraian di Bursa Frankfurt Tahun Ini