Kerajaan digesa 13 persatuan labur semula kutipan WPL melalui KPK

KUALA LUMPUR:13 belas persatuan utama dalam sektor perladangan dan komoditi menggesa kerajaan supaya melabur semula kutipan Cukai Keuntungan Luar Biasa (WPL) ke dalam industri itu melalui Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK).

Gabungan persatuan itu berkata, langkah itu bertujuan memastikan kelestarian amalan perladangan, meningkatkan produktiviti dan meringankan beban subsidi minyak masak.

13 persatuan yang terlibat dalam gesaan itu ialah Malaysian Palm Oil Association (MPOA), Malaysian Estate Owners’ Association (MEOA), Sarawak Oil Palm Plantation Owners Association (SOPPOA), East Malaysian Planters Association (EMPA), Sarawak Dayak Oil Palm Planters Association (DOPPA), Palm Oil Millers Association (POMA) dan Malayan Edible Oil Manufacturers’ Association (MEOMA).

Selain itu ialah Malaysian Oleochemical Manufacturers (MOMG), Malaysian Biodiesel Association (MBA), Malayan Agricultural Producers Association (MAPA), Incorporated Society of Planters (ISP), Palm Oil Refiners Association of Malaysia (PORAM) dan National Association of Smallholders (NASH).

Dalam kenyataan bersama hari ini, persatuan-persatuan itu menegaskan pelaksanaan WPL telah menambah kos dan ketidakseimbangan, kerana syarikat perladangan juga diwajibkan menanggung subsidi program minyak masak negara. 

“Tiada industri selain perladangan dan komoditi yang dikenakan tindakan seumpama ini.

“Dana yang dikutip dari cukai tersebut tidak sepatutnya ‘hilang’ ke dalam hasil kerajaan, sebaliknya perlu disalurkan kembali untuk memperkukuh sektor ini,” kata gabungan persatuan itu.

Tambahnya, empat fokus utama boleh dimanfaatkan hasil penyaluran semula kutipan cukai tersebut iaitu untuk penanaman semula yang akan dapat mengurangkan kos terlalu tinggi melalui pinjaman mudah dan sokongan bersasar bagi meremajakan ladang yang sudah tua.

“Fokus kedua ialah untuk mekanisasi dan teknologi bagi mengurangkan kos buruh dan meningkatkan kecekapan dengan automasi, mekanisasi serta tenaga hijau.

“Fokus ketiga ialah untuk kelestarian dan akses pasaran dengan memastikan pematuhan kepada peraturan antarabangsa seperti pensijilan karbon serta tenaga boleh diperbaharui bagi mengekalkan akses pasaran.

“Seterusnya, peruntukan itu boleh digunakan untuk mengurangkan beban kerugian pengilang dan syarikat pembungkusan minyak dengan menyesuaikan harga siling atau menggunakan sebahagiannya untuk menampung subsidi,” kata 13 persatuan itu.

Persatuan-persatuan turut menegaskan perlunya semakan semula had cukai tersebut supaya ia hanya mengenakan cukai bagi keuntungan luar biasa dan tidak menghukum industri dengan kadar hampir setara kos pengeluaran.

“Kutipan WPL mesti dilaburkan semula ke dalam industri perladangan dan komoditi untuk mengekalkan produktiviti, mempercepat penanaman semula, memperkenalkan mekanisasi dan meringankan beban subsidi minyak masak. 

“Jika tidak, kelangsungan industri dan kestabilan bekalan boleh terjejas,” kata persatuan-persatuan itu.

Mereka menegaskan kerangka pelaburan dana WPL yang adil adalah penting untuk menyokong keselamatan makanan negara, pembangunan luar bandar dan kelestarian ekonomi dengan memastikan dana yang dikutip daripada perladangan dan komoditi  terus kembali kepada industri itu sendiri.

Goncalves

Related Posts

Rizab Antarabangsa Malaysia Susut kepada AS$126.61 Bilion pada Mac 2026

KUALA LUMPUR – Rizab antarabangsa Malaysia mencatatkan penurunan kepada AS$126.61 bilion pada akhir Mac 2026, berbanding AS$128.29 bilion yang direkodkan pada penghujung Februari lalu, menurut kenyataan rasmi oleh Bank Negara…

Malaysia sedia jawab siasatan AS, tolak dakwaan lebihan kapasiti bawa kepada lambakan

KUALA LUMPUR — Kerajaan Malaysia akan mengemukakan penjelasan rasmi kepada Amerika Syarikat berhubung dakwaan berkaitan lebihan kapasiti pengeluaran dan isu buruh paksa yang dibangkitkan dalam siasatan di bawah Seksyen 301…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

Jaycorp Perkukuh Pegangan Tenaga Hijau, Ambil Alih Penuh Jaycorp Green Energy Sdn Bhd

  • May 5, 2026
Jaycorp Perkukuh Pegangan Tenaga Hijau, Ambil Alih Penuh Jaycorp Green Energy Sdn Bhd

Pengerusi NexG Tampil Jelaskan Isu, Tegaskan Tadbir Urus Diperkukuh

  • May 5, 2026
Pengerusi NexG Tampil Jelaskan Isu, Tegaskan Tadbir Urus Diperkukuh

Rizab Antarabangsa Malaysia Susut kepada AS$126.61 Bilion pada Mac 2026

  • April 30, 2026
Rizab Antarabangsa Malaysia Susut kepada AS$126.61 Bilion pada Mac 2026

Abdul Halim Aman dilantik ketua pesuruhjaya SPRM

  • April 25, 2026
Abdul Halim Aman dilantik ketua pesuruhjaya SPRM

EPB Sahkan Laluan ke Pasaran Utama, Pemegang Saham Beri Mandat Penuh

  • April 9, 2026
EPB Sahkan Laluan ke Pasaran Utama, Pemegang Saham Beri Mandat Penuh

Helios Lancar Projek Mega Solar RM5.5 Bilion di Kelantan, Sasar Penyenaraian di Bursa Frankfurt Tahun Ini

  • April 7, 2026
Helios Lancar Projek Mega Solar RM5.5 Bilion di Kelantan, Sasar Penyenaraian di Bursa Frankfurt Tahun Ini