MyAirline gantung operasi berikutan tekanan kewangan

KUALA LUMPUR: Syarikat penerbangan tambang murah MYAirline mengumumkan penggantungan operasinya berkuat kuasa hari ini, 12 Oktober 2023 sehingga diberitahu kelak.

Syarikat itu dalam satu kenyataan memaklumkan, penggangtungan operasi itu disebabkan oleh tekanan kewangan sementara menunggu penstrukturan semula pemegang saham dan penjanaan semula modal syarikat itu.

“Kami amat kesal dan memohon maaf kerana terpaksa membuat keputusan ini kerana kami memahami kesannya terhadap penumpang setia kami, pekerja yang berdedikasi dan rakan kongsi.

“Kami telah bekerja tanpa jemu untuk meneroka pelbagai pilihan perkongsian dan penjanaan modal untuk mengelakkan penggantungan ini.

“Malangnya, kekangan masa menyebabkan kami tiada pilihan selain mengambil keputusan ini,” kata Ahli Lembaga Pengarah MYAirline dalam kenyataan tersebut..

Sementara itu, MYAirline turut menasihati penumpang yang terjejas supaya tidak ke lapangan terbang selain perlu mencari alternatif lain untuk ke destinasi mereka.

“Lembaga Pengarah, pemegang saham dan semua kakitangan MYAirline akan bekerja tanpa jemu untuk menyambung semula operasi secepat mungkin tetapi pada peringkat ini kami tidak dapat komited pada sebarang garis masa.

“Kami mengulangi permohonan maaf yang setulus-tulusnya atas sebarang kesulitan yang timbul daripada penggantungan ini dan akan melakukan yang terbaik untuk memaklumkan sebarang kemas kini sekiranya ada,” memetik kenyataan itu.

Pelanggan yang berdepan sebarang masalah boleh menghubungi [email protected] untuk mendapatkan bantuan sokongan.

Coelho

Related Posts

AirAsia jual enam A321neo baharu ketika tekanan tunai meningkat

KUALA LUMPUR, — AirAsia Group Berhad dilaporkan menjual enam daripada 10 pesawat Airbus A321neo serba baharu yang diterimanya sejak awal 2025, termasuk dua yang dijual pada Julai lalu, ketika syarikat…

Batu Kawan jual CCM kepada TMK Chemical pada harga RM939.87 juta

KUALA LUMPUR: Batu Kawan Bhd memeterai perjanjian bersyarat untuk menjual Chemical Company of Malaysia Bhd (CCM) kepada TMK Chemical Bhd pada harga RM939.87 juta, selepas lebih tiga bulan rundingan. Menurut…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

Fernandes yakin AirAsia mampu tangani kos bahan api, tidak perlukan ‘bailout’

  • September 19, 2026
Fernandes yakin AirAsia mampu tangani kos bahan api, tidak perlukan ‘bailout’

AirAsia jual enam A321neo baharu ketika tekanan tunai meningkat

  • September 19, 2026
AirAsia jual enam A321neo baharu ketika tekanan tunai meningkat

Batu Kawan jual CCM kepada TMK Chemical pada harga RM939.87 juta

  • September 18, 2026
Batu Kawan jual CCM kepada TMK Chemical pada harga RM939.87 juta

Zetrix AI Lepas seluruh 16.9% pegangan HeiTech Padu, transaksi dianggarkan RM27.5 Juta

  • September 5, 2026
Zetrix AI Lepas seluruh 16.9% pegangan HeiTech Padu, transaksi dianggarkan RM27.5 Juta

AIM Kecilkan Operasi Farmasi kepada Empat Cawangan Selepas Kerugian Terus Melebar

  • September 4, 2026
AIM Kecilkan Operasi Farmasi kepada Empat Cawangan Selepas Kerugian Terus Melebar

Kerajaan Intai Pengambilalihan ‘Jantung’ NexG, Datasonic Technologies Dinilai RM7.5 Bilion

  • August 20, 2026
Kerajaan Intai Pengambilalihan ‘Jantung’ NexG, Datasonic Technologies Dinilai RM7.5 Bilion