Tunku Kamariah gesa pemegang saham KNM keluar mengundi semasa EGM pada 16 Okt ini bagi menyelamatkan syarikat itu

KUALA LUMPUR: Puteri Johor, Tunku Kamariah Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Iskandar menggesa pemegang saham KNM Group Berhad untuk mengundi pada mesyuarat agung luar biasa (EGM) kumpulan itu yang dijadualkan pada 16 Oktober ini bagi melindungi hak mengundi mereka dan menyelamatkan syarikat itu.

Beliau menggesa pemegang saham KNM menunaikan tanggungjawab mereka bagi mengelakkan sebarang kemungkinan tuntutan mahkamah dan sebarang keputusan yang tidak diingini untuk kumpulan itu.

Tunku Kamariah juga membidas kenyataan yang memihak kepada ahli lembaga pengarah semasa (Lembaga Pengarah Tunku Datuk Yaacon Khyra) kerana beliau berhasrat untuk membentuk lembaga pengarah baharu bagi mengeluarkan syarikat daripada status Nota Amalan 17 (PN17).

Beliau percaya bahawa pengarah semasa KNM kekurangan sumber yang diperlukan bagi melaksanakan pemulihan syarikat dan ia diakui oleh Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan kumpulan itu, Ravindrasingham Balasingham dalam satu kenyataan rasmi pada 8 September lalu.

“Sesiapa sahaja boleh menjual aset syarikat pada harga yang tertentu tetapi itu bukan untuk kepentingan terbaik pemegang saham yang akan mengundi pada Isnin hadapan. Sudah tentu alternatif terbaik adalah mendapatkan sambungan serta suntikan wang baharu bagi tujuan pemulihan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

EGM itu mencadangkan pelantikan Tunku Kamariah, Andreas Heeschen, Edwin Silvester Das, Datuk Zaidi Mat Isa, William H Van Vliet III, Flavio Porro, dan Datuk Abd Ghani Yusof sebagai pengarah baharu.

Tunku Kamariah menekankan keyakinan terhadap kecakapan pengarah baharu yang dipilih sendiri bagi mengemudi KNM keluar dari status PN17 selain menggariskan visi lima tahun termasuk suntikan modal baharu, perolehan aset baharu bagi meningkatkan kapasiti semasa Borsig.

“Kami mempunyai sumber domestik dan Eropah untuk membantu KNM menyelesaikan pembayaran balik hutang. Mungkin, penghijrahan hutang dalam kira-kira 160 juta Euro melalui pinjaman penyambung & terbitan bon khas.

“Kami mempunyai sumber bagi mengumpul modal sekitar RM400 juta melalui latihan korporat yang sesuai,” katanya.

Beliau menjelaskan bahawa EGM bukanlah pertandingan Jerman menentang Malaysia seperti yang digambarkan kerana majoriti ahli lembaga pengarah yang dicadangkan dari pihaknya jelas adalah rakyat Malaysia. Sebaliknya, ia adalah mengenai usaha kerjasama antara kedua-dua negara bagi menyelamatkan kumpulan itu.

Tunku Kamariah juga menasihatkan lembaga pengarah semasa untuk menghentikan semua kenyataan palsu mengenai pengarah yang dicadangkan semasa EGM.

“Semua kenyataan memfitnah oleh laman web tertentu mengenai cadangan pengarah semasa EGM adalah tidak berasas dan perlu dihentikan.

“Tiada tangan ghaib di sebalik EGM ini. Kempen fitnah oleh laman web yang sama di Datuk Seri Teh Chee Teong sebagai mafia korporat Malaysia sememangnya bersifat kebudak-budakan. Beliau adalah rakan dan ahli perniagaan, yang mempunyai pengalaman luas dalam korporat Malaysia,” katanya.

Sementara itu, Tunku Kamariah juga mengalu-alukan Datuk Seri Mahmud Abu Bekir Taib untuk mengundi dalam EGM dan membantu dalam mengeluarkan KNM daripada PN17.

Semalam, Mahmud yang merupakan anak kepada Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud, muncul sebagai pemegang saham besar KNM selepas memperoleh 203.47 juta saham atau 5.03% kepentingan dalam syarikat itu.

Coelho

Related Posts

AirAsia jual enam A321neo baharu ketika tekanan tunai meningkat

KUALA LUMPUR, — AirAsia Group Berhad dilaporkan menjual enam daripada 10 pesawat Airbus A321neo serba baharu yang diterimanya sejak awal 2025, termasuk dua yang dijual pada Julai lalu, ketika syarikat…

Batu Kawan jual CCM kepada TMK Chemical pada harga RM939.87 juta

KUALA LUMPUR: Batu Kawan Bhd memeterai perjanjian bersyarat untuk menjual Chemical Company of Malaysia Bhd (CCM) kepada TMK Chemical Bhd pada harga RM939.87 juta, selepas lebih tiga bulan rundingan. Menurut…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

Fernandes yakin AirAsia mampu tangani kos bahan api, tidak perlukan ‘bailout’

  • September 19, 2026
Fernandes yakin AirAsia mampu tangani kos bahan api, tidak perlukan ‘bailout’

AirAsia jual enam A321neo baharu ketika tekanan tunai meningkat

  • September 19, 2026
AirAsia jual enam A321neo baharu ketika tekanan tunai meningkat

Batu Kawan jual CCM kepada TMK Chemical pada harga RM939.87 juta

  • September 18, 2026
Batu Kawan jual CCM kepada TMK Chemical pada harga RM939.87 juta

Zetrix AI Lepas seluruh 16.9% pegangan HeiTech Padu, transaksi dianggarkan RM27.5 Juta

  • September 5, 2026
Zetrix AI Lepas seluruh 16.9% pegangan HeiTech Padu, transaksi dianggarkan RM27.5 Juta

AIM Kecilkan Operasi Farmasi kepada Empat Cawangan Selepas Kerugian Terus Melebar

  • September 4, 2026
AIM Kecilkan Operasi Farmasi kepada Empat Cawangan Selepas Kerugian Terus Melebar

Kerajaan Intai Pengambilalihan ‘Jantung’ NexG, Datasonic Technologies Dinilai RM7.5 Bilion

  • August 20, 2026
Kerajaan Intai Pengambilalihan ‘Jantung’ NexG, Datasonic Technologies Dinilai RM7.5 Bilion