COO Prolintas Didakwa Terima Rasuah RM70 000, Mengaku Tidak Bersalah

  • News
  • January 27, 2025

KUALA LUMPUR: Ketua pegawai operasi (COO) kumpulan Prolintas didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan meminta dan menerima rasuah berjumlah RM70,000.

Rostam Shahrif Tami, 59, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan hakim Rosli Ahmad.

Tertuduh yang kini diberi cuti dari bertugas, didakwa menerima rasuah daripada wakil syarikat Satunas Technologies Sdn Bhd sebagai balasan bagi penganugerahan pakej kerja Projek Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) kepada syarikat tersebut.

Kesalahan itu didakwa dilakukan pada 12 April 2023 di kawasan tempat letak kereta Masjid Ibnu Mas’ud di Kampung Datuk Keramat, Kuala Lumpur.

Rostam dituduh mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

Sabit kesalahan, beliau akan dikenakan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda minimum RM10,000.

Mahkamah menetapkan jaminan RM60,000 dengan syarat tambahan bahawa tertuduh perlu menyerahkan pasport dan melapor diri di pejabat SPRM terdekat setiap bulan.

Rostam diwakili peguam Dzulkifli Ahmad, manakala pihak pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nor Diana Nor Azwa.

Tarikh sebutan kes ditetapkan pada 27 Februari ini.

Coelho

Related Posts

  • News
  • November 14, 2025
Urgent Call For Sme Readiness As Malaysia Enters The Post E-Invoicing Era

Wezmart pushes digital, tax and AI transformation as SMEs brace for 2026 Kuala Lumpur, 14 November 2025 — Malaysia’s transition into a fully digitalised compliance environment accelerated this week as…

  • News
  • July 18, 2025
Ekonomi Malaysia dijangka berkembang 4.5% pada suku kedua 2025 – KP DOSM

KUALA LUMPUR, 18 Julai – Ekonomi Malaysia diunjur berkembang sebanyak 4.5% pada suku kedua 2025, didorong oleh penggunaan domestik yang kukuh dan perbelanjaan isi rumah yang stabil, menurut anggaran awal…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

Jaycorp Perkukuh Pegangan Tenaga Hijau, Ambil Alih Penuh Jaycorp Green Energy Sdn Bhd

  • May 5, 2026
Jaycorp Perkukuh Pegangan Tenaga Hijau, Ambil Alih Penuh Jaycorp Green Energy Sdn Bhd

Pengerusi NexG Tampil Jelaskan Isu, Tegaskan Tadbir Urus Diperkukuh

  • May 5, 2026
Pengerusi NexG Tampil Jelaskan Isu, Tegaskan Tadbir Urus Diperkukuh

Rizab Antarabangsa Malaysia Susut kepada AS$126.61 Bilion pada Mac 2026

  • April 30, 2026
Rizab Antarabangsa Malaysia Susut kepada AS$126.61 Bilion pada Mac 2026

Abdul Halim Aman dilantik ketua pesuruhjaya SPRM

  • April 25, 2026
Abdul Halim Aman dilantik ketua pesuruhjaya SPRM

EPB Sahkan Laluan ke Pasaran Utama, Pemegang Saham Beri Mandat Penuh

  • April 9, 2026
EPB Sahkan Laluan ke Pasaran Utama, Pemegang Saham Beri Mandat Penuh

Helios Lancar Projek Mega Solar RM5.5 Bilion di Kelantan, Sasar Penyenaraian di Bursa Frankfurt Tahun Ini

  • April 7, 2026
Helios Lancar Projek Mega Solar RM5.5 Bilion di Kelantan, Sasar Penyenaraian di Bursa Frankfurt Tahun Ini