RUU Kebebasan Maklumat akan dibentangkan di Parlimen tahun depan – PM Anwar

  • News
  • December 18, 2024

KUALA LUMPUR: Rang Undang-undang Kebebasan Maklumat (FOI) akan dibentangkan di Parlimen tahun depan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dalam catatan di laman Facebooknya hari ini, beliau berkata cadangan dasar penggubalan rang undang-undang itu dibincangkan pada mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Tadbir Urus Negara (JKKTN) pada Isnin (16 Dis).

“Mesyuarat bersetuju bahawa rang undang-undang ini perlu dibentangkan di Parlimen pada 2025 untuk meningkatkan ketelusan dalam perkhidmatan awam, dengan memastikan hak individu untuk mengakses maklumat di bawah bidang kuasa kerajaan dijamin dan dilindungi oleh undang-undang,” katanya.

Anwar menambah, mesyuarat itu turut mengambil maklum mengenai penubuhan Pasukan Petugas Khas Indeks Persepsi Rasuah (CPI), yang dipengerusikan oleh ketua setiausaha kerajaan.

Beliau berkata langkah ini diambil untuk meningkatkan imej dan persepsi negara berhubung tadbir urus yang baik dalam sektor awam di peringkat antarabangsa, khususnya dalam kalangan pelabur asing.

“Kerajaan bertekad untuk terus memperkukuh agenda tadbir urus negara, meningkatkan integriti, dan memerangi rasuah, selaras dengan aspirasi Malaysia Madani,” katanya.

-BERNAMA

Coelho

Related Posts

  • News
  • November 14, 2025
Urgent Call For Sme Readiness As Malaysia Enters The Post E-Invoicing Era

Wezmart pushes digital, tax and AI transformation as SMEs brace for 2026 Kuala Lumpur, 14 November 2025 — Malaysia’s transition into a fully digitalised compliance environment accelerated this week as…

  • News
  • July 18, 2025
Ekonomi Malaysia dijangka berkembang 4.5% pada suku kedua 2025 – KP DOSM

KUALA LUMPUR, 18 Julai – Ekonomi Malaysia diunjur berkembang sebanyak 4.5% pada suku kedua 2025, didorong oleh penggunaan domestik yang kukuh dan perbelanjaan isi rumah yang stabil, menurut anggaran awal…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

Jaycorp Perkukuh Pegangan Tenaga Hijau, Ambil Alih Penuh Jaycorp Green Energy Sdn Bhd

  • May 5, 2026
Jaycorp Perkukuh Pegangan Tenaga Hijau, Ambil Alih Penuh Jaycorp Green Energy Sdn Bhd

Pengerusi NexG Tampil Jelaskan Isu, Tegaskan Tadbir Urus Diperkukuh

  • May 5, 2026
Pengerusi NexG Tampil Jelaskan Isu, Tegaskan Tadbir Urus Diperkukuh

Rizab Antarabangsa Malaysia Susut kepada AS$126.61 Bilion pada Mac 2026

  • April 30, 2026
Rizab Antarabangsa Malaysia Susut kepada AS$126.61 Bilion pada Mac 2026

Abdul Halim Aman dilantik ketua pesuruhjaya SPRM

  • April 25, 2026
Abdul Halim Aman dilantik ketua pesuruhjaya SPRM

EPB Sahkan Laluan ke Pasaran Utama, Pemegang Saham Beri Mandat Penuh

  • April 9, 2026
EPB Sahkan Laluan ke Pasaran Utama, Pemegang Saham Beri Mandat Penuh

Helios Lancar Projek Mega Solar RM5.5 Bilion di Kelantan, Sasar Penyenaraian di Bursa Frankfurt Tahun Ini

  • April 7, 2026
Helios Lancar Projek Mega Solar RM5.5 Bilion di Kelantan, Sasar Penyenaraian di Bursa Frankfurt Tahun Ini