Zaliha nafi buat kenyataan media mengenai Titah Adendum

  • News
  • December 6, 2024

KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa menafikan mengeluarkan kenyataan media berhubung titah adendum berhubung penahanan di rumah Datuk Seri Najib Razak.

Tegas Zaliha, kenyataan media yang disebarkan di media sosial berhubung perkara tersebut adalah palsu.

“Untuk makluman, kenyataan media ini adalah PALSU dan tidak pernah dikeluarkan oleh saya,” tegasnya.

Beliau berkata, tindakan undang-undang juga akan dikenakan kepada pihak yang menyebarkan kenyataan palsu itu.

“Ini adalah satu tindakan yang tidak bertanggungjawab. Saya akan mengambil tindakan undang-undang kepada sesiapa yang mengeluarkan dan menyebarkan kenyataan media palsu ini,” kata Zaliha menerusi hantaran di laman Facebook pada Jumaat.

Menerusi kenyataan palsu itu, Zaliha sebagai menteri dipertanggungjawabkan dalam Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan dilaporkan mengesahkan adendum dikeluarkan bekas Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah pada 29 Januari adalah sahih dan benar.

“Sebagai menteri yang bertanggungjawab dalam Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan dengan ini mengesahkan adendum tersebut adalah sahih dan benar.

“Saya memohon agar semua pihak bertenang sementara menunggu keputusan Mahkaman Rayuan pada 6 Januari 2025 berkaitan perihal tersebut,” menurut kenyataan palsu itu.

Titah adendum yang dikatakan diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong ke-16 itu akan membolehkan Najib menjalani baki hukuman penjaranya di bawah tahanan rumah.

Coelho

Related Posts

  • News
  • November 14, 2025
Urgent Call For Sme Readiness As Malaysia Enters The Post E-Invoicing Era

Wezmart pushes digital, tax and AI transformation as SMEs brace for 2026 Kuala Lumpur, 14 November 2025 — Malaysia’s transition into a fully digitalised compliance environment accelerated this week as…

  • News
  • July 18, 2025
Ekonomi Malaysia dijangka berkembang 4.5% pada suku kedua 2025 – KP DOSM

KUALA LUMPUR, 18 Julai – Ekonomi Malaysia diunjur berkembang sebanyak 4.5% pada suku kedua 2025, didorong oleh penggunaan domestik yang kukuh dan perbelanjaan isi rumah yang stabil, menurut anggaran awal…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

Jaycorp Perkukuh Pegangan Tenaga Hijau, Ambil Alih Penuh Jaycorp Green Energy Sdn Bhd

  • May 5, 2026
Jaycorp Perkukuh Pegangan Tenaga Hijau, Ambil Alih Penuh Jaycorp Green Energy Sdn Bhd

Pengerusi NexG Tampil Jelaskan Isu, Tegaskan Tadbir Urus Diperkukuh

  • May 5, 2026
Pengerusi NexG Tampil Jelaskan Isu, Tegaskan Tadbir Urus Diperkukuh

Rizab Antarabangsa Malaysia Susut kepada AS$126.61 Bilion pada Mac 2026

  • April 30, 2026
Rizab Antarabangsa Malaysia Susut kepada AS$126.61 Bilion pada Mac 2026

Abdul Halim Aman dilantik ketua pesuruhjaya SPRM

  • April 25, 2026
Abdul Halim Aman dilantik ketua pesuruhjaya SPRM

EPB Sahkan Laluan ke Pasaran Utama, Pemegang Saham Beri Mandat Penuh

  • April 9, 2026
EPB Sahkan Laluan ke Pasaran Utama, Pemegang Saham Beri Mandat Penuh

Helios Lancar Projek Mega Solar RM5.5 Bilion di Kelantan, Sasar Penyenaraian di Bursa Frankfurt Tahun Ini

  • April 7, 2026
Helios Lancar Projek Mega Solar RM5.5 Bilion di Kelantan, Sasar Penyenaraian di Bursa Frankfurt Tahun Ini