Sapura Energy peroleh kontrak Pan Malaysia daripada Petronas Carigali

KUALA LUMPUR: Anak syarikat milik penuh Sapura Energy Bhd, Sapura Fabrication Sdn Bhd memperoleh kontrak penyediaan perkhidmatan penyelenggaraan luar pesisir Pan Malaysia, daripada Petronas Carigali Sdn Bhd.

Dalam kenyataannya semalam, syarikat itu berkata kontrak yang diperoleh melibatkan pembinaan, pengubahsuaian dan sambungan serta pentauliahan untuk ‘Pakej C2’ untuk aset Sarawak (SKA Oil).

“Skop kerja meliputi tenaga kerja, alatan, peralatan, bahan, bahan guna dan perkhidmatan berkaitan lain yang diperlukan untuk semua kerja berkaitan penyambungan dan pentauliahan ‘brownfield’ (lapangan minyak lama) dan ‘greenfield’ (lapangan minyak baharu),” katanya.

Kontrak itu juga termasuk perkhidmatan pengurusan projek, penyeliaan dan kakitangan pembinaan, pra-fabrikasi dan pemasangan darat, pengurusan kejuruteraan, perolehan, fabrikasi luar pesisir, pemasangan dan pentauliahan dan penyediaan perkhidmatan pihak ketiga.

“Kontrak itu diberikan untuk tempoh lima tahun berdasarkan panggilan keluar dan kadar yang dipersetujui,” tambahnya.

  • Coelho

    Related Posts

    Abdul Halim Aman dilantik ketua pesuruhjaya SPRM

    PUTRAJAYA, 25 April 2026 — Bekas hakim Mahkamah Tinggi, Abdul Halim Aman, dilantik sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang baharu berkuat kuasa 13 Mei ini, sekali gus…

    EPB Sahkan Laluan ke Pasaran Utama, Pemegang Saham Beri Mandat Penuh

    KUALA LUMPUR — EPB Group Bhd kini selangkah lebih hampir untuk melonjak ke liga utama Bursa Malaysia apabila pemegang sahamnya meluluskan pindaan penting terhadap perlembagaan syarikat, sekali gus membuka laluan…

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    You Missed

    Jaycorp Perkukuh Pegangan Tenaga Hijau, Ambil Alih Penuh Jaycorp Green Energy Sdn Bhd

    • May 5, 2026
    Jaycorp Perkukuh Pegangan Tenaga Hijau, Ambil Alih Penuh Jaycorp Green Energy Sdn Bhd

    Pengerusi NexG Tampil Jelaskan Isu, Tegaskan Tadbir Urus Diperkukuh

    • May 5, 2026
    Pengerusi NexG Tampil Jelaskan Isu, Tegaskan Tadbir Urus Diperkukuh

    Rizab Antarabangsa Malaysia Susut kepada AS$126.61 Bilion pada Mac 2026

    • April 30, 2026
    Rizab Antarabangsa Malaysia Susut kepada AS$126.61 Bilion pada Mac 2026

    Abdul Halim Aman dilantik ketua pesuruhjaya SPRM

    • April 25, 2026
    Abdul Halim Aman dilantik ketua pesuruhjaya SPRM

    EPB Sahkan Laluan ke Pasaran Utama, Pemegang Saham Beri Mandat Penuh

    • April 9, 2026
    EPB Sahkan Laluan ke Pasaran Utama, Pemegang Saham Beri Mandat Penuh

    Helios Lancar Projek Mega Solar RM5.5 Bilion di Kelantan, Sasar Penyenaraian di Bursa Frankfurt Tahun Ini

    • April 7, 2026
    Helios Lancar Projek Mega Solar RM5.5 Bilion di Kelantan, Sasar Penyenaraian di Bursa Frankfurt Tahun Ini