Belanjawan 2025: Peruntukan STR, SARA dinaikkan RM13 bilion berbanding RM10 bilion sebelumnya

KUALA LUMPUR: Berita baik untuk rakyat apabila Sumbangan Tunai Rahmah (STR) akan dinaikkan pada tahun depan.

Peruntukan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) meningkat sebanyak RM3 bilion iaitu daripada RM10 bilion kepada RM13 bilion.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata, peningkatan itu akan terus memberi manfaat kepada sembilan juta penerima atau bersamaan 60% penduduk dewasa negara.

“Ini bermakna pada tahun hadapan, seramai 4.1 juta penerima STR kategori isi rumah akan menerima SARA bernilai RM100 sebulan berbanding 700,000 penerima tahun ini.

“Bantuan SARA akan dikreditkan ke dalam MyKad penerima bermula April depan dan ini boleh dibelanjakan untuk membeli barangan asas seperti makanan dan minuman, ubat-ubatan, barang persekolahan serta kebersihan diri di lebih 600 pasar raya dan kedai runcit seluruh negara,” katanya ketika pembentangan Belanjawan 2025 di Dewan Rakyat, hari ini.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, golongan bujang pula akan menerima STR bernilai RM600 hasil tambahan peruntukan sama.

Jumlah itu sekali gus membolehkan kadar maksimum diterima isi rumah meningkat kepada RM4,600 berbanding RM3,700.

“Kita akui dan mendengar rungutan tentang kos sara hidup. Lantaran itu, kita mengambil langkah serta kebijakan ekonomi dengan meningkatkan peruntukan dan kadar maksimum bantuan tunai yang tertinggi pernah diberikan kerajaan dalam menangani kos sara hidup rakyat.

“Ini juga akan ditambah melalui peningkatan peruntukan bantuan tunai di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kepada RM2.9 bilion berbanding RM 2.4 bilion,” katanya.

Tambah beliau lagi, Bantuan Warga Emas juga dinaikkan kepada RM600 sebulan berbanding RM500 sebulan ketika ini.

Selain itu, kadar Bantuan Kanak-kanak Keluarga Miskin turut dinaikkan daripada RM200 kepada RM250 seorang untuk kanak-kanak berusia enam tahun dan ke bawah.

“Bagi kanak-kanak berusia tujuh hingga 18 tahun pula, bantuan mereka akan dinaikkan daripada RM150 kepada RM200 tertakluk kepada kadar maksimum RM1,000 sekeluarga,” katanya.

Dalam pada itu, Perdana Menteri berkata setiap keluarga isi rumah miskin yang mempunyai tiga anak layak menikmati jumlah bantuan lebih tinggi tahun ini dengan mereka menerima lebih RM13,000 setahun berbanding RM11,000 ketika ini.

Beliau berkata, ia suatu peningkatan amat ketara berbanding RM11,000 pada masa ini.

Sementara itu, warga emas miskin layak menerima bantuan lebih RM10,000 setahun berbanding RM8,000 sebelum ini.

“Ini bermakna tiada rakyat berpendapatan kurang RM1,100 sebulan dan ini belum mengambil kira bantuan daripada kerajaan negeri, (jabatan) zakat dan yayasan,” katanya.

Anwar juga berkata, menjadi tanggungjawab kerajaan untuk memastikan tiada keciciran.

Oleh itu, beliau berkata JKM dan Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri (JPM) harus berganding bahu dan menggandakan usaha verifikasi golongan miskin.

  • Coelho

    Related Posts

    Abdul Halim Aman dilantik ketua pesuruhjaya SPRM

    PUTRAJAYA, 25 April 2026 — Bekas hakim Mahkamah Tinggi, Abdul Halim Aman, dilantik sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang baharu berkuat kuasa 13 Mei ini, sekali gus…

    EPB Sahkan Laluan ke Pasaran Utama, Pemegang Saham Beri Mandat Penuh

    KUALA LUMPUR — EPB Group Bhd kini selangkah lebih hampir untuk melonjak ke liga utama Bursa Malaysia apabila pemegang sahamnya meluluskan pindaan penting terhadap perlembagaan syarikat, sekali gus membuka laluan…

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    You Missed

    Jaycorp Perkukuh Pegangan Tenaga Hijau, Ambil Alih Penuh Jaycorp Green Energy Sdn Bhd

    • May 5, 2026
    Jaycorp Perkukuh Pegangan Tenaga Hijau, Ambil Alih Penuh Jaycorp Green Energy Sdn Bhd

    Pengerusi NexG Tampil Jelaskan Isu, Tegaskan Tadbir Urus Diperkukuh

    • May 5, 2026
    Pengerusi NexG Tampil Jelaskan Isu, Tegaskan Tadbir Urus Diperkukuh

    Rizab Antarabangsa Malaysia Susut kepada AS$126.61 Bilion pada Mac 2026

    • April 30, 2026
    Rizab Antarabangsa Malaysia Susut kepada AS$126.61 Bilion pada Mac 2026

    Abdul Halim Aman dilantik ketua pesuruhjaya SPRM

    • April 25, 2026
    Abdul Halim Aman dilantik ketua pesuruhjaya SPRM

    EPB Sahkan Laluan ke Pasaran Utama, Pemegang Saham Beri Mandat Penuh

    • April 9, 2026
    EPB Sahkan Laluan ke Pasaran Utama, Pemegang Saham Beri Mandat Penuh

    Helios Lancar Projek Mega Solar RM5.5 Bilion di Kelantan, Sasar Penyenaraian di Bursa Frankfurt Tahun Ini

    • April 7, 2026
    Helios Lancar Projek Mega Solar RM5.5 Bilion di Kelantan, Sasar Penyenaraian di Bursa Frankfurt Tahun Ini