Beberapa negara ASEAN turut minat sertai BRICS – Anwar

  • News
  • October 15, 2024

KUALA LUMPUR: Beberapa negara ASEAN turut menunjukkan minat menyertai BRICS selepas Malaysia menyatakan hasrat untuk menjadi sebahagian daripada blok ekonomi itu, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata tumpuan ASEAN kekal kepada pemantapan ekonomi serantau bersama-sama rakan dialog untuk memastikan hubungan antara negara tidak terjejas.

“Asas ekonomi menjadi ukuran atau kriteria utama dan kita tidak mahu ASEAN menjadi gelanggang percaturan atau pertembungan kuasa-kuasa besar.

“Dahulunya, Amerika Syarikat (AS) dan Kesatuan Soviet dan sekarang AS dengan China. Hubungan kita dengan China akan terus ditingkatkan dan apabila kita mendekati BRICS, beberapa negara ASEAN turut mengambil keputusan yang sama,” kata beliau pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat di sini hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Seri Amirudin Shari (PH-Gombak) yang ingin mengetahui pendekatan yang akan digunakan pada masa depan untuk memastikan kestabilan ASEAN dapat dipelihara di saat menangani masalah geopolitik seperti hubungan China dan AS serta isu yang berlarutan dalam ASEAN. – BERNAMA

Coelho

Related Posts

  • News
  • November 14, 2025
Urgent Call For Sme Readiness As Malaysia Enters The Post E-Invoicing Era

Wezmart pushes digital, tax and AI transformation as SMEs brace for 2026 Kuala Lumpur, 14 November 2025 — Malaysia’s transition into a fully digitalised compliance environment accelerated this week as…

  • News
  • July 18, 2025
Ekonomi Malaysia dijangka berkembang 4.5% pada suku kedua 2025 – KP DOSM

KUALA LUMPUR, 18 Julai – Ekonomi Malaysia diunjur berkembang sebanyak 4.5% pada suku kedua 2025, didorong oleh penggunaan domestik yang kukuh dan perbelanjaan isi rumah yang stabil, menurut anggaran awal…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

Jaycorp Perkukuh Pegangan Tenaga Hijau, Ambil Alih Penuh Jaycorp Green Energy Sdn Bhd

  • May 5, 2026
Jaycorp Perkukuh Pegangan Tenaga Hijau, Ambil Alih Penuh Jaycorp Green Energy Sdn Bhd

Pengerusi NexG Tampil Jelaskan Isu, Tegaskan Tadbir Urus Diperkukuh

  • May 5, 2026
Pengerusi NexG Tampil Jelaskan Isu, Tegaskan Tadbir Urus Diperkukuh

Rizab Antarabangsa Malaysia Susut kepada AS$126.61 Bilion pada Mac 2026

  • April 30, 2026
Rizab Antarabangsa Malaysia Susut kepada AS$126.61 Bilion pada Mac 2026

Abdul Halim Aman dilantik ketua pesuruhjaya SPRM

  • April 25, 2026
Abdul Halim Aman dilantik ketua pesuruhjaya SPRM

EPB Sahkan Laluan ke Pasaran Utama, Pemegang Saham Beri Mandat Penuh

  • April 9, 2026
EPB Sahkan Laluan ke Pasaran Utama, Pemegang Saham Beri Mandat Penuh

Helios Lancar Projek Mega Solar RM5.5 Bilion di Kelantan, Sasar Penyenaraian di Bursa Frankfurt Tahun Ini

  • April 7, 2026
Helios Lancar Projek Mega Solar RM5.5 Bilion di Kelantan, Sasar Penyenaraian di Bursa Frankfurt Tahun Ini