Citaglobal melabur dalam syarikat teknologi sisa kepada tenaga Jerman, LAWI Engineering GmbH

KUALA LUMPUR: Citaglobal Bhd memeterai perjanjian dengan syarikat teknologi dan kejuruteraan sisa kepada tenaga (WTE) dari Jerman, LAWI Engineering GmbH (LAWI Germany) untuk perbincangan eksklusif serta kerjasama menawarkan penyelesaian teknikal dan kejuruteraan LAWI Germany.

Ia merangkumi sistem pembakaran berteknologi tinggi, reka bentuk dan kejuruteraan dandang, termasuk produk berpaten seperti LAWI EtaComb, LAWI EtaPlant dan LAWI EtaLogic kepada projek pengurusan sisa yang dikenal pasti dan disasarkan oleh Citaglobal serta entiti berkaitannya.

Ditubuhkan pada tahun 1996, LAWI Germany adalah peserta terkemuka dalam reka bentuk dan pembinaan sistem berkecekapan tinggi untuk penggunaan termal sisa pepejal.

Syarikat ini dimiliki sepenuhnya oleh pengasasnya, Dieter Langer, seorang warganegara Jerman.

Kepakaran LAWI Germany adalah dalam teknologi loji kuasa yang diperbaharui, terutamanya dalam WTE.

Syarikat ini telah menyiapkan lebih daripada 50 projek loji kuasa dengan kadar kejayaan 100 peratus dalam tempoh tiga dekad lalu di Asia Tenggara, Korea dan Eropah.

Kerjasama eksklusif antara Citaglobal dan LAWI Germany akan membolehkan kedua-dua pihak menjana pendapatan melalui pelesenan teknologi serta produk LAWI Germany kepada rakan kongsi yang berpotensi, selain menyediakan perkhidmatan kejuruteraan yang komprehensif.

Baru-baru ini, Citaglobal menubuhkan bahagian pengurusan sisa baharu untuk perniagaan pengurusan sisa dan aktiviti berkaitan dalam kumpulan, hasil kerjasama antara Citaglobal dan kumpulan Shanghai SUS Environment Co Ltd (SUS).

Pada pertengahan Julai lalu, Citaglobal menandatangani perjanjian rangka pembangunan bersama (JDFA) dengan SUS Holding Limited, anak syarikat milik penuh SUS, entiti berkaitan kerajaan China, bagi membangunkan projek WTE di Pahang dan projek biomass di Malaysia.

Kerjasama eksklusif dan potensi pelaburan dalam LAWI Germany akan diselia di bawah bahagian pengurusan sisa Citaglobal.

Pengerusi Eksekutif & Presiden Citaglobal, Tan Sri Mohamad Norza Zakaria, berkata peluang dalam sektor pengurusan sisa dan WTE sangat besar, terutamanya dengan kehadiran rakan teknologi yang berwibawa seperti LAWI Germany di teras bahagian pengurusan sisa kumpulan.

“Kerjasama ini memberikan kedudukan yang kukuh untuk mendapatkan kontrak dan meneroka peluang pelesenan strategik dengan negara jiran, sekali gus memberi nilai tambah kepada pemegang kepentingan kami.

“Dengan kerjasama terbaharu bersama LAWI Germany, kami sedang membina asas yang kukuh dalam sektor pengurusan sisa.

“Visi kami adalah untuk mengembangkan bahagian ini menjadi pemain utama di Asia Tenggara, dan akhirnya menjadikannya entiti yang berdiri sendiri serta disenaraikan secara awam dalam tempoh lima tahun akan datang,” katanya dalam satu kenyataan.

Sementara itu, Langer yang juga Ketua Pegawai Eksekutif LAWI Germany menyatakan bahawa beliau teruja untuk menyertai keluarga Citaglobal.

“Kami yakin dengan apa yang kami tawarkan. Rekod prestasi, paten serta teknologi canggih kami memberikan kelebihan yang besar untuk melaksanakan kebanyakan kerja WTE.

“Bersama Citaglobal, kami percaya bahawa matlamat untuk mencapai tahap seterusnya semakin hampir menjadi kenyataan,” katanya.

Coelho

Related Posts

AirAsia jual enam A321neo baharu ketika tekanan tunai meningkat

KUALA LUMPUR, — AirAsia Group Berhad dilaporkan menjual enam daripada 10 pesawat Airbus A321neo serba baharu yang diterimanya sejak awal 2025, termasuk dua yang dijual pada Julai lalu, ketika syarikat…

Batu Kawan jual CCM kepada TMK Chemical pada harga RM939.87 juta

KUALA LUMPUR: Batu Kawan Bhd memeterai perjanjian bersyarat untuk menjual Chemical Company of Malaysia Bhd (CCM) kepada TMK Chemical Bhd pada harga RM939.87 juta, selepas lebih tiga bulan rundingan. Menurut…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

Fernandes yakin AirAsia mampu tangani kos bahan api, tidak perlukan ‘bailout’

  • September 19, 2026
Fernandes yakin AirAsia mampu tangani kos bahan api, tidak perlukan ‘bailout’

AirAsia jual enam A321neo baharu ketika tekanan tunai meningkat

  • September 19, 2026
AirAsia jual enam A321neo baharu ketika tekanan tunai meningkat

Batu Kawan jual CCM kepada TMK Chemical pada harga RM939.87 juta

  • September 18, 2026
Batu Kawan jual CCM kepada TMK Chemical pada harga RM939.87 juta

Zetrix AI Lepas seluruh 16.9% pegangan HeiTech Padu, transaksi dianggarkan RM27.5 Juta

  • September 5, 2026
Zetrix AI Lepas seluruh 16.9% pegangan HeiTech Padu, transaksi dianggarkan RM27.5 Juta

AIM Kecilkan Operasi Farmasi kepada Empat Cawangan Selepas Kerugian Terus Melebar

  • September 4, 2026
AIM Kecilkan Operasi Farmasi kepada Empat Cawangan Selepas Kerugian Terus Melebar

Kerajaan Intai Pengambilalihan ‘Jantung’ NexG, Datasonic Technologies Dinilai RM7.5 Bilion

  • August 20, 2026
Kerajaan Intai Pengambilalihan ‘Jantung’ NexG, Datasonic Technologies Dinilai RM7.5 Bilion