Anwar nafi akan berlaku rombakan kabinet

  • News
  • August 12, 2024

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim nafi akan berlaku rombakan barisan Jemaah Menteri.

Ia susulan timbul desas-desus mengatakan seorang menteri penting akan digugurkan.

Anwar berkata beliau tidak mengetahui dan mendengar sama sekali berhubung perancangan rombakan Kabinet itu.

“Itulah, (saya) baru sahaja diberitahu. Saya tak dengar lagi…siapa yang nak tolong rombak (Kabinet)? Ini serius ni. Saya belum lagi mendengar mengenainya,” katanya kepada media di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur hari ini.

Terdahulu, media memetik sumber melaporkan seorang menteri mungkin akan dipindahkan ke kementerian lain atau digugurkan dari Jemaah Menteri.

Menurut sumber itu prestasi menteri terbabit telah ‘dipersoalkan’.

Seorang menteri besar pula dipercayai akan menjawat jawatan menteri, kata sumber itu.

Ketika diminta mengulas dakwaan menteri besar dilantik sebagai menteri, Anwar hanya berkata: “Selepas pilihan raya akan datang, insya-Allah.”

Kali terakhir Jemaah Menteri dirombak pada Disember tahun lalu dan dibesarkan daripada 29 menteri kepada 31 menteri.

Kali terakhir Jemaah Menteri dirombak adalah pada Disember tahun lalu, apabila bilangan menteri ditambah daripada 29 kepada 31.

Coelho

Related Posts

  • News
  • November 14, 2025
Urgent Call For Sme Readiness As Malaysia Enters The Post E-Invoicing Era

Wezmart pushes digital, tax and AI transformation as SMEs brace for 2026 Kuala Lumpur, 14 November 2025 — Malaysia’s transition into a fully digitalised compliance environment accelerated this week as…

  • News
  • July 18, 2025
Ekonomi Malaysia dijangka berkembang 4.5% pada suku kedua 2025 – KP DOSM

KUALA LUMPUR, 18 Julai – Ekonomi Malaysia diunjur berkembang sebanyak 4.5% pada suku kedua 2025, didorong oleh penggunaan domestik yang kukuh dan perbelanjaan isi rumah yang stabil, menurut anggaran awal…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

Jaycorp Perkukuh Pegangan Tenaga Hijau, Ambil Alih Penuh Jaycorp Green Energy Sdn Bhd

  • May 5, 2026
Jaycorp Perkukuh Pegangan Tenaga Hijau, Ambil Alih Penuh Jaycorp Green Energy Sdn Bhd

Pengerusi NexG Tampil Jelaskan Isu, Tegaskan Tadbir Urus Diperkukuh

  • May 5, 2026
Pengerusi NexG Tampil Jelaskan Isu, Tegaskan Tadbir Urus Diperkukuh

Rizab Antarabangsa Malaysia Susut kepada AS$126.61 Bilion pada Mac 2026

  • April 30, 2026
Rizab Antarabangsa Malaysia Susut kepada AS$126.61 Bilion pada Mac 2026

Abdul Halim Aman dilantik ketua pesuruhjaya SPRM

  • April 25, 2026
Abdul Halim Aman dilantik ketua pesuruhjaya SPRM

EPB Sahkan Laluan ke Pasaran Utama, Pemegang Saham Beri Mandat Penuh

  • April 9, 2026
EPB Sahkan Laluan ke Pasaran Utama, Pemegang Saham Beri Mandat Penuh

Helios Lancar Projek Mega Solar RM5.5 Bilion di Kelantan, Sasar Penyenaraian di Bursa Frankfurt Tahun Ini

  • April 7, 2026
Helios Lancar Projek Mega Solar RM5.5 Bilion di Kelantan, Sasar Penyenaraian di Bursa Frankfurt Tahun Ini