Belum Sesuai Laksana GST Semula – Amir Hamzah

KUALA LUMPUR: Kerajaan belum bercadang melaksanakan semula cukai barangan dan perkhidmatan (GST) kerana ia bersifat cukai kepenggunaan yang berasaskan luas.

Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, sekarang bukan masa sesuai untuk ia diperkenalkan semula memandangkan ada di antara rakyat terutamanya berpendapatan rendah sedang menghadapi cabaran kos sara hidup.

Jelas beliau, kerajaan memberi jaminan hanya akan memperkenalkan cukai yang tidak memberi kesan kepada golongan rentan sebelum menilai keperluan untuk cukai kepenggunaan baharu seperti GST, selain menambah baik sistem percukaian sedia ada.

“Sebarang perubahan dasar kepada sistem percukaian berasaskan kepenggunaan seperti melaksanakan semula GST perlu diteliti untuk memastikan ia bersifat profresif, mudah ditadbir, tidak beri impak negatif kepada kos sara hidup dan pertumbuhan ekonomi.

“Pada masa sama dapat menjana hasil yang mampan kepada kerajaan,” katanya pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau berkata demikian menjawab soalan tambahan Datuk Mohd Suhaimi Abdullah (PN-Langkawi) sama ada GST akan diperkenalkan semula kerana hasil kutipannya adalah lebih besar.

Coelho

Related Posts

Abdul Halim Aman dilantik ketua pesuruhjaya SPRM

PUTRAJAYA, 25 April 2026 — Bekas hakim Mahkamah Tinggi, Abdul Halim Aman, dilantik sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang baharu berkuat kuasa 13 Mei ini, sekali gus…

EPB Sahkan Laluan ke Pasaran Utama, Pemegang Saham Beri Mandat Penuh

KUALA LUMPUR — EPB Group Bhd kini selangkah lebih hampir untuk melonjak ke liga utama Bursa Malaysia apabila pemegang sahamnya meluluskan pindaan penting terhadap perlembagaan syarikat, sekali gus membuka laluan…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

Jaycorp Perkukuh Pegangan Tenaga Hijau, Ambil Alih Penuh Jaycorp Green Energy Sdn Bhd

  • May 5, 2026
Jaycorp Perkukuh Pegangan Tenaga Hijau, Ambil Alih Penuh Jaycorp Green Energy Sdn Bhd

Pengerusi NexG Tampil Jelaskan Isu, Tegaskan Tadbir Urus Diperkukuh

  • May 5, 2026
Pengerusi NexG Tampil Jelaskan Isu, Tegaskan Tadbir Urus Diperkukuh

Rizab Antarabangsa Malaysia Susut kepada AS$126.61 Bilion pada Mac 2026

  • April 30, 2026
Rizab Antarabangsa Malaysia Susut kepada AS$126.61 Bilion pada Mac 2026

Abdul Halim Aman dilantik ketua pesuruhjaya SPRM

  • April 25, 2026
Abdul Halim Aman dilantik ketua pesuruhjaya SPRM

EPB Sahkan Laluan ke Pasaran Utama, Pemegang Saham Beri Mandat Penuh

  • April 9, 2026
EPB Sahkan Laluan ke Pasaran Utama, Pemegang Saham Beri Mandat Penuh

Helios Lancar Projek Mega Solar RM5.5 Bilion di Kelantan, Sasar Penyenaraian di Bursa Frankfurt Tahun Ini

  • April 7, 2026
Helios Lancar Projek Mega Solar RM5.5 Bilion di Kelantan, Sasar Penyenaraian di Bursa Frankfurt Tahun Ini