Binastra terima kontrak RM313.7 juta daripada FYT Land untuk projek pembinaan pangsapuri di Kota Kinabalu

KUALA LUMPUR: Binastra Corporation Bhd menerusi Binastra Builders Sdn Bhd memperoleh kontrak bernilai RM313.7 juta daripada FYT Land (KK) Sdn Bhd.

Kontrak tersebut membabitkan kerja-kerja luaran, sempadan, cerucuk serta bangunan utama bagi pembinaan pangsapuri di Kota Kinabalu, Sabah.

Kumpulan itu dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia berkata, kerja-kerja luaran serta cerucuk itu adalah bagi pembinaan Menara A melibatkan 373 unit pangsapuri setinggi 34 tingkat dan Menara B melibatkan 389 unit pangsapuri setinggi 30 tingkat serta tempat letak kereta setinggi tujuh tingkat.

“Kontrak itu akan dilaksanakan bermula 19 Jun 2024 dan siap sepenuhnya pada 31 Julai 2027,” katanya.

Kumpulan itu berkata, kontrak itu dijangka menyediakan aliran pendapatan tambahan kepada mereka bagi tempoh empat tahun akan datang.

Katanya, kontrak itu dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan dan aset bersih sesaham kumpulan bagi tahun kewangan berakhir 31 Januari 2025 hingga 2028.

Coelho

Related Posts

Media Prima catat untung bersih RM20.7 juta tahun kewangan 2025

KUALA LUMPUR: Media Prima Bhd (Media Prima), kumpulan media bersepadu terbesar di Malaysia merekodkan keputusan kewangan bagi suku keempat yang kukuh sekali gus memberikan tempoh 12 bulan tahun kewangan 2025…

MBSB tarik balik kes saman pinjaman RM123 juta terhadap KNM

KUALA LUMPUR: KNM Group Berhad mengumumkan bahawa MBSB Bank Berhad secara rasmi menarik balik semua tindakan undang-undang yang difailkan sebelum ini terhadap kumpulan tersebut dan anak-anak syarikatnya. Selain itu katanya,…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

Jaycorp Perkukuh Pegangan Tenaga Hijau, Ambil Alih Penuh Jaycorp Green Energy Sdn Bhd

  • May 5, 2026
Jaycorp Perkukuh Pegangan Tenaga Hijau, Ambil Alih Penuh Jaycorp Green Energy Sdn Bhd

Pengerusi NexG Tampil Jelaskan Isu, Tegaskan Tadbir Urus Diperkukuh

  • May 5, 2026
Pengerusi NexG Tampil Jelaskan Isu, Tegaskan Tadbir Urus Diperkukuh

Rizab Antarabangsa Malaysia Susut kepada AS$126.61 Bilion pada Mac 2026

  • April 30, 2026
Rizab Antarabangsa Malaysia Susut kepada AS$126.61 Bilion pada Mac 2026

Abdul Halim Aman dilantik ketua pesuruhjaya SPRM

  • April 25, 2026
Abdul Halim Aman dilantik ketua pesuruhjaya SPRM

EPB Sahkan Laluan ke Pasaran Utama, Pemegang Saham Beri Mandat Penuh

  • April 9, 2026
EPB Sahkan Laluan ke Pasaran Utama, Pemegang Saham Beri Mandat Penuh

Helios Lancar Projek Mega Solar RM5.5 Bilion di Kelantan, Sasar Penyenaraian di Bursa Frankfurt Tahun Ini

  • April 7, 2026
Helios Lancar Projek Mega Solar RM5.5 Bilion di Kelantan, Sasar Penyenaraian di Bursa Frankfurt Tahun Ini