Boikot Starbucks sebabkan BFood rugi RM29.76 juta

KUALA LUMPUR: Berjaya Food Bhd (BFood) mencatat kerugian bersih berjumlah RM29.76 juta pada suku ketiga (S3) berakhir 31 Mac 2024, berbanding untung bersih RM15.94 juta bagi tempoh sama tahun lalu.

Bfood dalam satu kenyataan berkata, pendapatan Starbucks susut hampir separuh kepada RM138.65 juta selepas berdepan kempen boikot yang berterusan berikutan konflik di Asia Barat.

Bagi tempoh sembilan bulan berakhir 31 Mac 2024, BFood mencatatkan keuntungan bersih RM53.31 juta, merosot berbanding RM86.13 juta yang diraih bagi tempoh sama tahun lalu.

Kumpulan itu melaporkan pendapatan RM599.74 juta dan kerugian sebelum cukai RM44.65 juta berbanding pendapatan berjumlah RM844.22 juta.

Penurunan pendapatan dan kerugian sebelum cukai itu juga disebabkan kerugian sekali sahaja daripada pelupusan kepentingan ekuiti entiti kumpulan dalam Jollibean Foods Pte Ltd.

“Tidak termasuk perbelanjaan berkaitan pelaburan luar biasa, kerugian sebelum cukai adalah RM34.15 juta dalam tempoh semasa yang dikaji,” katanya.

Menurut BFood, prestasi perniagaan dijangkakan bertambah baik menjelang baki suku tahunan berakhir 30 Jun 2024.

Lembaga Pengarah tidak mengesyorkan sebarang dividen untuk suku dikaji.

“Lembaga pengarah berpendapat bahawa prestasi operasi perniagaan syarikat akan bertambah baik secara beransur-ansur sepanjang baki suku tahun kewangan berakhir 30 Jun 2024,” tambahnya.

Coelho

Related Posts

AirAsia jual enam A321neo baharu ketika tekanan tunai meningkat

KUALA LUMPUR, — AirAsia Group Berhad dilaporkan menjual enam daripada 10 pesawat Airbus A321neo serba baharu yang diterimanya sejak awal 2025, termasuk dua yang dijual pada Julai lalu, ketika syarikat…

Batu Kawan jual CCM kepada TMK Chemical pada harga RM939.87 juta

KUALA LUMPUR: Batu Kawan Bhd memeterai perjanjian bersyarat untuk menjual Chemical Company of Malaysia Bhd (CCM) kepada TMK Chemical Bhd pada harga RM939.87 juta, selepas lebih tiga bulan rundingan. Menurut…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

Fernandes yakin AirAsia mampu tangani kos bahan api, tidak perlukan ‘bailout’

  • September 19, 2026
Fernandes yakin AirAsia mampu tangani kos bahan api, tidak perlukan ‘bailout’

AirAsia jual enam A321neo baharu ketika tekanan tunai meningkat

  • September 19, 2026
AirAsia jual enam A321neo baharu ketika tekanan tunai meningkat

Batu Kawan jual CCM kepada TMK Chemical pada harga RM939.87 juta

  • September 18, 2026
Batu Kawan jual CCM kepada TMK Chemical pada harga RM939.87 juta

Zetrix AI Lepas seluruh 16.9% pegangan HeiTech Padu, transaksi dianggarkan RM27.5 Juta

  • September 5, 2026
Zetrix AI Lepas seluruh 16.9% pegangan HeiTech Padu, transaksi dianggarkan RM27.5 Juta

AIM Kecilkan Operasi Farmasi kepada Empat Cawangan Selepas Kerugian Terus Melebar

  • September 4, 2026
AIM Kecilkan Operasi Farmasi kepada Empat Cawangan Selepas Kerugian Terus Melebar

Kerajaan Intai Pengambilalihan ‘Jantung’ NexG, Datasonic Technologies Dinilai RM7.5 Bilion

  • August 20, 2026
Kerajaan Intai Pengambilalihan ‘Jantung’ NexG, Datasonic Technologies Dinilai RM7.5 Bilion