Ahli akademik ‘tidak berkualiti’ tidak wajar dijemput

  • News
  • April 26, 2024

SEPANG: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menyifatkan profesor dari Amerika Syarikat, Bruce Gilley sebagai ahli akademik yang “tidak berkualiti” atas kenyataan pro-Israel yang dibuatnya.

“Pensyarah berkualiti rendah tidak perlu dibawa masuk sebagai pensyarah pelawat pada mulanya.

“Menteri Pendidikan Tinggi sudah menjawab (isu ini),” katanya.

Anwar berkata demikian kepada media selepas Upacara Pecah Tanah Pusat Simulasi Penerbangan MAB Academy di MAB Academy di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), hari ini.

Beliau mengulas kenyataan kontroversi dibuat seorang profesor dipercayai pro-Israel, Dr Bruce Gilley, ketika tampil sebagai penceramah jemputan Universiti Malaya (UM) baru-baru ini.

Pada 23 April, ketika menyampaikan syarahan yang bertajuk “Adakah Malaysia akan menjadi kuasa sederhana yang aktif?” Bruce mengeluarkan kenyataan – “negara yang menyokong Holocaust kedua terhadap orang Yahudi tidak akan menjadi pemain yang serius dalam hal ehwal dunia, dan pastinya tidak akan pernah menjadi rakan atau rakan kongsi Amerika Syarikat.”

Kenyataan itu kemudian dikongsikan semula menerusi ciapan di laman X milik peribadinya, yang menarik perhatian masyarakat Malaysia terutamanya mahasiswa UM.

Susulan insiden itu, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) turut mengarahkan sebarang program dan aktiviti yang dijadual dihadiri seorang penceramah warga asing yang mengeluarkan kenyataan dilihat mencetuskan kontroversi dan tidak menghormati sentimen masyarakat seperti tular di media sosial dibatalkan segera.

Menterinya, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, dilaporkan berkata pihak kementerian mengambil maklum dan memandang serius berhubung isu yang berlaku itu.

“Susulan itu, saya sudah mengarahkan sebarang program dan aktiviti yang dijadual dihadiri penceramah berkenaan dibatalkan segera.

“Saya turut meminta UM untuk menyiasat perkara ini dan melaporkan segera butiran lanjut,” katanya dalam kenyataan kelmarin.

Semalam, pihak UM tampil memohon maaf kepada semua pihak sambil melahirkan rasa kesal terhadap kenyataan kontroversi dibuat Gilley.

Coelho

Related Posts

  • News
  • November 14, 2025
Urgent Call For Sme Readiness As Malaysia Enters The Post E-Invoicing Era

Wezmart pushes digital, tax and AI transformation as SMEs brace for 2026 Kuala Lumpur, 14 November 2025 — Malaysia’s transition into a fully digitalised compliance environment accelerated this week as…

  • News
  • July 18, 2025
Ekonomi Malaysia dijangka berkembang 4.5% pada suku kedua 2025 – KP DOSM

KUALA LUMPUR, 18 Julai – Ekonomi Malaysia diunjur berkembang sebanyak 4.5% pada suku kedua 2025, didorong oleh penggunaan domestik yang kukuh dan perbelanjaan isi rumah yang stabil, menurut anggaran awal…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

Jaycorp Perkukuh Pegangan Tenaga Hijau, Ambil Alih Penuh Jaycorp Green Energy Sdn Bhd

  • May 5, 2026
Jaycorp Perkukuh Pegangan Tenaga Hijau, Ambil Alih Penuh Jaycorp Green Energy Sdn Bhd

Pengerusi NexG Tampil Jelaskan Isu, Tegaskan Tadbir Urus Diperkukuh

  • May 5, 2026
Pengerusi NexG Tampil Jelaskan Isu, Tegaskan Tadbir Urus Diperkukuh

Rizab Antarabangsa Malaysia Susut kepada AS$126.61 Bilion pada Mac 2026

  • April 30, 2026
Rizab Antarabangsa Malaysia Susut kepada AS$126.61 Bilion pada Mac 2026

Abdul Halim Aman dilantik ketua pesuruhjaya SPRM

  • April 25, 2026
Abdul Halim Aman dilantik ketua pesuruhjaya SPRM

EPB Sahkan Laluan ke Pasaran Utama, Pemegang Saham Beri Mandat Penuh

  • April 9, 2026
EPB Sahkan Laluan ke Pasaran Utama, Pemegang Saham Beri Mandat Penuh

Helios Lancar Projek Mega Solar RM5.5 Bilion di Kelantan, Sasar Penyenaraian di Bursa Frankfurt Tahun Ini

  • April 7, 2026
Helios Lancar Projek Mega Solar RM5.5 Bilion di Kelantan, Sasar Penyenaraian di Bursa Frankfurt Tahun Ini