Serangan Iran cetus kenaikan harga emas, minyak

KUALA LUMPUR: Laporan awal membabitkan serangan Iran ke atas Israel hujung minggu lalu mencetuskan kenaikan harga emas dan minyak mentah.

CIMB Treasury and Markets Research dalam satu nota penyelidikan berkata, peningkatan konflik di Asia Barat menyaksikan harga emas meningkat melepasi paras tertinggi baharu AS$2,420 (RM11,537.30) seauns atau RM370.93 segram di tengah-tengah laporan awal, sebelum menyusut kepada AS$2,350 (RM11,203.60) atau RM360.20 segram.

Katanya harga minyak mentah Brent pula mengimbangi paras tertinggi harian pada AS$92 setong untuk ditutup 0.8 peratus lebih tinggi kepada AS$90.5 setong.

Konflik di Asia Barat meningkat selepas Iran melancarkan gelombang dron dan peluru berpandu dalam serangan balas terhadap Israel pada hujung minggu.

Sementara itu, CIMB Treasury and Markets Research berkata, hasil Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) jatuh mendadak dengan aktiviti penutupan pendek yang menguatkan rali selepas kerugian besar pada Rabu.

“Hasil 2-tahun turun tujuh mata asas (bps) kepada 4.90% selepas menghampiri paras 5.00%, manakala hasil 10-tahun ditutup tujuh bps lebih rendah selepas melepasi paras 4.50% ketika dagangan harian sebelum ia mengurangkan keuntungan.

“Indeks dolar AS (DXY) meneruskan keuntungan untuk sesi ketiga berturut-turut untuk mencapai paras 106.0, paras tertingginya sejak Oktober di tengah-tengah jangkaan bahawa Rizab Persekutuan (Fed) akan mengekalkan kadar faedah lebih tinggi untuk tempoh yang lebih lama,” katanya.

Firma penyelidikan pasaran itu menambah, pengukuhan dolar AS juga menimbulkan masalah bagi mata wang G10, yang merosot 0.4 hingga 1.5% dengan euro jatuh 0.8% di tengah-tengah keyakinan pasaran yang semakin meningkat terhadap pemotongan kadar Bank Pusat Eropah (ECB) pada Jun yang memacu penurunan mata wang itu sejak kebelakangan ini.

“Yen Jepun kekal tidak berubah pada sekitar 153.0 berbanding dolar AS, terendah dalam kira-kira tiga dekad.

“Mata wang serantau merosot berbanding dolar AS dengan dolar Singapura susut 0.6%, tetapi ringgit meningkat 0.5% melepasi paras 4.77 selepas dagangan dibuka semula.

“Yuan China pula jatuh 0.2% di tengah-tengah jangkaan bahawa People’s Bank of China (PBOC) membiarkan kadar pinjaman jangka sederhana 1-tahun tidak berubah,” katanya.

Coelho

Related Posts

Mojtaba Khamenei diangkat sebagai pemimpin tertinggi baharu Iran ketika perang makin memuncak

TEHRAN — Iran melantik Mojtaba Khamenei, anak kepada Ayatollah Ali Khamenei, sebagai pemimpin tertinggi baharu negara itu dalam suasana rantau Timur Tengah yang terus bergolak susulan konflik besar melibatkan Tehran,…

Pasaran Saham Indonesia Menjunam Lebih AS$80 Bilion, CEO Bursa Letak Jawatan

SINGAPURA/JAKARTA: Pasaran saham Indonesia berdepan salah satu episod kejatuhan paling buruk dalam beberapa tahun apabila nilai pasaran merosot lebih AS$80 bilion, perkembangan yang akhirnya membawa kepada peletakan jawatan Ketua Pegawai…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

Jaycorp Perkukuh Pegangan Tenaga Hijau, Ambil Alih Penuh Jaycorp Green Energy Sdn Bhd

  • May 5, 2026
Jaycorp Perkukuh Pegangan Tenaga Hijau, Ambil Alih Penuh Jaycorp Green Energy Sdn Bhd

Pengerusi NexG Tampil Jelaskan Isu, Tegaskan Tadbir Urus Diperkukuh

  • May 5, 2026
Pengerusi NexG Tampil Jelaskan Isu, Tegaskan Tadbir Urus Diperkukuh

Rizab Antarabangsa Malaysia Susut kepada AS$126.61 Bilion pada Mac 2026

  • April 30, 2026
Rizab Antarabangsa Malaysia Susut kepada AS$126.61 Bilion pada Mac 2026

Abdul Halim Aman dilantik ketua pesuruhjaya SPRM

  • April 25, 2026
Abdul Halim Aman dilantik ketua pesuruhjaya SPRM

EPB Sahkan Laluan ke Pasaran Utama, Pemegang Saham Beri Mandat Penuh

  • April 9, 2026
EPB Sahkan Laluan ke Pasaran Utama, Pemegang Saham Beri Mandat Penuh

Helios Lancar Projek Mega Solar RM5.5 Bilion di Kelantan, Sasar Penyenaraian di Bursa Frankfurt Tahun Ini

  • April 7, 2026
Helios Lancar Projek Mega Solar RM5.5 Bilion di Kelantan, Sasar Penyenaraian di Bursa Frankfurt Tahun Ini