Tun Razak Exchange pacu transformasi ekonomi, pemangkin inovasi – CEO TRXC

KUALA LUMPUR: Mercu tanda ikonik, Tun Razak Exchange (TRX) yang dirasmikan sebagai Pusat Kewangan Antarabangsa Malaysia, baru-baru ini, dijangka terus menjadi pemacu transformasi dan pemangkin inovasi, keusahawanan selain aspek penciptaan pekerjaan.

Ketua Pegawai Eksekutif TRX City Sdn Bhd (TRXC) Datuk Azmar Talib berkata TRX juga memaparkan keperluan Malaysia iaitu destinasi serba moden, mantap dan mampan yang menggalakkan pertumpuan minda perniagaan hebat bagi membentuk masa depan.

“Tempoh membangunkannya memakan masa 10 tahun dan kini TRX menjadi bukti visi impian besar Malaysia mewujudkan sebuah hab kewangan antarabangsa bertaraf dunia yang seiring dengan cita-cita negara untuk bersaing di pentas global,” katanya dalam satu kenyataan.

TRXC, anak syarikat milik penuh Menteri Kewangan (Diperbadankan), adalah pemaju induk daerah kewangan berkenaan.

Tersergam di kawasan seluas 28.33 hektar, TRX yang terletak di tengah-tengah ibu negara, juga mengetengahkan infrastruktur moden dan kemudahan terkini.

Azmar berkata TRX muncul sebagai hab perniagaan global yang dibarisi pelbagai syarikat serta komuniti lebih daripada 30,000 pekerja, termasuk 20,000 bergelar pekerja berpengetahuan.

“Pencapaian ini tidak mungkin dapat diraih tanpa sokongan rakan dalam kerajaan, pelabur yang yakin dengan Malaysia serta peluang yang ada dan menjadikan TRX dibarisi syarikat-syarikat mewah global serta tempatan,” katanya.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah merasmikan TRX sebagai Pusat Kewangan Antarabangsa Malaysia pada 23 Feb, 2024.

Pada majlis itu, Anwar yang juga Menteri Kewangan turut mengumumkan TRX menikmati status istimewa dengan tawaran insentif bagi syarikat yang memindahkan operasi mereka ke situ seperti elaun bangunan industri, pengecualian cukai 70 peratus daripada pendapatan berkanun selama lima tahun untuk pemaju hartanah dan pengecualian duti setem bagi perjanjian pinjaman serta perkhidmatan.

Rakan pelaburan TRX termasuk Kumpulan Lendlease dari Australia, Kumpulan Mulia dari Indonesia, HSBC Malaysia, AFFIN Group, CORE Precious Development Sdn Bhd, Veolia, IJM Group dan Prudential Malaysia.

Azmar berkata menerusi pembukaan (komponen runcit) The Exchange TRX dan TRX City Park seluas 4.04 hektar pada November, kawasan itu telah menerima kehadiran kalangan rakyat tempatan serta pelancong antarabangsa yang lebih meluas.

“Orang ramai memberi sambutan hebat terhadap komponen runcit dan gaya hidup kami. TRX kini menjadi simbol pembandaran yang sofistikated dan semakin pantas menjadi Daerah Pusat Perniagaan baharu Kuala Lumpur,” katanya. – BERNAMA

Coelho

Related Posts

Fernandes yakin AirAsia mampu tangani kos bahan api, tidak perlukan ‘bailout’

Tan Sri Tony Fernandes berkata AirAsia mempunyai kecairan yang mencukupi untuk menghadapi kenaikan kos bahan api jet, sambil menolak tanggapan bahawa syarikat penerbangan itu memerlukan bantuan kerajaan. Pengasas bersama AirAsia…

Gaji RM3,000 Ke Bawah Tak Perlu Setem Kontrak Kerja, HASiL Perjelas Peraturan

Kontrak pekerja bergaji lebih RM3,000 sebulan pula hanya memerlukan surat cara utama atau kontrak induk disetem dan diendorskan, manakala dokumen sampingan berkaitan penggajian yang sama tidak perlu melalui proses berkenaan.…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

Fernandes yakin AirAsia mampu tangani kos bahan api, tidak perlukan ‘bailout’

  • September 19, 2026
Fernandes yakin AirAsia mampu tangani kos bahan api, tidak perlukan ‘bailout’

AirAsia jual enam A321neo baharu ketika tekanan tunai meningkat

  • September 19, 2026
AirAsia jual enam A321neo baharu ketika tekanan tunai meningkat

Batu Kawan jual CCM kepada TMK Chemical pada harga RM939.87 juta

  • September 18, 2026
Batu Kawan jual CCM kepada TMK Chemical pada harga RM939.87 juta

Zetrix AI Lepas seluruh 16.9% pegangan HeiTech Padu, transaksi dianggarkan RM27.5 Juta

  • September 5, 2026
Zetrix AI Lepas seluruh 16.9% pegangan HeiTech Padu, transaksi dianggarkan RM27.5 Juta

AIM Kecilkan Operasi Farmasi kepada Empat Cawangan Selepas Kerugian Terus Melebar

  • September 4, 2026
AIM Kecilkan Operasi Farmasi kepada Empat Cawangan Selepas Kerugian Terus Melebar

Kerajaan Intai Pengambilalihan ‘Jantung’ NexG, Datasonic Technologies Dinilai RM7.5 Bilion

  • August 20, 2026
Kerajaan Intai Pengambilalihan ‘Jantung’ NexG, Datasonic Technologies Dinilai RM7.5 Bilion