LUNAS berjaya siapkan kerja naik taraf kapal ronda KM Siangin dalam tempoh ditetapkan

  • News
  • February 5, 2024

KUALA LUMPUR: Kapal ronda KM Siangin dijadualkan dihantar kembali kepada Agensi Penguatkuasaaan Maritim Malaysia (APMM) pada 7 Februari ini.

Kerja-kerja tersebut berjaya disempurnakan oleh anak syarikat Lumut Naval Shipyard Sdn. Bhd. (LUNAS), Boustead Langkawi Shipyard Sdn Bhd (BLS) yang terletak di Bukit Malut.

Kapal kelas Ramunia sepanjang 32.4 meter (m) ini mula digunakan APMM pada 2006 yang dulunya milik Kastam Diraja Malaysia.

LUNAS yang sebelumnya Boustead Naval Shipyard (BNS) telah diberikan kontrak penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO) aset-aset APMM ini tahun lalu melibatkan bot dan kapal peronda.

Selain KM Siangin, aset APMM lain yang diberikan kontrak kepada BLS membabitkan dua bot pemintas kelas Penggalang manakala kapal ronda pula ialah KM Tenggol, KM Kimanis dan KM Langkawi.

Kerjasama tersebut telah menunjukkan hasil yang positif apabila diselesaikan mengikut tempoh masa yang ditetapkan.

Ini mempamerkan kebolehan LUNAS untuk kekal bersaing dalam industri maritim khususnya MRO melibatkan aset-aset agensi keselamatan negara.

Terdahulu, satu sesi lawatan ke limbungan BLS di Langkawi telah diadakan oleh delegasi Kementerian Dalam Negeri (KDN) diketuai Ketua Setiausaha KDN, Datuk Ruji Ubi.

Hadir sama ialah Timbalan Ketua Pengarah (Logistik) APMM, Laksamana Madya Maritim Datuk Saiful Lizan, Ibrahim; Ketua Pegawai Eksekutif LUNAS, Ir. Azhar Jumaat serta pengurusan kanan BLS.

Coelho

Related Posts

  • News
  • November 14, 2025
Urgent Call For Sme Readiness As Malaysia Enters The Post E-Invoicing Era

Wezmart pushes digital, tax and AI transformation as SMEs brace for 2026 Kuala Lumpur, 14 November 2025 — Malaysia’s transition into a fully digitalised compliance environment accelerated this week as…

  • News
  • July 18, 2025
Ekonomi Malaysia dijangka berkembang 4.5% pada suku kedua 2025 – KP DOSM

KUALA LUMPUR, 18 Julai – Ekonomi Malaysia diunjur berkembang sebanyak 4.5% pada suku kedua 2025, didorong oleh penggunaan domestik yang kukuh dan perbelanjaan isi rumah yang stabil, menurut anggaran awal…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

Jaycorp Perkukuh Pegangan Tenaga Hijau, Ambil Alih Penuh Jaycorp Green Energy Sdn Bhd

  • May 5, 2026
Jaycorp Perkukuh Pegangan Tenaga Hijau, Ambil Alih Penuh Jaycorp Green Energy Sdn Bhd

Pengerusi NexG Tampil Jelaskan Isu, Tegaskan Tadbir Urus Diperkukuh

  • May 5, 2026
Pengerusi NexG Tampil Jelaskan Isu, Tegaskan Tadbir Urus Diperkukuh

Rizab Antarabangsa Malaysia Susut kepada AS$126.61 Bilion pada Mac 2026

  • April 30, 2026
Rizab Antarabangsa Malaysia Susut kepada AS$126.61 Bilion pada Mac 2026

Abdul Halim Aman dilantik ketua pesuruhjaya SPRM

  • April 25, 2026
Abdul Halim Aman dilantik ketua pesuruhjaya SPRM

EPB Sahkan Laluan ke Pasaran Utama, Pemegang Saham Beri Mandat Penuh

  • April 9, 2026
EPB Sahkan Laluan ke Pasaran Utama, Pemegang Saham Beri Mandat Penuh

Helios Lancar Projek Mega Solar RM5.5 Bilion di Kelantan, Sasar Penyenaraian di Bursa Frankfurt Tahun Ini

  • April 7, 2026
Helios Lancar Projek Mega Solar RM5.5 Bilion di Kelantan, Sasar Penyenaraian di Bursa Frankfurt Tahun Ini