Ringgit dibuka tinggi selepas AS umum kadar faedah

KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat selepas Rizab Persekutuan (Fed) AS memutuskan untuk mengekalkan kadar faedahnya pada 5.5 peratus.

Pada 9.05 pagi, ringgit meningkat kepada 4.7280/7325 daripada dolar AS berbanding 4.7305/7355 semasa ditutup pada Rabu.

Pasaran ditutup semalam bersempena dengan cuti umum Hari Wilayah Persekutuan.

Peniaga ActivTrades, Dyogenes Rodrigues Diniz, berkata menilainya dari perspektif teknikal, gandingan mata wang USD/MYR mencapai paras rintangan yang signifikan pada carta harian, khususnya pada 4.7300.

“Indeks Kekukuhan Relatif (RSI) baru-baru ini melepasi ambang 70, menunjukkan pembeli mungkin tidak bersemangat selepas trend meningkat yang diperhatikan sejak beberapa hari lalu.

“Sekiranya harga berjaya menembusi di bawah 4.7200, terdapat kemungkinan bahawa dolar AS boleh merosot kepada sekitar 4.6500 dalam tempoh beberapa hari,” katanya.

Beliau berkata, pelabur juga dijangka memantau rapi pengeluaran data pembayaran gaji bukan ladang AS memandangkan data pekerjaan berperanan penting untuk menentukan keputusan dasar monetari Fed.

Sementara itu, ringgit diniagakan rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.

Ia rendah berbanding yen Jepun kepada 3.2319/2350 daripada 3.2021/2057 semasa ditutup pada Rabu, susut berbanding pound Britain kepada 6.0268/0325 daripada 5.9935/9999 sebelum ini, dan menyusut berbanding euro kepada 5.1408/1456 daripada 5.1198/1252 sebelum ini.

Malah, mata wang tempatan diniagakan lebih rendah berbanding mata wang ASEAN.

Ringgit susut berbanding dolar Singapura kepada 3.5371/5407 daripada 3.5302/5342 semasa ditutup pada Rabu dan berkurangan berbanding baht Thailand kepada 13.3726/3913 daripada 13.3321/3511 sebelum ini.

Ia rendah berbanding rupiah Indonesia kepada 299.8/300.3 berbanding 299.6/300.2 pada Rabu dan merosot berbanding peso Filipina kepada 8.44/8.46 daripada 8.40/8.41 sebelum ini. – BERNAMA

Coelho

Related Posts

KWSP Diramal Kekal Kukuh, Dividen 2025 Diunjur 6.3%–6.5%

KUALA LUMPUR, 16 Feb – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dijangka mengumumkan kadar dividen antara 6.3% hingga 6.5% bagi tahun kewangan 2025, menurut Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd,…

RAM Ratings Naikkan Penarafan YTL Corp, YTL Power ke Tahap AAA

KUALA LUMPUR — Agensi penarafan kredit RAM Ratings mengumumkan peningkatan penarafan kredit jangka panjang bagi YTL Corporation Berhad dan anak syarikat utamanya, YTL Power International Berhad, ke tahap tertinggi AAA,…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

Jaycorp Perkukuh Pegangan Tenaga Hijau, Ambil Alih Penuh Jaycorp Green Energy Sdn Bhd

  • May 5, 2026
Jaycorp Perkukuh Pegangan Tenaga Hijau, Ambil Alih Penuh Jaycorp Green Energy Sdn Bhd

Pengerusi NexG Tampil Jelaskan Isu, Tegaskan Tadbir Urus Diperkukuh

  • May 5, 2026
Pengerusi NexG Tampil Jelaskan Isu, Tegaskan Tadbir Urus Diperkukuh

Rizab Antarabangsa Malaysia Susut kepada AS$126.61 Bilion pada Mac 2026

  • April 30, 2026
Rizab Antarabangsa Malaysia Susut kepada AS$126.61 Bilion pada Mac 2026

Abdul Halim Aman dilantik ketua pesuruhjaya SPRM

  • April 25, 2026
Abdul Halim Aman dilantik ketua pesuruhjaya SPRM

EPB Sahkan Laluan ke Pasaran Utama, Pemegang Saham Beri Mandat Penuh

  • April 9, 2026
EPB Sahkan Laluan ke Pasaran Utama, Pemegang Saham Beri Mandat Penuh

Helios Lancar Projek Mega Solar RM5.5 Bilion di Kelantan, Sasar Penyenaraian di Bursa Frankfurt Tahun Ini

  • April 7, 2026
Helios Lancar Projek Mega Solar RM5.5 Bilion di Kelantan, Sasar Penyenaraian di Bursa Frankfurt Tahun Ini