Jumlah perdagangan Malaysia bagi November 2023 cecah RM231.8 bilion

  • News
  • December 28, 2023

KUALA LUMPUR: Malaysia mencatat jumlah perdagangan bernilai RM231.8 bilion pada November 2023 dengan nilai eksport dan import masing-masing sebanyak RM122.1 bilion dan RM109.7 bilion, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Dalam kenyataan Statistik Eksport Import Mengikut Negeri Bagi November 2023 hari ini, Ketua Perangkawan Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin berkata prestasi eksport Malaysia susut sebanyak 5.9 peratus kepada RM7.6 bilion berbanding tempoh sama pada 2022.

Keadaan itu dipengaruhi oleh penurunan eksport di kebanyakan negeri seperti Pulau Pinang (-RM5.4 bilion), Selangor (-RM2.4 bilion), Sarawak (-RM1.6 bilion), Terengganu (-RM869.1 juta), Melaka (-RM755.1 juta), Labuan (-RM704.8 juta), Pahang (-RM308.0 juta), Negeri Sembilan (-RM164.2 juta), Perlis (-RM29.9 juta) dan Kuala Lumpur (RM9.9 juta).

“Bagaimanapun, nilai eksport meningkat di Johor sebanyak RM3.0 bilion, Kedah (RM929.2 juta), Perak (RM540.8 juta), Sabah (RM472.3 juta) dan Kelantan (RM18.6 juta), katanya.

Mohd Uzir berkata Pulau Pinang kekal sebagai pengeksport utama dengan menyumbang sebanyak 29.0 peratus dan diikuti oleh Johor (22.6 peratus), Selangor (16.9 peratus), Sarawak (8.3 peratus) dan Kuala Lumpur (5.7 peratus).

Menyentuh prestasi import mengikut negeri, beliau berkata import bagi November 2023 meningkat sebanyak 1.7 peratus kepada RM1.8 bilion berbanding tempoh sama pada 2022.

Peningkatan itu, katanya, disumbangkan oleh import lebih tinggi di kebanyakan negeri seperti Kuala Lumpur (RM2.7 bilion), Negeri Sembilan (RM1.4 bilion), Pahang (RM1.1 bilion), Sabah (RM514.3 juta), Selangor (RM492.7 juta), Johor (RM197.1 juta), Melaka (RM114.4 juta) dan Terengganu (RM109.4 juta).

Nilai import sebaliknya turun di Pulau Pinang sebanyak RM3.9 bilion, Labuan (-RM280.2 juta), Kedah (-RM78.8 juta), Sarawak (-RM60.9 juta), Kelantan (-RM43.0 juta), Perak (-RM15.9 juta) dan Perlis (-RM6.2 juta).

Bagi tempoh itu juga, Selangor terus mendominasi import Malaysia dengan menyumbang sebanyak 26.5 peratus dan seterusnya Johor (20.6 peratus), Pulau Pinang (20.4 peratus), Kuala Lumpur (9.4 peratus) serta Kedah (5.6 peratus), kata beliau. – BERNAMA

Coelho

Related Posts

  • News
  • November 14, 2025
Urgent Call For Sme Readiness As Malaysia Enters The Post E-Invoicing Era

Wezmart pushes digital, tax and AI transformation as SMEs brace for 2026 Kuala Lumpur, 14 November 2025 — Malaysia’s transition into a fully digitalised compliance environment accelerated this week as…

  • News
  • July 18, 2025
Ekonomi Malaysia dijangka berkembang 4.5% pada suku kedua 2025 – KP DOSM

KUALA LUMPUR, 18 Julai – Ekonomi Malaysia diunjur berkembang sebanyak 4.5% pada suku kedua 2025, didorong oleh penggunaan domestik yang kukuh dan perbelanjaan isi rumah yang stabil, menurut anggaran awal…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

Jaycorp Perkukuh Pegangan Tenaga Hijau, Ambil Alih Penuh Jaycorp Green Energy Sdn Bhd

  • May 5, 2026
Jaycorp Perkukuh Pegangan Tenaga Hijau, Ambil Alih Penuh Jaycorp Green Energy Sdn Bhd

Pengerusi NexG Tampil Jelaskan Isu, Tegaskan Tadbir Urus Diperkukuh

  • May 5, 2026
Pengerusi NexG Tampil Jelaskan Isu, Tegaskan Tadbir Urus Diperkukuh

Rizab Antarabangsa Malaysia Susut kepada AS$126.61 Bilion pada Mac 2026

  • April 30, 2026
Rizab Antarabangsa Malaysia Susut kepada AS$126.61 Bilion pada Mac 2026

Abdul Halim Aman dilantik ketua pesuruhjaya SPRM

  • April 25, 2026
Abdul Halim Aman dilantik ketua pesuruhjaya SPRM

EPB Sahkan Laluan ke Pasaran Utama, Pemegang Saham Beri Mandat Penuh

  • April 9, 2026
EPB Sahkan Laluan ke Pasaran Utama, Pemegang Saham Beri Mandat Penuh

Helios Lancar Projek Mega Solar RM5.5 Bilion di Kelantan, Sasar Penyenaraian di Bursa Frankfurt Tahun Ini

  • April 7, 2026
Helios Lancar Projek Mega Solar RM5.5 Bilion di Kelantan, Sasar Penyenaraian di Bursa Frankfurt Tahun Ini