Haslina CEO LADA baharu berkuatkuasa Jumaat lalu

  • News
  • December 18, 2023

LANGKAWI: Datuk Haslina Abdul Hamid, dilantik selaku ketua pegawai eksekutif (CEO), Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) baharu berkuat kuasa 15 Disember 2023 (Jumaat).

LADA menerusi kenyataan dalam laman Facebook rasminya, mengalu-alukan pelantikan Haslina bagi menerajui agensi di bawah Kementerian Kewangan itu.

“Seluruh pengurusan dan warga kerja LADA merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah dan selamat datang ke LADA kepada Datuk Haslina Abdul Hamid sebagai Ketua Pegawai Eksekutif yang baharu,” menurut kenyataan itu.

Jawatan CEO LADA kosong selama 10 bulan selepas Nasaruddin Abdul Muttalib dilantik sebagai Timbalan Ketua Pengarah Kastam, awal Februari lalu.

Beliau sebelum ini Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI), selain pernah menjawat jawatan Timbalan Ketua Setiausaha (Pelancongan), Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan.

Haslina berkhidmat dalam perkhidmatan awam selama 27 tahun dengan jawatan pertama sebagai Penolong Setiausaha di Bahagian Latihan, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) pada 23 Mac 1996.

Beliau merupakan lulusan Sarjana Undang-Undang dari Universiti Keio, Jepun dan Ijazah Sarjana Muda Ekonomi dan Pentabiran (Kepujian) dari Universiti Malaya.

LADA diperbadankan di bawah Akta Parlimen (Akta 423) dan ditubuhkan pada 15 Mac 1990.

Coelho

Related Posts

  • News
  • November 14, 2025
Urgent Call For Sme Readiness As Malaysia Enters The Post E-Invoicing Era

Wezmart pushes digital, tax and AI transformation as SMEs brace for 2026 Kuala Lumpur, 14 November 2025 — Malaysia’s transition into a fully digitalised compliance environment accelerated this week as…

  • News
  • July 18, 2025
Ekonomi Malaysia dijangka berkembang 4.5% pada suku kedua 2025 – KP DOSM

KUALA LUMPUR, 18 Julai – Ekonomi Malaysia diunjur berkembang sebanyak 4.5% pada suku kedua 2025, didorong oleh penggunaan domestik yang kukuh dan perbelanjaan isi rumah yang stabil, menurut anggaran awal…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

Jaycorp Perkukuh Pegangan Tenaga Hijau, Ambil Alih Penuh Jaycorp Green Energy Sdn Bhd

  • May 5, 2026
Jaycorp Perkukuh Pegangan Tenaga Hijau, Ambil Alih Penuh Jaycorp Green Energy Sdn Bhd

Pengerusi NexG Tampil Jelaskan Isu, Tegaskan Tadbir Urus Diperkukuh

  • May 5, 2026
Pengerusi NexG Tampil Jelaskan Isu, Tegaskan Tadbir Urus Diperkukuh

Rizab Antarabangsa Malaysia Susut kepada AS$126.61 Bilion pada Mac 2026

  • April 30, 2026
Rizab Antarabangsa Malaysia Susut kepada AS$126.61 Bilion pada Mac 2026

Abdul Halim Aman dilantik ketua pesuruhjaya SPRM

  • April 25, 2026
Abdul Halim Aman dilantik ketua pesuruhjaya SPRM

EPB Sahkan Laluan ke Pasaran Utama, Pemegang Saham Beri Mandat Penuh

  • April 9, 2026
EPB Sahkan Laluan ke Pasaran Utama, Pemegang Saham Beri Mandat Penuh

Helios Lancar Projek Mega Solar RM5.5 Bilion di Kelantan, Sasar Penyenaraian di Bursa Frankfurt Tahun Ini

  • April 7, 2026
Helios Lancar Projek Mega Solar RM5.5 Bilion di Kelantan, Sasar Penyenaraian di Bursa Frankfurt Tahun Ini