Prasarana tawar diskaun 25% sempena Program Setahun Bersama Kerajaan Madani

  • News
  • December 6, 2023

KUALA LUMPUR: Diskaun sehingga 25% bagi perkhidmatan rel dan BRT ke/dari Stesen LRT Bukit Jalil pada 8 hingga 10 Disember 2023 sempena Program Setahun Bersama Kerajaan Madani.

Prasarana Malaysia Berhad berkata, insentif itu adalah bagi menggalakkan penggunaan pengangkutan awam untuk ke program tersebut.

“Penumpang akan menikmati diskaun sehingga 25% ke atas penggunaan token dan Touch ‘n Go sahaja bagi penumpang yang menggunakan perkhidmatan rel dan BRT ke/dari Stesen LRT Bukit Jalil.

“Semua penumpang yang membeli token atau yang menggunakan kad Touch ‘n Go untuk ke Stesen LRT Bukit Jalil atau dari Stesen LRT Bukit Jalil untuk pulang layak menikmati diskaun tersebut,” katanya.

Bagaimanapun syarikat itu menambah diskaun ini tidak termasuk pengguna yang menggunakan pas-pas perjalanan serta kad-kad konsesi sedia ada.

Perkhidmatan bas perantara percuma ke pekarangan Stadium Nasional Bukit Jalil juga akan disediakan melibatkan 10 bas.

Coelho

Related Posts

  • News
  • November 14, 2025
Urgent Call For Sme Readiness As Malaysia Enters The Post E-Invoicing Era

Wezmart pushes digital, tax and AI transformation as SMEs brace for 2026 Kuala Lumpur, 14 November 2025 — Malaysia’s transition into a fully digitalised compliance environment accelerated this week as…

  • News
  • July 18, 2025
Ekonomi Malaysia dijangka berkembang 4.5% pada suku kedua 2025 – KP DOSM

KUALA LUMPUR, 18 Julai – Ekonomi Malaysia diunjur berkembang sebanyak 4.5% pada suku kedua 2025, didorong oleh penggunaan domestik yang kukuh dan perbelanjaan isi rumah yang stabil, menurut anggaran awal…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

Jaycorp Perkukuh Pegangan Tenaga Hijau, Ambil Alih Penuh Jaycorp Green Energy Sdn Bhd

  • May 5, 2026
Jaycorp Perkukuh Pegangan Tenaga Hijau, Ambil Alih Penuh Jaycorp Green Energy Sdn Bhd

Pengerusi NexG Tampil Jelaskan Isu, Tegaskan Tadbir Urus Diperkukuh

  • May 5, 2026
Pengerusi NexG Tampil Jelaskan Isu, Tegaskan Tadbir Urus Diperkukuh

Rizab Antarabangsa Malaysia Susut kepada AS$126.61 Bilion pada Mac 2026

  • April 30, 2026
Rizab Antarabangsa Malaysia Susut kepada AS$126.61 Bilion pada Mac 2026

Abdul Halim Aman dilantik ketua pesuruhjaya SPRM

  • April 25, 2026
Abdul Halim Aman dilantik ketua pesuruhjaya SPRM

EPB Sahkan Laluan ke Pasaran Utama, Pemegang Saham Beri Mandat Penuh

  • April 9, 2026
EPB Sahkan Laluan ke Pasaran Utama, Pemegang Saham Beri Mandat Penuh

Helios Lancar Projek Mega Solar RM5.5 Bilion di Kelantan, Sasar Penyenaraian di Bursa Frankfurt Tahun Ini

  • April 7, 2026
Helios Lancar Projek Mega Solar RM5.5 Bilion di Kelantan, Sasar Penyenaraian di Bursa Frankfurt Tahun Ini