Tekanan inflasi rendah berterusan sehingga separuh pertama 2024 – MIDF Research

KUALA LUMPUR: MIDF Research mengunjurkan tekanan inflasi rendah terus ketara di Malaysia sehingga sekurang-kurangnya separuh pertama 2024 berikutan prestasi rantaian bekalan domestik yang lebih baik, penstabilan kadar faedah dan normalisasi harga komoditi global.

Pada masa sama, cabang penyelidikan MIDF Amanah Investment Bank Bhd itu berkata risiko penurunan Indeks Harga Pengeluar (IHPR) dan Indeks Harga Pengguna (IHP) Malaysia pada 2024 akan melanjutkan penyusutan ringgit selain lonjakan harga petrol dan diesel berikutan langkah rasionalisasi subsidi.

Dalam nota tinjauannya hari ini, MIDF Reseach berkata harga pengeluar Malaysia kembali mencatat deflasi sebanyak -0.3 peratus tahun ke tahun pada Oktober 2023 selepas bulan sebelumnya mencatat inflasi pertama dalam tempoh lapan bulan iaitu +0.2 peratus tahun ke tahun.

Penurunan itu didorong oleh penyederhanaan inflasi bahan mentah IHPR sebanyak +5.3 peratus tahun ke tahun (September 2023: +5.4 peratus tahun ke tahun).

Selain itu, kata MIDF Research, harga barangan perantara terus susut selama tujuh bulan berturut-turut, -3.0 peratus tahun ke tahun manakala inflasi input bagi barangan siap berkurangan ke paras terendah dalam tempoh 16 bulan pada +2.2 peratus tahun ke tahun.

Malah, sebagai perbandingan dengan bulan sebelum ini, harga pengeluar keseluruhan turun 0.3 peratus bulan ke bulan bagi Oktober 2023 manakala kos bahan perantara dan barangan siap masing-masing susut 0.2 peratus dan 0.6 peratus bulan ke bulan dengan harga bahan mentah tidak berubah.

Menurut MIDF Research, bagi tempoh 10 bulan terkumpul pada 2023, IHPR keseluruhan turun 2.0 peratus tahun ke tahun manakala inflasi input bagi bahan mentah, bahan perantara dan barangan siap masing-masing mencatat -11.4, -0.8 peratus dan +3.4 peratus tahun ke tahun. – BERNAMA

Coelho

Related Posts

Rizab Antarabangsa Malaysia Susut kepada AS$126.61 Bilion pada Mac 2026

KUALA LUMPUR – Rizab antarabangsa Malaysia mencatatkan penurunan kepada AS$126.61 bilion pada akhir Mac 2026, berbanding AS$128.29 bilion yang direkodkan pada penghujung Februari lalu, menurut kenyataan rasmi oleh Bank Negara…

Malaysia sedia jawab siasatan AS, tolak dakwaan lebihan kapasiti bawa kepada lambakan

KUALA LUMPUR — Kerajaan Malaysia akan mengemukakan penjelasan rasmi kepada Amerika Syarikat berhubung dakwaan berkaitan lebihan kapasiti pengeluaran dan isu buruh paksa yang dibangkitkan dalam siasatan di bawah Seksyen 301…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

Jaycorp Perkukuh Pegangan Tenaga Hijau, Ambil Alih Penuh Jaycorp Green Energy Sdn Bhd

  • May 5, 2026
Jaycorp Perkukuh Pegangan Tenaga Hijau, Ambil Alih Penuh Jaycorp Green Energy Sdn Bhd

Pengerusi NexG Tampil Jelaskan Isu, Tegaskan Tadbir Urus Diperkukuh

  • May 5, 2026
Pengerusi NexG Tampil Jelaskan Isu, Tegaskan Tadbir Urus Diperkukuh

Rizab Antarabangsa Malaysia Susut kepada AS$126.61 Bilion pada Mac 2026

  • April 30, 2026
Rizab Antarabangsa Malaysia Susut kepada AS$126.61 Bilion pada Mac 2026

Abdul Halim Aman dilantik ketua pesuruhjaya SPRM

  • April 25, 2026
Abdul Halim Aman dilantik ketua pesuruhjaya SPRM

EPB Sahkan Laluan ke Pasaran Utama, Pemegang Saham Beri Mandat Penuh

  • April 9, 2026
EPB Sahkan Laluan ke Pasaran Utama, Pemegang Saham Beri Mandat Penuh

Helios Lancar Projek Mega Solar RM5.5 Bilion di Kelantan, Sasar Penyenaraian di Bursa Frankfurt Tahun Ini

  • April 7, 2026
Helios Lancar Projek Mega Solar RM5.5 Bilion di Kelantan, Sasar Penyenaraian di Bursa Frankfurt Tahun Ini