Berjaya Corp pemegang saham utama Salcon dengan 5.43% kepentingan

KUALA LUMPUR: Berjaya Corp Bhd (BCorp) telah muncul sebagai pemegang saham utama Salcon Bhd, selepas memperoleh 5.43% kepentingan.

Susulan pengambilalihan kepentingan yang terdiri daripada 55 juta saham itu, BCorp merupakan pemegang saham ketiga terbesar syarikat kejuruteraan air dan air sisa tersebut.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia semalam, BCorp tidak mendedahkan harga pembelian saham itu namun berdasarkan harga penutup Salcon sebanyak 21.5 sen, kepentingan itu dianggarkan berjumlah RM11.83 juta.

Pemegang saham terbesar Salcon ialah Timbalan Pengerusi Eksekutif syarikat, Tan Sri Tee Tiam Lee, dengan 5.785% kepentingan langsung dan 6.761% kepentingan tidak langsung melalui Infra Tropika Sdn Bhd.

Ini diikuti oleh Pengarah Bukan Bebas dan Bukan Eksekutif, Goh Phaik Lynn dengan 10.58% kepentingan.

Prestasi kewangan Salcon tidak memberangsangkan, dengan kumpulan itu mencatatkan kerugian bersih sebanyak RM41.33 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2022 (FY22).

Setakat pukul 9:59 pagi ini, saham Salcon menokok 1 sen atau 4.7% kepada 22.5 sen dengan permodalan pasaran sebanyak RM227.8 juta.

Coelho

Related Posts

Media Prima catat untung bersih RM20.7 juta tahun kewangan 2025

KUALA LUMPUR: Media Prima Bhd (Media Prima), kumpulan media bersepadu terbesar di Malaysia merekodkan keputusan kewangan bagi suku keempat yang kukuh sekali gus memberikan tempoh 12 bulan tahun kewangan 2025…

MBSB tarik balik kes saman pinjaman RM123 juta terhadap KNM

KUALA LUMPUR: KNM Group Berhad mengumumkan bahawa MBSB Bank Berhad secara rasmi menarik balik semua tindakan undang-undang yang difailkan sebelum ini terhadap kumpulan tersebut dan anak-anak syarikatnya. Selain itu katanya,…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

Jaycorp Perkukuh Pegangan Tenaga Hijau, Ambil Alih Penuh Jaycorp Green Energy Sdn Bhd

  • May 5, 2026
Jaycorp Perkukuh Pegangan Tenaga Hijau, Ambil Alih Penuh Jaycorp Green Energy Sdn Bhd

Pengerusi NexG Tampil Jelaskan Isu, Tegaskan Tadbir Urus Diperkukuh

  • May 5, 2026
Pengerusi NexG Tampil Jelaskan Isu, Tegaskan Tadbir Urus Diperkukuh

Rizab Antarabangsa Malaysia Susut kepada AS$126.61 Bilion pada Mac 2026

  • April 30, 2026
Rizab Antarabangsa Malaysia Susut kepada AS$126.61 Bilion pada Mac 2026

Abdul Halim Aman dilantik ketua pesuruhjaya SPRM

  • April 25, 2026
Abdul Halim Aman dilantik ketua pesuruhjaya SPRM

EPB Sahkan Laluan ke Pasaran Utama, Pemegang Saham Beri Mandat Penuh

  • April 9, 2026
EPB Sahkan Laluan ke Pasaran Utama, Pemegang Saham Beri Mandat Penuh

Helios Lancar Projek Mega Solar RM5.5 Bilion di Kelantan, Sasar Penyenaraian di Bursa Frankfurt Tahun Ini

  • April 7, 2026
Helios Lancar Projek Mega Solar RM5.5 Bilion di Kelantan, Sasar Penyenaraian di Bursa Frankfurt Tahun Ini