Tomei peroleh lesen pajak gadai, aktiviti pinjaman wang dalam talian

KUALA LUMPUR: Tomei Consolidated Bhd memaklumkan lima anak syarikatnya telah mendapat kelulusan bersyarat daripada Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan untuk lesen pajak gadai beroperasi sebagai pemegang pajak gadai.

Syarikat itu turut mendapat kebenaran untuk menjalankan aktiviti perniagaan pinjaman wang dalam talian.

Dalam makluman di Bursa Malaysia, Tomei berkata lima anak syarikat yang mendapat kelulusan bersyarat ialah Ambitious Dream Sdn Bhd, Glittering Dream Sdn Bhd, Joyous Dream Sdn Bhd, Memorable Dream Sdn Bhd dan Mesmerizing Dream Sdn Bhd.

Menurut Tomei, lesen tersebut tertakluk kepada anak syarikat yang memenuhi syarat tertentu menjelang 20 Julai 2024.

Bagaimanapun, syarikat itu tidak mendedahkan butiran mengenai syarat-syarat di atas yang perlu dipenuhi dalam pemfailan.

Sementara itu, dalam pemfailan berasingan, Tomei turut mengumumkan bahawa kementerian turut meluluskan anak syarikat milik penuhnya TXG Financial Solutions Sdn Bhd untuk menjalankan perniagaan pinjaman wang dalam talian dalam lesen pinjaman wang sedia ada unit itu.

Coelho

Related Posts

Media Prima catat untung bersih RM20.7 juta tahun kewangan 2025

KUALA LUMPUR: Media Prima Bhd (Media Prima), kumpulan media bersepadu terbesar di Malaysia merekodkan keputusan kewangan bagi suku keempat yang kukuh sekali gus memberikan tempoh 12 bulan tahun kewangan 2025…

MBSB tarik balik kes saman pinjaman RM123 juta terhadap KNM

KUALA LUMPUR: KNM Group Berhad mengumumkan bahawa MBSB Bank Berhad secara rasmi menarik balik semua tindakan undang-undang yang difailkan sebelum ini terhadap kumpulan tersebut dan anak-anak syarikatnya. Selain itu katanya,…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

Jaycorp Perkukuh Pegangan Tenaga Hijau, Ambil Alih Penuh Jaycorp Green Energy Sdn Bhd

  • May 5, 2026
Jaycorp Perkukuh Pegangan Tenaga Hijau, Ambil Alih Penuh Jaycorp Green Energy Sdn Bhd

Pengerusi NexG Tampil Jelaskan Isu, Tegaskan Tadbir Urus Diperkukuh

  • May 5, 2026
Pengerusi NexG Tampil Jelaskan Isu, Tegaskan Tadbir Urus Diperkukuh

Rizab Antarabangsa Malaysia Susut kepada AS$126.61 Bilion pada Mac 2026

  • April 30, 2026
Rizab Antarabangsa Malaysia Susut kepada AS$126.61 Bilion pada Mac 2026

Abdul Halim Aman dilantik ketua pesuruhjaya SPRM

  • April 25, 2026
Abdul Halim Aman dilantik ketua pesuruhjaya SPRM

EPB Sahkan Laluan ke Pasaran Utama, Pemegang Saham Beri Mandat Penuh

  • April 9, 2026
EPB Sahkan Laluan ke Pasaran Utama, Pemegang Saham Beri Mandat Penuh

Helios Lancar Projek Mega Solar RM5.5 Bilion di Kelantan, Sasar Penyenaraian di Bursa Frankfurt Tahun Ini

  • April 7, 2026
Helios Lancar Projek Mega Solar RM5.5 Bilion di Kelantan, Sasar Penyenaraian di Bursa Frankfurt Tahun Ini