Opcom beli 70 juta saham Binasat bernilai RM39.2 juta

KUALA LUMPUR: Opcom Holdings Bhd berkembang ke sektor telekomunikasi satelit berikutan anak syarikat milik penuhnya, Opcom VC Sdn Bhd’S (OVSB), mencadangkan pembelian 70 juta saham atau 18.03 peratus kepentingan ekuiti dalam Binasat Communications Bhd.

Menurut syarikat itu dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia, OVSB akan memperoleh saham jualan untuk jumlah pertimbangan pembelian sebanyak RM39.2 juta, mewakili RM0.56 sesaham jualan.

Pengarah Urusan Opcom, Johnson Chang, berkata langkah itu mempunyai potensi yang besar berikutan Binasat mempunyai reputasi yang kukuh untuk cemerlang dalam menyediakan perkhidmatan sokongan yang penting kepada landskap telekomunikasi.

“Dengan pembelian ini, kami bukan hanya memperluas operasi kami dalam sektor telekomunikasi tetapi turut mempelbagaikan kepada perniagaan utiliti tenaga, langkah strategik yang meletakkan kami untuk pertumbuhan dan kejayaan yang berterusan,” katanya.

Pengarah Urusan Binasat, Na Boon Aik, berkata pihaknya yakin syarikat dapat memberikan nilai yang lebih besar kepada pelanggan dan pihak berkepentingan melalui kerjasama itu.

“Kami komited kepada proses integrasi yang lancar dan teruja dengan kemungkinan yang akan datang,” katanya.

Binasat merupakan sebuah syarikat pemegang pelaburan dengan anak syarikat terbabit dalam menyediakan perkhidmatan sokongan untuk rangkaian telekomunikasi satelit, mudah alih dan fiber optik, perkhidmatan pembinaan infrastruktur utiliti rangkaian penghantaran dan pengedaran serta kejuruteraan, perolehan, pembinaan dan pengoperasian (EPCC) kemudahan solar.

Perjanjian penjualan saham (SSA) dijangka selesai pada minggu pertama Oktober 2023. – BERNAMA

Coelho

Related Posts

AirAsia jual enam A321neo baharu ketika tekanan tunai meningkat

KUALA LUMPUR, — AirAsia Group Berhad dilaporkan menjual enam daripada 10 pesawat Airbus A321neo serba baharu yang diterimanya sejak awal 2025, termasuk dua yang dijual pada Julai lalu, ketika syarikat…

Batu Kawan jual CCM kepada TMK Chemical pada harga RM939.87 juta

KUALA LUMPUR: Batu Kawan Bhd memeterai perjanjian bersyarat untuk menjual Chemical Company of Malaysia Bhd (CCM) kepada TMK Chemical Bhd pada harga RM939.87 juta, selepas lebih tiga bulan rundingan. Menurut…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

Fernandes yakin AirAsia mampu tangani kos bahan api, tidak perlukan ‘bailout’

  • September 19, 2026
Fernandes yakin AirAsia mampu tangani kos bahan api, tidak perlukan ‘bailout’

AirAsia jual enam A321neo baharu ketika tekanan tunai meningkat

  • September 19, 2026
AirAsia jual enam A321neo baharu ketika tekanan tunai meningkat

Batu Kawan jual CCM kepada TMK Chemical pada harga RM939.87 juta

  • September 18, 2026
Batu Kawan jual CCM kepada TMK Chemical pada harga RM939.87 juta

Zetrix AI Lepas seluruh 16.9% pegangan HeiTech Padu, transaksi dianggarkan RM27.5 Juta

  • September 5, 2026
Zetrix AI Lepas seluruh 16.9% pegangan HeiTech Padu, transaksi dianggarkan RM27.5 Juta

AIM Kecilkan Operasi Farmasi kepada Empat Cawangan Selepas Kerugian Terus Melebar

  • September 4, 2026
AIM Kecilkan Operasi Farmasi kepada Empat Cawangan Selepas Kerugian Terus Melebar

Kerajaan Intai Pengambilalihan ‘Jantung’ NexG, Datasonic Technologies Dinilai RM7.5 Bilion

  • August 20, 2026
Kerajaan Intai Pengambilalihan ‘Jantung’ NexG, Datasonic Technologies Dinilai RM7.5 Bilion