Hutang Felda: Anwar tuntut Muhyiddin mohon maaf selepas kemuka bukti

  • News
  • July 20, 2023

TANJONG KARANG: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengemukakan bukti beliau menandatangani surat bagi meluluskan pelupusan hutang peneroka Felda.

Perdana Menteri berkata, beliau masih ingat dokumen yang ditandatangani itu dibuat membabitkan RM997 juta pada 27 Jun lalu.

Anwar juga meminta Muhyiddin untuk memohon maaf secara terbuka kepadanya, selepas dokumen itu dikemukakan.

“Tak payah 24 jam, esok 12 jam saya boleh bawa, memang saya tandatangan 27 Jun, dia tak buat kerja, dia tak tahu.

“You cabar begitu, kalau saya tunjuk bukti saya tandatangan, dia kena minta maaf.

“Pasal saya tandatangan 27 Jun, RM997 juta, saya ingat, dia harus minta maaf,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Sambutan Maal Hijrah 1445 Hijrah Perpaduan, di sini, malam ini.

Anwar memberi jaminan sebelum beliau berangkat ke Hanoi, Vietnam hari ini beliau akan menghubungi Ketua Setiausaha Perbendaharaan (KSP) bagi mengemukakan dokumen pelupusan Felda.

Terdahulu, media melaporkan Muhyiddin menuntut Anwar mengemukakan bukti bahawa perdana menteri itu telah menandatangani surat atau dokumen selaku menteri kewangan bagi meluluskan pelupusan hutang peneroka Felda berjumlah RM8.3 bilion.

Ini selepas Anwar mendakwa pelupusan hutang itu gagal dilaksanakan sewaktu Muhyiddin menjadi perdana menteri.

Muhyiddin juga menuntut Anwar menarik balik kesemua kenyataan fitnah tersebut dalam tempoh 24 jam, selain memohon maaf tanpa syarat dan secara terbuka.

Coelho

Related Posts

  • News
  • November 14, 2025
Urgent Call For Sme Readiness As Malaysia Enters The Post E-Invoicing Era

Wezmart pushes digital, tax and AI transformation as SMEs brace for 2026 Kuala Lumpur, 14 November 2025 — Malaysia’s transition into a fully digitalised compliance environment accelerated this week as…

  • News
  • July 18, 2025
Ekonomi Malaysia dijangka berkembang 4.5% pada suku kedua 2025 – KP DOSM

KUALA LUMPUR, 18 Julai – Ekonomi Malaysia diunjur berkembang sebanyak 4.5% pada suku kedua 2025, didorong oleh penggunaan domestik yang kukuh dan perbelanjaan isi rumah yang stabil, menurut anggaran awal…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

Jaycorp Perkukuh Pegangan Tenaga Hijau, Ambil Alih Penuh Jaycorp Green Energy Sdn Bhd

  • May 5, 2026
Jaycorp Perkukuh Pegangan Tenaga Hijau, Ambil Alih Penuh Jaycorp Green Energy Sdn Bhd

Pengerusi NexG Tampil Jelaskan Isu, Tegaskan Tadbir Urus Diperkukuh

  • May 5, 2026
Pengerusi NexG Tampil Jelaskan Isu, Tegaskan Tadbir Urus Diperkukuh

Rizab Antarabangsa Malaysia Susut kepada AS$126.61 Bilion pada Mac 2026

  • April 30, 2026
Rizab Antarabangsa Malaysia Susut kepada AS$126.61 Bilion pada Mac 2026

Abdul Halim Aman dilantik ketua pesuruhjaya SPRM

  • April 25, 2026
Abdul Halim Aman dilantik ketua pesuruhjaya SPRM

EPB Sahkan Laluan ke Pasaran Utama, Pemegang Saham Beri Mandat Penuh

  • April 9, 2026
EPB Sahkan Laluan ke Pasaran Utama, Pemegang Saham Beri Mandat Penuh

Helios Lancar Projek Mega Solar RM5.5 Bilion di Kelantan, Sasar Penyenaraian di Bursa Frankfurt Tahun Ini

  • April 7, 2026
Helios Lancar Projek Mega Solar RM5.5 Bilion di Kelantan, Sasar Penyenaraian di Bursa Frankfurt Tahun Ini