Mahkamah arah penjamin kepada Bekas Pengarah Revenue Group ditukar

  • News
  • July 18, 2023

KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen di sini, hari ini mengarahkan Bekas Pengarah Revenue Group Bhd, Brian Ng Shih Chiow yang didakwa atas 12 pertuduhan pemalsuan dokumen dan pesanan pembelian dengan tujuan menipu syarikat berjumlah RM13.829 juta untuk menggantikan penjamin.

Hakim, Rozina Ayob mengeluarkan arahan itu selepas mendapati penjamin sedia ada yang juga adik kepada tertuduh iaitu Dino Ng Shih Fang, 47, juga OKT (orang kena tuduh) dibawah tuduhan yang berasingan di hadapan hakim yang sama.

Hakim mengarahkan bon gantian penjamin disempurnakan serta merta.

“Jaminan dilanjutkan tapi bon baharu hendaklah diganti,” kata Rozina.

Tertuduh Brian, 50, diwakili oleh peguam Nur Izni Syazwani manakala pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Mohd Shahrom Idris dan Maziah Mohaide.

Mahkamah menetapkan tarikh sebutan semula kes pada 6 September depan.

Pada 8 Jun lalu, Brian mengaku tidak bersalah atas 12 pertuduhan bersubahat dengan seorang pengurus syarikat itu syarikat itu, Cheng Choon Choon memalsukan invois dan pesanan pembelian berjumlah RM13.8 juta untuk tujuan menipu sejak tiga tahun lalu.

Kesalahan-kesalahan yang disebut itu didakwa dilakukan di Wisma Revenue, Kepong antara 22 Mei 2020 dan 8 Ogos 2022.

Mengikut butiran kes, invois palsu dan pesanan pembelian adalah untuk Golden Infor Services, Accucom Solutions PLT, dan Omega Dynasty Sdn Bhd.

Pendakwaan atas kesemua kesalahan berkenaan dibuat mengikut Seksyen 468 Kanun Keseksaan atas kesalahan yang didakwa dilakukan antara Mei 2020 dan Ogos 2022 di Wisma Revenue, Kepong.

Coelho

Related Posts

  • News
  • November 14, 2025
Urgent Call For Sme Readiness As Malaysia Enters The Post E-Invoicing Era

Wezmart pushes digital, tax and AI transformation as SMEs brace for 2026 Kuala Lumpur, 14 November 2025 — Malaysia’s transition into a fully digitalised compliance environment accelerated this week as…

  • News
  • July 18, 2025
Ekonomi Malaysia dijangka berkembang 4.5% pada suku kedua 2025 – KP DOSM

KUALA LUMPUR, 18 Julai – Ekonomi Malaysia diunjur berkembang sebanyak 4.5% pada suku kedua 2025, didorong oleh penggunaan domestik yang kukuh dan perbelanjaan isi rumah yang stabil, menurut anggaran awal…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

Jaycorp Perkukuh Pegangan Tenaga Hijau, Ambil Alih Penuh Jaycorp Green Energy Sdn Bhd

  • May 5, 2026
Jaycorp Perkukuh Pegangan Tenaga Hijau, Ambil Alih Penuh Jaycorp Green Energy Sdn Bhd

Pengerusi NexG Tampil Jelaskan Isu, Tegaskan Tadbir Urus Diperkukuh

  • May 5, 2026
Pengerusi NexG Tampil Jelaskan Isu, Tegaskan Tadbir Urus Diperkukuh

Rizab Antarabangsa Malaysia Susut kepada AS$126.61 Bilion pada Mac 2026

  • April 30, 2026
Rizab Antarabangsa Malaysia Susut kepada AS$126.61 Bilion pada Mac 2026

Abdul Halim Aman dilantik ketua pesuruhjaya SPRM

  • April 25, 2026
Abdul Halim Aman dilantik ketua pesuruhjaya SPRM

EPB Sahkan Laluan ke Pasaran Utama, Pemegang Saham Beri Mandat Penuh

  • April 9, 2026
EPB Sahkan Laluan ke Pasaran Utama, Pemegang Saham Beri Mandat Penuh

Helios Lancar Projek Mega Solar RM5.5 Bilion di Kelantan, Sasar Penyenaraian di Bursa Frankfurt Tahun Ini

  • April 7, 2026
Helios Lancar Projek Mega Solar RM5.5 Bilion di Kelantan, Sasar Penyenaraian di Bursa Frankfurt Tahun Ini