Wanita warga China sudah tinggalkan Malaysia pada 4 Julai lalu – KDN

  • News
  • July 12, 2023

PUTRAJAYA: Wanita warga Cihan yang dikaitkan dengan kekecohan di balai ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 29 Jun, sudah meninggalkan Malaysia pada 4 Julai lalu.


Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasuition Ismail berkata, wanita itu telah meninggalkan Malaysia pada 4 Julai lalu, dengan penerbangan pada jam 8.55 malam.


“Sebenarnya pada 4 Julai lalu melalui penerbangan Shenzhen Airlines, ZH9030 pada jam 8.55 malam, wanita itu telah pun dicatatkan keluar daripada rekod Imigresen.


Dalam pada itu, Saifuddin mengingatkan media agar membuat laporan yang tidak bercanggah dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berhubung isu ini.


“Jadi apa moral pengajaran? Media kena cermat dan berhati-hati (dalam membuat laporan). Jangan petik sumber sembarangan terutamanya yang bercanggah kenyataan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki.


“Malangnya, dia (media terbabit) cuma memetik sumber yang tak dinamakan,” katanya dalam Sidang Media Khas di sini pada Rabu.


Terdahulu, sebuah akhbar yang memetik sumber mendakwa tiada rekod yang menunjukkan wanita berkenaan telah meninggalkan negara.


Bagaimanapun, Azam seperti dilapor berkata dua wanita warga China sudah pulang ke negara asal pada 5 Julai.

  • Coelho

    Related Posts

    • News
    • November 14, 2025
    Urgent Call For Sme Readiness As Malaysia Enters The Post E-Invoicing Era

    Wezmart pushes digital, tax and AI transformation as SMEs brace for 2026 Kuala Lumpur, 14 November 2025 — Malaysia’s transition into a fully digitalised compliance environment accelerated this week as…

    • News
    • July 18, 2025
    Ekonomi Malaysia dijangka berkembang 4.5% pada suku kedua 2025 – KP DOSM

    KUALA LUMPUR, 18 Julai – Ekonomi Malaysia diunjur berkembang sebanyak 4.5% pada suku kedua 2025, didorong oleh penggunaan domestik yang kukuh dan perbelanjaan isi rumah yang stabil, menurut anggaran awal…

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    You Missed

    Jaycorp Perkukuh Pegangan Tenaga Hijau, Ambil Alih Penuh Jaycorp Green Energy Sdn Bhd

    • May 5, 2026
    Jaycorp Perkukuh Pegangan Tenaga Hijau, Ambil Alih Penuh Jaycorp Green Energy Sdn Bhd

    Pengerusi NexG Tampil Jelaskan Isu, Tegaskan Tadbir Urus Diperkukuh

    • May 5, 2026
    Pengerusi NexG Tampil Jelaskan Isu, Tegaskan Tadbir Urus Diperkukuh

    Rizab Antarabangsa Malaysia Susut kepada AS$126.61 Bilion pada Mac 2026

    • April 30, 2026
    Rizab Antarabangsa Malaysia Susut kepada AS$126.61 Bilion pada Mac 2026

    Abdul Halim Aman dilantik ketua pesuruhjaya SPRM

    • April 25, 2026
    Abdul Halim Aman dilantik ketua pesuruhjaya SPRM

    EPB Sahkan Laluan ke Pasaran Utama, Pemegang Saham Beri Mandat Penuh

    • April 9, 2026
    EPB Sahkan Laluan ke Pasaran Utama, Pemegang Saham Beri Mandat Penuh

    Helios Lancar Projek Mega Solar RM5.5 Bilion di Kelantan, Sasar Penyenaraian di Bursa Frankfurt Tahun Ini

    • April 7, 2026
    Helios Lancar Projek Mega Solar RM5.5 Bilion di Kelantan, Sasar Penyenaraian di Bursa Frankfurt Tahun Ini