Pharmaniaga lakar inisiatif strategik tangani status PN17

KUALA LUMPUR: Pharmaniaga Bhd telah menggariskan pelan strategik untuk menangani cabaran-cabaran yang dibentangkan oleh status Nota Amalan 17 (PN17) dengan fokus terhadap penyesuaian kewangan dan komitmen bagi mengatasi halangan-halangan.

Kumpulan itu telah melakar laluan ke arah pemulihan yang berdaya tahan serta kepesatan dalam kemajuan merentasi segmen perniagaannya.

Pengerusi Jawatankuasa Eksekutif (EXCO), Ahmad Shahredzuan Mohd Shariff berkata, pelan strategik syarikat itu merangkumi inisiatif bersasar yang bertujuan memperkemas aktiviti perniagaan, mengoptimumkan keseluruhan operasi perniagaan dan kos, disamping mencari sinergi merentasi semua unit perniagaan.

“Kumpulan telah memberi penekanan yang besar bagi mengembangkan keupayaan dalam bidang biofarmaseutikal, dengan tumpuan kepada penubuhan fasiliti pembuatan canggih untuk vaksin dan insulin dalam menangani keperluan yang semakin meningkat dalam bidang terapeutik ini,” katanya dalam kenyataan sempena mesyuarat agung tahunan ke-25 pada Isnin.

“Kami menyasarkan vaksin terutamanya di bawah Program Imunisasi Kebangsaan (NIP). Kerja-kerja ini berjalan lancar dan dijadualkan untuk dikomersialkan menjelang 2025 bagi vaksin dan 2026 untuk insulin. “

Syarikat juga menjangkakan proses rundingan pembaharuan konsesi akan dimuktamadkan tidak lama lagi dan telah mengadakan perbincangan positif dengan Kementerian Kesihatan.

Dalam isu berasingan, beliau berkata, Pharmaniaga mempunyai hampir 10 peratus penguasaan dalam pasaran ubat generik swasta, yang dilihat agak signifikan.

“Unjuran pertumbuhan kami di pasaran swasta bagi 2023 berada pada tahap 20 peratus, melepasi kadar pertumbuhan pasaran tahunan sebanyak tujuh peratus,” katanya.

Untuk medan antarabangsanya, Ahmad Shahredzuan berkata, cabang logistik dan pengedaran kumpulan itu di Indonesia iaitu PT Millenium Pharmacon International Tbk menyasarkan jualan dua digit berbanding pencapaian tahun lepas.

Pengerusinya, Izaddeen Daud menjelaskan melangkah ke hadapan, matlamat syarikat adalah untuk mempelbagaikan perniagaan mereka.

“Dalam mencapai matlamat ini, kami akan terus meneroka peluang penjagaan kesihatan bukan konsesi dan mengembangkan perniagaan logistik kami,” katanya.

  • Coelho

    Related Posts

    Media Prima catat untung bersih RM20.7 juta tahun kewangan 2025

    KUALA LUMPUR: Media Prima Bhd (Media Prima), kumpulan media bersepadu terbesar di Malaysia merekodkan keputusan kewangan bagi suku keempat yang kukuh sekali gus memberikan tempoh 12 bulan tahun kewangan 2025…

    MBSB tarik balik kes saman pinjaman RM123 juta terhadap KNM

    KUALA LUMPUR: KNM Group Berhad mengumumkan bahawa MBSB Bank Berhad secara rasmi menarik balik semua tindakan undang-undang yang difailkan sebelum ini terhadap kumpulan tersebut dan anak-anak syarikatnya. Selain itu katanya,…

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    You Missed

    Jaycorp Perkukuh Pegangan Tenaga Hijau, Ambil Alih Penuh Jaycorp Green Energy Sdn Bhd

    • May 5, 2026
    Jaycorp Perkukuh Pegangan Tenaga Hijau, Ambil Alih Penuh Jaycorp Green Energy Sdn Bhd

    Pengerusi NexG Tampil Jelaskan Isu, Tegaskan Tadbir Urus Diperkukuh

    • May 5, 2026
    Pengerusi NexG Tampil Jelaskan Isu, Tegaskan Tadbir Urus Diperkukuh

    Rizab Antarabangsa Malaysia Susut kepada AS$126.61 Bilion pada Mac 2026

    • April 30, 2026
    Rizab Antarabangsa Malaysia Susut kepada AS$126.61 Bilion pada Mac 2026

    Abdul Halim Aman dilantik ketua pesuruhjaya SPRM

    • April 25, 2026
    Abdul Halim Aman dilantik ketua pesuruhjaya SPRM

    EPB Sahkan Laluan ke Pasaran Utama, Pemegang Saham Beri Mandat Penuh

    • April 9, 2026
    EPB Sahkan Laluan ke Pasaran Utama, Pemegang Saham Beri Mandat Penuh

    Helios Lancar Projek Mega Solar RM5.5 Bilion di Kelantan, Sasar Penyenaraian di Bursa Frankfurt Tahun Ini

    • April 7, 2026
    Helios Lancar Projek Mega Solar RM5.5 Bilion di Kelantan, Sasar Penyenaraian di Bursa Frankfurt Tahun Ini