Individu berkemahiran tinggi dalam semua industri adalah tulang belakang ekonomi negara – MOSTI

  • Kes
  • June 6, 2023

KUALA LUMPUR: Individu yang berkemahiran tinggi adalah penting untuk membangunkan penyelesaian yang canggih dan meneroka sesuatu yang baharu.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Chang Lih Kang, berkata MOSTI sentiasa menyokong pembangunan industri melalui sains, teknologi dan inovasi dalam bidang seperti teknologi pemula, pendigitalan, teknologi termaju dan pengkomersialan.

Beliau berkata, inovasi penting kepada penciptaan industri baharu, peluang pekerjaan dan peningkatan produktiviti.

“Teknologi tinggi dan bakat berkemahiran tinggi merupakan tulang belakang kepada semua ekonomi. 

“Mereka adalah profesional dan saintis yang memacu industri kita, memastikan kilang-kilang berjalan lancar, menghasilkan teknologi yang mampu dikomersialkan, membantu petani menghasilkan lebih banyak hasil, memastikan kecekapan jentera, dan memacu inovasi ke hadapan. 

“Kita memerlukan bakat teknologi dalam semua industri sebelum kita boleh menghasilkan sebarang teknologi atau perkhidmatan,” katanya ketika berucap merasmikan Program Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT) CEO Roundtable 2023 di sini hari ini.

Turut hadir Presiden MBOT, Prof Datuk Dr Siti Hamisah Tapsir.

Terdahulu, MBOT menganjurkan sesi meja bulat yang mengumpulkan 42 pemimpin industri teknologi dan ahli akademik. 

Bertemakan “Tenaga Kerja Kalis Masa Depan: Strategi Pembangunan Bakat Berkemahiran Tinggi”, program itu bertujuan untuk mendapatkan pandangan dan maklum balas yang berharga daripada kapten industri dan membincangkan isu dan cabaran yang berkaitan dengan pembangunan bakat.

Dalam pada itu, Siti Hamisah menyifatkan dalam menghadapi kemajuan teknologi tinggi, bakat pelbagai disiplin yang merentasi beberapa bidang teknologi menjadi keperluan industri yang bukan berasaskan satu disiplin sahaja.

Berdasarkan Komposisi Tenaga Kerja Semasa oleh Jabatan Perangkaan Malaysia, bakat tempatan separuh mahir adalah sebanyak 62.3% manakala bakat berkemahiran tinggi hanya 24.9%. 

Pada masa yang sama, Malaysia memerlukan sekurang-kurangnya 35% pekerja berkemahiran tinggi dalam tenaga kerja buruh menjelang 2030 untuk menjadi negara maju

  • Coelho

    Related Posts

    • Kes
    • January 16, 2026
    Kes Rasuah RM2.8 Juta: Mahkamah Lepas dan Bebaskan Bung Moktar, Tuduhan Terhadap Zizie Izette Diteruskan

    KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen hari ini melepas dan membebaskan Allahyarham Datuk Seri Bung Moktar Radin daripada tiga pertuduhan rasuah melibatkan wang berjumlah RM2.8 juta selepas pihak pendakwaan memaklumkan tidak berhasrat…

    • Kes
    • November 15, 2025
    SPRM Jejak Adam Radlan Berhubung Siasatan Baharu Projek Lebuh Raya MEX 2 — Selepas Bebas Tuduhan Jana Wibawa

    KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang mengesan Timbalan Ketua BERSATU Bahagian Segambut, Adam Radlan Adam Muhammad, bagi membantu siasatan berhubung projek Lebuh Raya Putrajaya–KLIA (MEX 2). Dalam kenyataan…

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    You Missed

    Jaycorp Perkukuh Pegangan Tenaga Hijau, Ambil Alih Penuh Jaycorp Green Energy Sdn Bhd

    • May 5, 2026
    Jaycorp Perkukuh Pegangan Tenaga Hijau, Ambil Alih Penuh Jaycorp Green Energy Sdn Bhd

    Pengerusi NexG Tampil Jelaskan Isu, Tegaskan Tadbir Urus Diperkukuh

    • May 5, 2026
    Pengerusi NexG Tampil Jelaskan Isu, Tegaskan Tadbir Urus Diperkukuh

    Rizab Antarabangsa Malaysia Susut kepada AS$126.61 Bilion pada Mac 2026

    • April 30, 2026
    Rizab Antarabangsa Malaysia Susut kepada AS$126.61 Bilion pada Mac 2026

    Abdul Halim Aman dilantik ketua pesuruhjaya SPRM

    • April 25, 2026
    Abdul Halim Aman dilantik ketua pesuruhjaya SPRM

    EPB Sahkan Laluan ke Pasaran Utama, Pemegang Saham Beri Mandat Penuh

    • April 9, 2026
    EPB Sahkan Laluan ke Pasaran Utama, Pemegang Saham Beri Mandat Penuh

    Helios Lancar Projek Mega Solar RM5.5 Bilion di Kelantan, Sasar Penyenaraian di Bursa Frankfurt Tahun Ini

    • April 7, 2026
    Helios Lancar Projek Mega Solar RM5.5 Bilion di Kelantan, Sasar Penyenaraian di Bursa Frankfurt Tahun Ini