Zelan dikelaskan dalam kategori PN17

KUALA LUMPUR: Zelan Bhd telah dikelaskan sebagai penerbit tersenarai yang berada di bawah Nota Amalan 17 (PN17) keperluan penyenaraian Pasaran Utama Bursa Malaysia Securities Bhd (Bursa Securities).

Zelan dalam makluman kepada Bursa Malaysia baru-baru ini berkata kriteria PN17 itu tercetus “apabila juruaudit luar syarikat, Nexia SSY PLT, menyatakan penafian pendapat dalam penyata kewangan diaudit syarikat bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis 2022, diumumkan pada 30 April 2023.”

Syarikat itu mempunyai masa selama 12 bulan untuk menyusun semula keadaan kewangannya, dan sekiranya gagal dagangan sekuritinya boleh sama ada digantung atau dinyah senarai daripada Bursa Malaysia.

“Syarikat sedang mengambil langkah yang perlu untuk menangani status PN17 itu.

“Syarikat sedang merangka pelan untuk mengatur semula keadaan kewangannya dan pengumuman mengenainya akan dibuat dalam masa terdekat mengikut keperluan penyenaraian,” kata Zelan.

  • Coelho

    Related Posts

    KWSP Diramal Kekal Kukuh, Dividen 2025 Diunjur 6.3%–6.5%

    KUALA LUMPUR, 16 Feb – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dijangka mengumumkan kadar dividen antara 6.3% hingga 6.5% bagi tahun kewangan 2025, menurut Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd,…

    RAM Ratings Naikkan Penarafan YTL Corp, YTL Power ke Tahap AAA

    KUALA LUMPUR — Agensi penarafan kredit RAM Ratings mengumumkan peningkatan penarafan kredit jangka panjang bagi YTL Corporation Berhad dan anak syarikat utamanya, YTL Power International Berhad, ke tahap tertinggi AAA,…

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    You Missed

    Jaycorp Perkukuh Pegangan Tenaga Hijau, Ambil Alih Penuh Jaycorp Green Energy Sdn Bhd

    • May 5, 2026
    Jaycorp Perkukuh Pegangan Tenaga Hijau, Ambil Alih Penuh Jaycorp Green Energy Sdn Bhd

    Pengerusi NexG Tampil Jelaskan Isu, Tegaskan Tadbir Urus Diperkukuh

    • May 5, 2026
    Pengerusi NexG Tampil Jelaskan Isu, Tegaskan Tadbir Urus Diperkukuh

    Rizab Antarabangsa Malaysia Susut kepada AS$126.61 Bilion pada Mac 2026

    • April 30, 2026
    Rizab Antarabangsa Malaysia Susut kepada AS$126.61 Bilion pada Mac 2026

    Abdul Halim Aman dilantik ketua pesuruhjaya SPRM

    • April 25, 2026
    Abdul Halim Aman dilantik ketua pesuruhjaya SPRM

    EPB Sahkan Laluan ke Pasaran Utama, Pemegang Saham Beri Mandat Penuh

    • April 9, 2026
    EPB Sahkan Laluan ke Pasaran Utama, Pemegang Saham Beri Mandat Penuh

    Helios Lancar Projek Mega Solar RM5.5 Bilion di Kelantan, Sasar Penyenaraian di Bursa Frankfurt Tahun Ini

    • April 7, 2026
    Helios Lancar Projek Mega Solar RM5.5 Bilion di Kelantan, Sasar Penyenaraian di Bursa Frankfurt Tahun Ini