Bon ringgit tarik aliran masuk bulanan terbesar

KUALA LUMPUR: Bon ringgit menarik aliran masuk bulanan terbesar dalam tempoh lebih setahun berikutan kegagalan bank dan penghindaran terhadap risiko kredit di Amerika Syarikat (AS) dan Eropah, menurut Maybank Investment Bank Group Research (Maybank IB Research).

Dalam nota hari ini, firma penyelidikan itu berkata ini berdasarkan hakikat bahawa hutang mata wang tempatan serantau menawarkan hasil dan keselamatan relatif.

“Aliran masuk meningkat kepada RM6.6 bilion pada Mac berbanding RM4.3 bilion pada Februari, secara amnya sejajar dengan trend serantau berikutan bon ringgit mencatatkan prestasi lebih baik daripada yang setara dengannya di ASEAN,” katanya.

Menurut Maybank IB Research, saham asing Sekuriti Kerajaan Malaysia (MGS) meningkat kepada 36 peratus pada Mac daripada 34.5 peratus pada Februari.

Selain itu, MGS+GII (Terbitan Pelaburan Kerajaan) turut naik sebanyak 23.1 peratus pada Mac daripada 22.4 peratus pada Februari.

  • Coelho

    Related Posts

    Media Prima catat untung bersih RM20.7 juta tahun kewangan 2025

    KUALA LUMPUR: Media Prima Bhd (Media Prima), kumpulan media bersepadu terbesar di Malaysia merekodkan keputusan kewangan bagi suku keempat yang kukuh sekali gus memberikan tempoh 12 bulan tahun kewangan 2025…

    MBSB tarik balik kes saman pinjaman RM123 juta terhadap KNM

    KUALA LUMPUR: KNM Group Berhad mengumumkan bahawa MBSB Bank Berhad secara rasmi menarik balik semua tindakan undang-undang yang difailkan sebelum ini terhadap kumpulan tersebut dan anak-anak syarikatnya. Selain itu katanya,…

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    You Missed

    Jaycorp Perkukuh Pegangan Tenaga Hijau, Ambil Alih Penuh Jaycorp Green Energy Sdn Bhd

    • May 5, 2026
    Jaycorp Perkukuh Pegangan Tenaga Hijau, Ambil Alih Penuh Jaycorp Green Energy Sdn Bhd

    Pengerusi NexG Tampil Jelaskan Isu, Tegaskan Tadbir Urus Diperkukuh

    • May 5, 2026
    Pengerusi NexG Tampil Jelaskan Isu, Tegaskan Tadbir Urus Diperkukuh

    Rizab Antarabangsa Malaysia Susut kepada AS$126.61 Bilion pada Mac 2026

    • April 30, 2026
    Rizab Antarabangsa Malaysia Susut kepada AS$126.61 Bilion pada Mac 2026

    Abdul Halim Aman dilantik ketua pesuruhjaya SPRM

    • April 25, 2026
    Abdul Halim Aman dilantik ketua pesuruhjaya SPRM

    EPB Sahkan Laluan ke Pasaran Utama, Pemegang Saham Beri Mandat Penuh

    • April 9, 2026
    EPB Sahkan Laluan ke Pasaran Utama, Pemegang Saham Beri Mandat Penuh

    Helios Lancar Projek Mega Solar RM5.5 Bilion di Kelantan, Sasar Penyenaraian di Bursa Frankfurt Tahun Ini

    • April 7, 2026
    Helios Lancar Projek Mega Solar RM5.5 Bilion di Kelantan, Sasar Penyenaraian di Bursa Frankfurt Tahun Ini