Mas Ermieyati sah sebagai Pengerusi PAC baharu

  • News
  • April 4, 2023

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin daripada Perikatan Nasional (PN) dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) yang baharu.

Sementara, Wong Shu Qi daripada Pakatan Harapan (PH) sebagai Naib Pengerusi.

Pencalonan itu disokong sebulat suara oleh Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang, selepas dicadangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengikut Aturan Mesyuarat dan Usul-usul Dewan Rakyat hari ini.

Ia dibuat berdasarkan amalan sebelum ini, dengan pengerusi PAC dilantik dalam kalangan ahli parlimen pembangkang.

Mas Ermieyati yang juga bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) menggantikan Ahli Parlimen Ipoh Timur, Wong Kah Woh daripada PH yang memegang jawatan itu dalam pentadbiran sebelum ini.

Perlantikan itu menjadikan beliau wanita kedua yang dilantik memegang jawatan itu selepas Ahli Parlimen Parit Sulong, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad daripada Barisan Nasional (BN) dari April 2019 hingga Mac 2020.

PAC adalah jawatankuasa Parlimen yang dibentuk untuk memeriksa dan memantau urusan kewangan negara dan memastikan ketelusan pengurusan dan pentadbiran kewangan negara ditadbir secara baik dan sempurna.

Ia dianggotai antara enam hingga 12 ahli, yang akan dilantik Jawatankuasa Pemilih dengan seberapa segera selepas dimulakan tiap-tiap Parlimen.

  • Coelho

    Related Posts

    • News
    • November 14, 2025
    Urgent Call For Sme Readiness As Malaysia Enters The Post E-Invoicing Era

    Wezmart pushes digital, tax and AI transformation as SMEs brace for 2026 Kuala Lumpur, 14 November 2025 — Malaysia’s transition into a fully digitalised compliance environment accelerated this week as…

    • News
    • July 18, 2025
    Ekonomi Malaysia dijangka berkembang 4.5% pada suku kedua 2025 – KP DOSM

    KUALA LUMPUR, 18 Julai – Ekonomi Malaysia diunjur berkembang sebanyak 4.5% pada suku kedua 2025, didorong oleh penggunaan domestik yang kukuh dan perbelanjaan isi rumah yang stabil, menurut anggaran awal…

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    You Missed

    Jaycorp Perkukuh Pegangan Tenaga Hijau, Ambil Alih Penuh Jaycorp Green Energy Sdn Bhd

    • May 5, 2026
    Jaycorp Perkukuh Pegangan Tenaga Hijau, Ambil Alih Penuh Jaycorp Green Energy Sdn Bhd

    Pengerusi NexG Tampil Jelaskan Isu, Tegaskan Tadbir Urus Diperkukuh

    • May 5, 2026
    Pengerusi NexG Tampil Jelaskan Isu, Tegaskan Tadbir Urus Diperkukuh

    Rizab Antarabangsa Malaysia Susut kepada AS$126.61 Bilion pada Mac 2026

    • April 30, 2026
    Rizab Antarabangsa Malaysia Susut kepada AS$126.61 Bilion pada Mac 2026

    Abdul Halim Aman dilantik ketua pesuruhjaya SPRM

    • April 25, 2026
    Abdul Halim Aman dilantik ketua pesuruhjaya SPRM

    EPB Sahkan Laluan ke Pasaran Utama, Pemegang Saham Beri Mandat Penuh

    • April 9, 2026
    EPB Sahkan Laluan ke Pasaran Utama, Pemegang Saham Beri Mandat Penuh

    Helios Lancar Projek Mega Solar RM5.5 Bilion di Kelantan, Sasar Penyenaraian di Bursa Frankfurt Tahun Ini

    • April 7, 2026
    Helios Lancar Projek Mega Solar RM5.5 Bilion di Kelantan, Sasar Penyenaraian di Bursa Frankfurt Tahun Ini