KTMB tawar tren khas ke Pantai Timur sempena Aidilfitri

  • News
  • March 31, 2023

KUALA LUMPUR: Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) memperkenalkan Tren Khas Ekspres Lambaian Aidilfitri ke Pantai Timur sempena sambutan Aidilfitri yang bakal disambut tidak lama lagi.

Sebanyak 1,864 tiket ditawarkan menerusi tren khas ini.

Menurut KTMB, sebanyak empat perjalanan tren ekspres beroperasi bermula dari Stesen KL Sentral ke Stesen Tumpat dan sebaliknya disediakan.

KTMB berkata perkhidmatan itu adalah alternatif kepada pengguna yang pulang beraya ke Pantai Timur menggunakan jalan darat yang sering sesak setiap kali musim perayaan.

“Inisiatif ini juga adalah untuk mereka yang ingin pulang ke kampung dengan selesa, selamat dan juga dengan tambang yang berpatutan.

https://e2045a6ef8b186e9e16f1e0e84f8ca63.safeframe.googlesyndication.com/safeframe/1-0-40/html/container.html “Tren Khas Lambaian Aidilfitri ini akan berhenti di 16 stesen iaitu di Stesen Bandar Tasik Selatan, Kajang, Seremban, Gemas, Mentakab, Jerantut, Kuala Lipis, Gua Musang, Kuala Krai, Pasir Mas, Tanah Merah, Wakaf Bharu, Tumpat dan beberapa stesen lain,” katanya.

Tiket akan mula dijual bermula 1 April dengan harga RM55 sehingga RM83 bagi perjalanan sehala.

Pengguna disarankan melakukan pembelian melalui aplikasi KTMB Mobile (KITS) atau menerusi laman sesawang KTMB.

Sementara itu Menteri Pengangkutan, Anthony Loke mengucapkan terima kasih kepada KTMB di atas inisiatif berkenaan.

“Kementerian Pengangkutan berterima kasih kepada KTMB kerana memberikan penyelesaian kepada warga Pantai Timur untuk pulang ke kampung halaman.

“Kita sedia maklum kesesakan ketika musim perayaan adalah masalah utama negara kita. Perkhidmatan ini dapat memberikan keselesaan kepada orang ramai, kanak-kanak dan warga emas,” katanya.

  • Coelho

    Related Posts

    • News
    • November 14, 2025
    Urgent Call For Sme Readiness As Malaysia Enters The Post E-Invoicing Era

    Wezmart pushes digital, tax and AI transformation as SMEs brace for 2026 Kuala Lumpur, 14 November 2025 — Malaysia’s transition into a fully digitalised compliance environment accelerated this week as…

    • News
    • July 18, 2025
    Ekonomi Malaysia dijangka berkembang 4.5% pada suku kedua 2025 – KP DOSM

    KUALA LUMPUR, 18 Julai – Ekonomi Malaysia diunjur berkembang sebanyak 4.5% pada suku kedua 2025, didorong oleh penggunaan domestik yang kukuh dan perbelanjaan isi rumah yang stabil, menurut anggaran awal…

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    You Missed

    Jaycorp Perkukuh Pegangan Tenaga Hijau, Ambil Alih Penuh Jaycorp Green Energy Sdn Bhd

    • May 5, 2026
    Jaycorp Perkukuh Pegangan Tenaga Hijau, Ambil Alih Penuh Jaycorp Green Energy Sdn Bhd

    Pengerusi NexG Tampil Jelaskan Isu, Tegaskan Tadbir Urus Diperkukuh

    • May 5, 2026
    Pengerusi NexG Tampil Jelaskan Isu, Tegaskan Tadbir Urus Diperkukuh

    Rizab Antarabangsa Malaysia Susut kepada AS$126.61 Bilion pada Mac 2026

    • April 30, 2026
    Rizab Antarabangsa Malaysia Susut kepada AS$126.61 Bilion pada Mac 2026

    Abdul Halim Aman dilantik ketua pesuruhjaya SPRM

    • April 25, 2026
    Abdul Halim Aman dilantik ketua pesuruhjaya SPRM

    EPB Sahkan Laluan ke Pasaran Utama, Pemegang Saham Beri Mandat Penuh

    • April 9, 2026
    EPB Sahkan Laluan ke Pasaran Utama, Pemegang Saham Beri Mandat Penuh

    Helios Lancar Projek Mega Solar RM5.5 Bilion di Kelantan, Sasar Penyenaraian di Bursa Frankfurt Tahun Ini

    • April 7, 2026
    Helios Lancar Projek Mega Solar RM5.5 Bilion di Kelantan, Sasar Penyenaraian di Bursa Frankfurt Tahun Ini