Daikin syarikat contoh, bayar gaji minimum RM1,600

PETALING JAYA: Syarikat tempatan wajar mencontohi langkah Daikin Malaysia Sdn Bhd yang melaksanakan gaji minimum RM1,600 meskipun arahan kerajaan adalah RM1,500, kata Menteri Sumber Manusia, V Sivakumar.

“Mereka (Daikin) menunjukkan kejujuran dalam pengurusan syarikat menjaga kepentingan pekerja tanpa perlu menunggu arahan atau perintah kerajaan untuk melaksanakan gaji minimum.

“Apa yang saya dapat lihat adalah hubungan baik antara majikan dan kesatuan sekerja yang akan melahirkan suasana harmoni di tempat kerja. Keharmonian ini adalah sangat penting untuk dipelihara kerana ia akan menentukan hala tuju dan kejayaan sesebuah organisasi. 

“Hubungan yang baik ini akan dapat meningkatkan produktiviti pekerja yang akhirnya akan memberi kebaikan kepada majikan dan pekerja itu sendiri,” katanya pada majlis pemeteraian perjanjian kolektif (CA) ke-15 antara Daikin dan Kesatuan Sekerja Pekerja-pekerja Industri Elektrik di sini, hari ini.

Yang turut serta, Ketua Pegawai Operasi Daikin Malaysia Group, Shogo Ando dan Naib Presiden Kanan Sumber Manusia Daikin Malaysia Group, Benny Liow Woon Khin.

Pelaksanaan gaji minimum RM1,500 berkuat kuasa 1 Mei tahun lalu diwartakan pada 27 April tahun lalu menerusi Warta Kerajaan Persekutuan bertajuk Perintah Gaji Minimum 2022 mengikut Akta Majlis Perundingan Gaji Negara 2011.

Berdasarkan dokumen itu, kadar gaji minimum dan kadar gaji bagi pekerja yang dibayar hanya berdasarkan upah ikut kerja, berat tan dan sebagainya berkuat kuasa mulai 1 Mei 2022.

Kadar gaji minimum yang kena dibayar kepada seseorang pekerja adalah sebanyak RM1,500 atau berdasarkan bilangan hari bekerja dalam seminggu.

Jika enam hari bekerja, pekerja itu harus dibayar RM57.69 sehari, RM69.23 sehari (lima hari bekerja) dan RM86.54 sehari (empat hari bekerja) dengan setiap jam bersamaan RM7.21.

Bagaimanapun, kadar gaji minimum RM1,500 bagi majikan yang mengambil kurang daripada lima pekerja hanya akan berkuat kuasa mulai 1 Januari 2023.

Sivakumar berkata, syarikat yang beroperasi di Malaysia disyorkan melaksanakan kadar gaji minimum RM1,500 tanpa perlu menunggu arahan kerajaan untuk berbuat demikian.

Beliau berkata, selain memberi manfaat kepada pekerja, pelaksanaan gaji minimum juga dilihat dapat mewujudkan suasana tempat kerja yang harmoni.

“Hubungan harmoni antara pekerja dan majikan penting dalam menentukan hala tuju kejayaan syarikat. Syarikat tidak perlu menunggu arahan sebalik dengan rasa tanggungjawab untuk melaksanakan kadar gaji minimum,” katanya.

  • Sequeira

    Related Posts

    AirAsia jual enam A321neo baharu ketika tekanan tunai meningkat

    KUALA LUMPUR, — AirAsia Group Berhad dilaporkan menjual enam daripada 10 pesawat Airbus A321neo serba baharu yang diterimanya sejak awal 2025, termasuk dua yang dijual pada Julai lalu, ketika syarikat…

    Batu Kawan jual CCM kepada TMK Chemical pada harga RM939.87 juta

    KUALA LUMPUR: Batu Kawan Bhd memeterai perjanjian bersyarat untuk menjual Chemical Company of Malaysia Bhd (CCM) kepada TMK Chemical Bhd pada harga RM939.87 juta, selepas lebih tiga bulan rundingan. Menurut…

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    You Missed

    Fernandes yakin AirAsia mampu tangani kos bahan api, tidak perlukan ‘bailout’

    • September 19, 2026
    Fernandes yakin AirAsia mampu tangani kos bahan api, tidak perlukan ‘bailout’

    AirAsia jual enam A321neo baharu ketika tekanan tunai meningkat

    • September 19, 2026
    AirAsia jual enam A321neo baharu ketika tekanan tunai meningkat

    Batu Kawan jual CCM kepada TMK Chemical pada harga RM939.87 juta

    • September 18, 2026
    Batu Kawan jual CCM kepada TMK Chemical pada harga RM939.87 juta

    Zetrix AI Lepas seluruh 16.9% pegangan HeiTech Padu, transaksi dianggarkan RM27.5 Juta

    • September 5, 2026
    Zetrix AI Lepas seluruh 16.9% pegangan HeiTech Padu, transaksi dianggarkan RM27.5 Juta

    AIM Kecilkan Operasi Farmasi kepada Empat Cawangan Selepas Kerugian Terus Melebar

    • September 4, 2026
    AIM Kecilkan Operasi Farmasi kepada Empat Cawangan Selepas Kerugian Terus Melebar

    Kerajaan Intai Pengambilalihan ‘Jantung’ NexG, Datasonic Technologies Dinilai RM7.5 Bilion

    • August 20, 2026
    Kerajaan Intai Pengambilalihan ‘Jantung’ NexG, Datasonic Technologies Dinilai RM7.5 Bilion