Pembida projek kerajaan tak akan dinamakan untuk tingkat ketelusan

PETALING JAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata syarikat-syarikat yang mengambil bahagian dalam tender projek besar kerajaan tidak akan dinamakan ketika semakan jawatankuasa tender bagi memastikan wujud ketelusan.

Perdana Menteri berkata kaedah itu akan dapat menjamin tender hanya diberikan kepada syarikat berkemampuan untuk melaksanakan projek berkenaan.

Katanya, perkara itu dicadangkan olehnya dalam mesyuarat jawatankuasa tender semalam. Dengan itu, segala keputusan akan dibuat secara telus, berdasarkan kemampuan, rekod keupayaan serta keupayaan kewangan syarikat terbabit.

“Pada mesyuarat yang saya hadir hari ini (semalam) dengan jawatankuasa tender yang membuat keputusan mengenai projek-projek besar, saya memberitahu mereka bahawa nama syarikat itu tidak perlu diketahui.

“Kami (jawatankuasa tender) akan membuat keputusan tanpa pengetahuan siapa yang mendapat perolehan tender projek itu.

“Hanya syarikat A, B, C. Kita memutuskan bahawa keputusan harus dibuat semata-mata berdasarkan keupayaan, rekod prestasi dan keupayaan kewangan,” katanya berucap pada Majlis Makan Malam Ulang Tahun Ke-50 Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan (REHDA), malam tadi.

Mengulas lanjut, Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, jika ia membabitkan tender projek seperti Jana Wibawa, maka ia perlu diberikan kepada syarikat Bumiputera melalui proses terpilih tetapi proses itu juga perlu telus.

Amalan ini satu permulaan yang bagus dan patut menjadi garis panduan untuk penganugerahan tender.

Anwar menegaskan, proses pemberian tender yang telus adalah penting untuk memerangi rasuah di negara ini yang kini dilabel sebagai endemik.

“Rasuah akan menjadi endemik jika tidak dilakukan (pencegahan) secara sistematik di negara ini. Perlu keberanian dan keazaman untuk berubah,” katanya.

Pada November lalu, Anwar menegaskan supaya tatakelola pentadbiran kerajaan baharu tidak boleh lagi berlaku kelulusan perolehan tanpa tender dalam usaha membendung rasuah dan ketirisan.

Katanya, Kerajaan Perpaduan pimpinannya tidak akan mengizinkan sebarang kebocoran, ketirisan dan rasuah terus berleluasa.

Sementara itu, Anwar berkata, isu-isu yang melanda sektor perumahan boleh diselesaikan dengan mempercepat serta mengubah proses lapuk dengan memudahkannya.

Katanya, masih terdapat ruang untuk penambahbaikan bagi peraturan negara serta kadar kelulusan yang diperlukan (oleh pemaju).

“Kita sudah berbincang dengan semua Menteri Besar supaya majlis perbandaran di negeri-negeri dapat memudah dan mempercepatkan proses,” katanya.

  • Coelho

    Related Posts

    Abdul Halim Aman dilantik ketua pesuruhjaya SPRM

    PUTRAJAYA, 25 April 2026 — Bekas hakim Mahkamah Tinggi, Abdul Halim Aman, dilantik sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang baharu berkuat kuasa 13 Mei ini, sekali gus…

    EPB Sahkan Laluan ke Pasaran Utama, Pemegang Saham Beri Mandat Penuh

    KUALA LUMPUR — EPB Group Bhd kini selangkah lebih hampir untuk melonjak ke liga utama Bursa Malaysia apabila pemegang sahamnya meluluskan pindaan penting terhadap perlembagaan syarikat, sekali gus membuka laluan…

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    You Missed

    Jaycorp Perkukuh Pegangan Tenaga Hijau, Ambil Alih Penuh Jaycorp Green Energy Sdn Bhd

    • May 5, 2026
    Jaycorp Perkukuh Pegangan Tenaga Hijau, Ambil Alih Penuh Jaycorp Green Energy Sdn Bhd

    Pengerusi NexG Tampil Jelaskan Isu, Tegaskan Tadbir Urus Diperkukuh

    • May 5, 2026
    Pengerusi NexG Tampil Jelaskan Isu, Tegaskan Tadbir Urus Diperkukuh

    Rizab Antarabangsa Malaysia Susut kepada AS$126.61 Bilion pada Mac 2026

    • April 30, 2026
    Rizab Antarabangsa Malaysia Susut kepada AS$126.61 Bilion pada Mac 2026

    Abdul Halim Aman dilantik ketua pesuruhjaya SPRM

    • April 25, 2026
    Abdul Halim Aman dilantik ketua pesuruhjaya SPRM

    EPB Sahkan Laluan ke Pasaran Utama, Pemegang Saham Beri Mandat Penuh

    • April 9, 2026
    EPB Sahkan Laluan ke Pasaran Utama, Pemegang Saham Beri Mandat Penuh

    Helios Lancar Projek Mega Solar RM5.5 Bilion di Kelantan, Sasar Penyenaraian di Bursa Frankfurt Tahun Ini

    • April 7, 2026
    Helios Lancar Projek Mega Solar RM5.5 Bilion di Kelantan, Sasar Penyenaraian di Bursa Frankfurt Tahun Ini