Muhyiddin didakwa terima hasil aktiviti haram RM5 juta, mengaku tidak bersalah

SHAH ALAM: Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menerima wang daripada aktiviti haram berjumlah RM5 juta yang dimasukkan ke akaun parti Bersatu.

Beliau membuat pengakuan itu di Mahkamah Sesyen Shah Alam selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh.

Mengikut pertuduhan, beliau yang juga bekas Perdana Menteri itu menerima wang daripada aktiviti haram berjumlah RM5 juta daripada Bukhary Equity Sdn Bhd yang dimasukkan ke dalam akaun AmBank milik parti berkenaan.

Kesalahan itu dilakukan di AmBank cawangan Amcorp Mall, Jalan Persiaran Barat, Petaling Jaya, pada 7 Januari 2022.

Pendakwaan itu dibuat mengikut Seksyen 4(1)(b) bersama Seksyen 87(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan serta Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 (Akta 613).

Sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 15 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda nilai suapan.

Sementara itu, pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Akram Gharib, Mohd Fadhly Mohd Zamry, Zander Lim Wai Keong, Kalai Vani Annadorai dan Maziah Mohaide.

Manakala Muhyiddin diwakili sembilan peguam antaranya Datuk K. Kumaraendran, Chetan Jethwani, Dev Kumaraendran dan Mohamad Isa Mohammad Basir.

Dalam pada itu, mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM2 juta bersama dua penjamin serta syarat tambahan penyerahan pasport sehingga selesai perbicaraan.

Dalam perkembangan berkaitan, pihak pendakwaan memohon untuk kes dipindahkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.

Hakim kemudian membenarkan permohonan tersebut selain menetapkan tarikh 26 Mei untuk sebutan semula kes.

Pada Jumaat lalu, Muhyiddin yang juga Ahli Parlimen Pagoh berdepan enam pertuduhan melibatkan wang dalam akaun milik parti Bersatu di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.

Beliau bagaimanapun, mengaku tidak bersalah atas empat pertuduhan sebagai Perdana Menteri Malaysia dan Presiden Bersatu telah menggunakan kedudukannya untuk menerima suapan berjumlah RM232.5 juta.

Ini termasuk dua lagi pertuduhan sebagai Presiden Bersatu yang telah menerima wang hasil daripada aktiviti haram berjumlah RM195 juta.

  • Coelho

    Related Posts

    Pengerusi NexG Tampil Jelaskan Isu, Tegaskan Tadbir Urus Diperkukuh

    KUALA LUMPUR – Pengerusi Eksekutif NexG Berhad, Datuk Ishak Ismail tampil mempertahankan kedudukan syarikat itu susulan laporan media dan pandangan beberapa ahli akademik yang mempersoalkan operasi, tadbir urus serta kontrak…

    Helios Lancar Projek Mega Solar RM5.5 Bilion di Kelantan, Sasar Penyenaraian di Bursa Frankfurt Tahun Ini

    KUALA LUMPUR — Dalam langkah yang mencerminkan lonjakan agresif sektor tenaga boleh diperbaharui negara, Helios Photovoltaic Sdn Bhd tampil dengan projek mega bernilai RM5.5 bilion di Kelantan yang menggabungkan penjanaan…

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    You Missed

    Jaycorp Perkukuh Pegangan Tenaga Hijau, Ambil Alih Penuh Jaycorp Green Energy Sdn Bhd

    • May 5, 2026
    Jaycorp Perkukuh Pegangan Tenaga Hijau, Ambil Alih Penuh Jaycorp Green Energy Sdn Bhd

    Pengerusi NexG Tampil Jelaskan Isu, Tegaskan Tadbir Urus Diperkukuh

    • May 5, 2026
    Pengerusi NexG Tampil Jelaskan Isu, Tegaskan Tadbir Urus Diperkukuh

    Rizab Antarabangsa Malaysia Susut kepada AS$126.61 Bilion pada Mac 2026

    • April 30, 2026
    Rizab Antarabangsa Malaysia Susut kepada AS$126.61 Bilion pada Mac 2026

    Abdul Halim Aman dilantik ketua pesuruhjaya SPRM

    • April 25, 2026
    Abdul Halim Aman dilantik ketua pesuruhjaya SPRM

    EPB Sahkan Laluan ke Pasaran Utama, Pemegang Saham Beri Mandat Penuh

    • April 9, 2026
    EPB Sahkan Laluan ke Pasaran Utama, Pemegang Saham Beri Mandat Penuh

    Helios Lancar Projek Mega Solar RM5.5 Bilion di Kelantan, Sasar Penyenaraian di Bursa Frankfurt Tahun Ini

    • April 7, 2026
    Helios Lancar Projek Mega Solar RM5.5 Bilion di Kelantan, Sasar Penyenaraian di Bursa Frankfurt Tahun Ini