Sabitan 2 bekas kakitangan Goldman bukti penyelesaian 1MDB ‘diragui’, kata Johari

  • Kes
  • March 6, 2023

Kuala Lumpur – Sabitan jenayah terhadap dua bekas pekerja Goldman Sachs secara konklusif menunjukkan “keraguan” dalam perjanjian penyelesaian 1MDB dimeterai oleh pentadbiran Muhyiddin Yassin dengan bank pelaburan itu, kata seorang Ahli Parlimen.

Portal FMT melaporkan, Ahli Parlimen Titiwangsa Johari Ghani berkata mengenai jangkaan hukuman terhadap bekas jurubank Roger Ng oleh hakim daerah AS Margo Brodie pada 9 Mac.

Ng disabitkan bersalah kerana bersubahat dengan bekas ketuanya, Tim Leissner, dan ahli perniagaan buruan Low Taek Jho, atau Jho Low, untuk merasuah pegawai kerajaan di Malaysia dan Abu Dhabi bagi memudahkan urusan penipuan bon 1MDB bernilai USD6.5 bilion.

Leissner, yang mengaku bersalah atas pertuduhan sama lebih empat tahun lalu, bekerjasama dengan pihak pendakwa untuk mendapatkan hukuman ringan.

“Kita bersetuju untuk hanya menerima USD2.5 bilion daripada USD6.5 bilion yang dituntut. Bank itu juga bersetuju untuk membantu mendapatkan semula aset tambahan USD1.4 bilion,” kata Johari.

Bekas menteri kewangan kedua itu berkata, jumlah penyelesaian rendah yang dicadangkan menunjukkan ada “sesuatu yang tidak kena” dalam perjanjian itu.

“Kita juga nampaknya berada dalam kebuntuan dengan Goldman Sachs berhubung pemulihan aset, dengan bank setakat ini gagal untuk mendapatkan USD1.4 bilion seperti dijanjikan,” katanya.

“Goldman Sachs jelas mengambil kesempatan daripada kelemahan perunding kita dalam merangka perjanjian itu. Kita tidak boleh biarkan ini berlaku.

“Leissner dan Ng, merupakan sebahagian daripada pengurusan kanan bank, adalah orang penting terlibat dalam penipuan itu. Kesalahan mereka boleh dikaitkan dengan Goldman Sachs untuk memastikan bank itu bertanggungjawab sepenuhnya atas semua kerugian 1MDB.

“Kita tidak ada apa-apa untuk disembunyikan. Kita hanya cuba mendapatkan semula kerugian daripada bank di mana kakitangan seniornya telah disabitkan di AS atas kesalahan mereka.”

Johari juga menggesa kerajaan untuk berhubung dengan Jabatan Kehakiman (DoJ) AS untuk mendapatkan pemulangan segera dana dilucuthakkan daripada Leissner dan Ng.

“Kita mempunyai kewajipan untuk memastikan dana ini dikembalikan kepada Perbendaharaan secepat mungkin untuk membiayai sebahagian bon bernilai USD3 bilion yang akan dibayar bulan ini,” katanya.

Minggu lalu, Bloomberg melaporkan susulan sabitan kesalahan Leissner, Brodie mengarahkannya menyerahkan kira-kira USD44 juta aset kepada DoJ, terdiri daripada wang tunai USD43.7 juta (RM195 juta) dan 3.3 juta saham bernilai USD313 juta (RM1.4 bilion) dalam syarikat minuman kecergasan Celsius Holdings Inc.

Menurut laporan itu, pihak pendakwa raya meminta hakim untuk melucutkan hak USD35.1 juta (RM157.3 juta) lagi daripada Ng.

Sequeira

Related Posts

  • Kes
  • June 23, 2026
Pekerja penyelenggaraan maut ketika cuci kolam air di Kuala Selangor, SPAN siasat punca kejadian

KUALA SELANGOR, 23 Jun 2026 — Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) sedang menjalankan siasatan lanjut berhubung insiden kemalangan maut yang meragut nyawa seorang pekerja penyelenggaraan semasa kerja-kerja pencucian kolam perkhidmatan…

  • Kes
  • January 16, 2026
Kes Rasuah RM2.8 Juta: Mahkamah Lepas dan Bebaskan Bung Moktar, Tuduhan Terhadap Zizie Izette Diteruskan

KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen hari ini melepas dan membebaskan Allahyarham Datuk Seri Bung Moktar Radin daripada tiga pertuduhan rasuah melibatkan wang berjumlah RM2.8 juta selepas pihak pendakwaan memaklumkan tidak berhasrat…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

Betamek Perkukuh Kedudukan Industri Automotif Dengan Pengiktirafan Pembuatan Pintar Tahap 4

  • July 13, 2026
Betamek Perkukuh Kedudukan Industri Automotif Dengan Pengiktirafan Pembuatan Pintar Tahap 4

Dagangan Malaysia-Indonesia Dijangka Cecah AS$29.3 Bilion, Kerjasama Halal Jadi Pemacu Utama

  • July 12, 2026
Dagangan Malaysia-Indonesia Dijangka Cecah AS$29.3 Bilion, Kerjasama Halal Jadi Pemacu Utama

BN menang besar 48 kerusi, PH hanya 8 kerusi DUN Johor – SPR

  • July 12, 2026
BN menang besar 48 kerusi, PH hanya 8 kerusi DUN Johor – SPR

CUHK Breaks Into Global Top 20, Ranked 18th in QS World University Rankings 2027

  • July 10, 2026
CUHK Breaks Into Global Top 20, Ranked 18th in QS World University Rankings 2027

Advancecon Raih Kontrak RM121.7 Juta, Perkukuh Peranan Dalam Infrastruktur Pusat Data Malaysia

  • July 10, 2026
Advancecon Raih Kontrak RM121.7 Juta, Perkukuh Peranan Dalam Infrastruktur Pusat Data Malaysia

AIZO Raih Subkontrak Infrastruktur RM9.09 Juta bagi Projek TOD Cheras

  • July 9, 2026
AIZO Raih Subkontrak Infrastruktur RM9.09 Juta bagi Projek TOD Cheras