Anak syarikat Petronas Gas buat bayaran pendahuluan AS$233.6 juta

KUALA LUMPUR: Anak syarikat milik penuh Petronas Gas Bhd (PGB), Regas Terminal (Sg Udang) Sdn Bhd (RGTSU), menandatangani perjanjian dengan Gas Asia Terminal (L) Pte Ltd (GATL), anak syarikat milik penuh MISC Bhd, untuk membuat penyelesaian secara sekali sahaja bagi bayaran pendahuluan bayaran sewa capex di bawah perjanjian sewa berdasarkan waktu (TCP) sebanyak AS$233.6 juta.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia semalam, katanya transaksi bayaran pendahuluan itu, yang mewakili baki nilai kontrak untuk baki obligasi bayaran sewa capex RGTSU, adalah untuk menyediakan unit simpanan terapung (FSU), FSU Tenaga Satu dan FSU Tenaga Empat, di Terminal Pengegasan Semula LNG Sungai Udang.

Katanya, FSU akan terus digunakan oleh RGTSU sehingga akhir tempoh sewaan yang dipersetujui dan bahagian operasi TCP akan kekal tidak terjejas.

“Transaksi bayaran pendahuluan itu akan mengurangkan pendedahan risiko mata wang asing kumpulan PGB untuk baki tempoh TCP,” katanya.

Katanya, transaksi bayaran pendahuluan itu tidak tertakluk kepada kelulusan pemegang saham syarikat atau mana-mana pihak berkuasa kerajaan yang berkaitan.

  • Coelho

    Related Posts

    Abdul Halim Aman dilantik ketua pesuruhjaya SPRM

    PUTRAJAYA, 25 April 2026 — Bekas hakim Mahkamah Tinggi, Abdul Halim Aman, dilantik sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang baharu berkuat kuasa 13 Mei ini, sekali gus…

    EPB Sahkan Laluan ke Pasaran Utama, Pemegang Saham Beri Mandat Penuh

    KUALA LUMPUR — EPB Group Bhd kini selangkah lebih hampir untuk melonjak ke liga utama Bursa Malaysia apabila pemegang sahamnya meluluskan pindaan penting terhadap perlembagaan syarikat, sekali gus membuka laluan…

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    You Missed

    Jaycorp Perkukuh Pegangan Tenaga Hijau, Ambil Alih Penuh Jaycorp Green Energy Sdn Bhd

    • May 5, 2026
    Jaycorp Perkukuh Pegangan Tenaga Hijau, Ambil Alih Penuh Jaycorp Green Energy Sdn Bhd

    Pengerusi NexG Tampil Jelaskan Isu, Tegaskan Tadbir Urus Diperkukuh

    • May 5, 2026
    Pengerusi NexG Tampil Jelaskan Isu, Tegaskan Tadbir Urus Diperkukuh

    Rizab Antarabangsa Malaysia Susut kepada AS$126.61 Bilion pada Mac 2026

    • April 30, 2026
    Rizab Antarabangsa Malaysia Susut kepada AS$126.61 Bilion pada Mac 2026

    Abdul Halim Aman dilantik ketua pesuruhjaya SPRM

    • April 25, 2026
    Abdul Halim Aman dilantik ketua pesuruhjaya SPRM

    EPB Sahkan Laluan ke Pasaran Utama, Pemegang Saham Beri Mandat Penuh

    • April 9, 2026
    EPB Sahkan Laluan ke Pasaran Utama, Pemegang Saham Beri Mandat Penuh

    Helios Lancar Projek Mega Solar RM5.5 Bilion di Kelantan, Sasar Penyenaraian di Bursa Frankfurt Tahun Ini

    • April 7, 2026
    Helios Lancar Projek Mega Solar RM5.5 Bilion di Kelantan, Sasar Penyenaraian di Bursa Frankfurt Tahun Ini