Kenaikan OPR beri sedikit impak negatif kepada sektor hartanah, kata MIDF Research

KUALA LUMPUR: MIDF Research mengunjurkan kenaikan kadar dasar semalaman (OPR) pada Mei 2023 memberi sedikit impak negatif kepada sektor hartanah kerana ansuran pinjaman perumahan yang lebih tinggi.

Firma itu menganggarkan bahawa setiap kenaikan 25 mata asas dalam kadar faedah akan meningkatkan sedikit ansuran bulanan antara RM60 hingga RM70 bagi pinjaman perumahan sebanyak RM500,000.

Katanya, memandangkan OPR kembali normal kepada paras pra-pandemik sebanyak 3%, firma itu menjangkakan akan kekal untuk sepanjang 2023.

“Namun begitu, kami berpendapat bahawa kesan negatif adalah jangka pendek kerana OPR dijangka kekal tidak berubah sehingga akhir tahun.

“Ringkasnya, kita mungkin akan melihat reaksi yang tidak terkawal terhadap permohonan pinjaman dalam beberapa bulan akan datang namun kesannya adalah sementara,” katanya dalam satu nota kajian, hari ini.

Firma itu berkata, permohonan pinjaman yang kukuh dan pinjaman yang diluluskan pada Mac 2023 adalah positif kepada sektor itu kerana ia menandakan pemulihan minat belian daripada beberapa kenaikan OPR pada 2022.

Bagaimanapun, permohonan pinjaman yang teguh mungkin perlahan dalam beberapa bulan akan datang kesan kenaikan OPR pada Mei 2023.

“Kami mengekalkan pandangan ‘neutral’ tetapi lebih cenderung ke arah positif terhadap sektor hartanah.

“Kami masih memihak kepada pemaju yang menumpukan pada projek pembinaan dalam segmen pasaran pertengahan dan mampu milik kerana permintaan untuk bagi rumah berharga di bawah RM500,000 kekal berdaya tahan, disokong oleh pembeli rumah kali pertama,” katanya.

  • Coelho

    Related Posts

    Chin Hin sasar kukuh portfolio industri menerusi pembelian aset RM66 juta di Kota Damansara

    KUALA LUMPUR — Chin Hin Group Property Bhd merancang memperluaskan jejaknya dalam segmen hartanah perindustrian menerusi cadangan pembelian aset industri di Kota Damansara, Selangor, pada nilai RM66 juta. Menurut makluman…

    Paramount tambah rizab tanah Bukit Raja, perolehan RM113.5 juta sasar GDV RM579 juta

    KUALA LUMPUR, 17 Dis — Paramount Corporation Berhad terus memperluas simpanan tanahnya apabila anak syarikat milik penuhnya, Prima Kuasa Sdn Bhd, memeterai perjanjian jual beli bagi memperoleh tiga lot tanah…

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    You Missed

    Malaysia sedia jawab siasatan AS, tolak dakwaan lebihan kapasiti bawa kepada lambakan

    • March 14, 2026
    Malaysia sedia jawab siasatan AS, tolak dakwaan lebihan kapasiti bawa kepada lambakan

    Chin Hin sasar kukuh portfolio industri menerusi pembelian aset RM66 juta di Kota Damansara

    • March 13, 2026
    Chin Hin sasar kukuh portfolio industri menerusi pembelian aset RM66 juta di Kota Damansara

    Mojtaba Khamenei diangkat sebagai pemimpin tertinggi baharu Iran ketika perang makin memuncak

    • March 9, 2026
    Mojtaba Khamenei diangkat sebagai pemimpin tertinggi baharu Iran ketika perang makin memuncak

    CelcomDigi, Maxis Bayar RM327.87 Juta Ambil Alih Pegangan MoF Inc Dalam DNB

    • March 6, 2026
    CelcomDigi, Maxis Bayar RM327.87 Juta Ambil Alih Pegangan MoF Inc Dalam DNB

    KWSP Diramal Kekal Kukuh, Dividen 2025 Diunjur 6.3%–6.5%

    • February 16, 2026
    KWSP Diramal Kekal Kukuh, Dividen 2025 Diunjur 6.3%–6.5%

    Berjaya Land Berhad Tukar Nama Kepada Berjaya Property Berhad

    • February 14, 2026
    Berjaya Land Berhad Tukar Nama Kepada Berjaya Property Berhad