SkyWorld bakal ke Pasaran Utama Bursa Malaysia

KUALA LUMPUR: SkyWorld Development Bhd (SkyWorld), pemaju hartanah bandar yang terbabit terutamanya dalam pegangan pelaburan, menerima persetujuan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) untuk disenaraikan di Pasaran Utama Bursa Malaysia Securities Bhd.

Pengasas dan Pengerusi Bukan Eksekutif Bebas SkyWorld, Datuk Seri Ng Thien Phing, berkata kelulusan itu menandakan kejayaan penting bagi syarikat itu serta keyakinan kukuh dalam trajektori pertumbuhannya.

“Sementara perjalanan ke arah penyenaraian masih berjalan, kami tetap fokus pada perniagaan dan pada masa yang sama berusaha untuk menyampaikan perkembangan berterusan kami menuju standard yang lebih tinggi,” katanya dalam satu kenyataan.

Tawaran awam permulaan (IPO) SkyWorld membabitkan terbitan awam sebanyak 208 juta saham baharu, mewakili kira-kira 20.8 peratus daripada modal saham terbitan yang diperbesarkan selepas penyenaraiannya.

Daripada 208 juta saham baharu ini, 50 juta saham akan disediakan untuk permohonan rakyat Malaysia manakala 25 juta saham diperuntukkan bagi permohonan oleh pengarah yang layak, pengurusan kanan utama, pekerja dan individu yang telah menyumbang kepada kejayaan kumpulan.

Baki 133 juta saham baharu akan disediakan melalui penempatan persendirian kepada pelabur institusi dan terpilih.

IPO itu turut menyaksikan tawaran untuk penjualan 192 juta saham sedia ada, bersamaan dengan kira-kira 19.2 peratus daripada modal saham terbitan yang diperbesarkan kumpulan.

Sementara itu, 150 juta saham sedia ada akan disediakan melalui penempatan persendirian kepada pelabur Bumiputera yang diluluskan oleh Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), manakala baki 42 juta saham sedia ada telah diperuntukkan untuk institusi dan pelabur terpilih.

Kenanga Investment Bank Bhd ialah penasihat utama, penaja jamin dan ejen penempatan untuk pelaksanaan IPO.

  • Coelho

    Related Posts

    AirAsia jual enam A321neo baharu ketika tekanan tunai meningkat

    KUALA LUMPUR, — AirAsia Group Berhad dilaporkan menjual enam daripada 10 pesawat Airbus A321neo serba baharu yang diterimanya sejak awal 2025, termasuk dua yang dijual pada Julai lalu, ketika syarikat…

    Batu Kawan jual CCM kepada TMK Chemical pada harga RM939.87 juta

    KUALA LUMPUR: Batu Kawan Bhd memeterai perjanjian bersyarat untuk menjual Chemical Company of Malaysia Bhd (CCM) kepada TMK Chemical Bhd pada harga RM939.87 juta, selepas lebih tiga bulan rundingan. Menurut…

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    You Missed

    Fernandes yakin AirAsia mampu tangani kos bahan api, tidak perlukan ‘bailout’

    • September 19, 2026
    Fernandes yakin AirAsia mampu tangani kos bahan api, tidak perlukan ‘bailout’

    AirAsia jual enam A321neo baharu ketika tekanan tunai meningkat

    • September 19, 2026
    AirAsia jual enam A321neo baharu ketika tekanan tunai meningkat

    Batu Kawan jual CCM kepada TMK Chemical pada harga RM939.87 juta

    • September 18, 2026
    Batu Kawan jual CCM kepada TMK Chemical pada harga RM939.87 juta

    Zetrix AI Lepas seluruh 16.9% pegangan HeiTech Padu, transaksi dianggarkan RM27.5 Juta

    • September 5, 2026
    Zetrix AI Lepas seluruh 16.9% pegangan HeiTech Padu, transaksi dianggarkan RM27.5 Juta

    AIM Kecilkan Operasi Farmasi kepada Empat Cawangan Selepas Kerugian Terus Melebar

    • September 4, 2026
    AIM Kecilkan Operasi Farmasi kepada Empat Cawangan Selepas Kerugian Terus Melebar

    Kerajaan Intai Pengambilalihan ‘Jantung’ NexG, Datasonic Technologies Dinilai RM7.5 Bilion

    • August 20, 2026
    Kerajaan Intai Pengambilalihan ‘Jantung’ NexG, Datasonic Technologies Dinilai RM7.5 Bilion