Harga emas masih ada ruang untuk terus meningkat

KUALA LUMPUR: Tomei Consolidated Bhd optimis bahawa permintaan terhadap emas akan kekal kukuh walaupun harga semasa yang tinggi, sekali gus, memastikan pengeluar dan peruncit barang kemas akan terus mencatatkan keuntungan pada tahun kewangan 2023.

Pengarah Urusan Tomei, Datuk Ng Yih Pyng, berkata perbelanjaan untuk emas bagi tujuan kebudayaan dan pelaburan akan terus kekal walaupun terdapat pelbagai kebimbangan yang semakin meningkat.

Dari aspek runcit domestik, katanya harga emas telah meningkat tiga kali pada tahun ini dan masih mempunyai ruang untuk meningkat lagi.

“Pada amnya, saya berpendapat ekonomi Malaysia akan terus berkembang tetapi sudah tentu, terdapat tekanan mengenai inflasi dan (ketersediaan) pendapatan boleh guna secara amnya mungkin terjejas sedikit.

“Justeru, kami akan terus dapat mencatatkan keuntungan dan kami berharap dapat mencapai (sasaran) jualan kami,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat agung tahunan Tomei di sini, hari ini.

Yih Pyng, bagaimanapun, tidak menyatakan sasaran Tomei pada tahun ini.

Mengenai pasaran global, katanya harga emas, yang kini diniagakan antara AS$1,900 dan lebih AS$2,000 seauns, akan kekal positif disokong oleh permintaan daripada bank pusat.

Pengerusi Tomei, Raja Tan Sri Aman Raja Ahmad, berkata banyak bank pusat telah menukar bon mereka dalam denominasi AS kepada emas.

“BRICS (Brazil, Rusia, India, China dan Afrika Selatan), semuanya disokong oleh emas,” katanya.

Pada tahun kewangan 2022, keuntungan bersih Tomei meningkat kepada RM65.89 juta daripada RM32.77 juta pada tahun sebelumnya berikutan jumlah jualan yang tinggi.

Perolehan naik kepada RM974.31 juta daripada RM736.07 juta sebelum ini.

  • Coelho

    Related Posts

    Media Prima catat untung bersih RM20.7 juta tahun kewangan 2025

    KUALA LUMPUR: Media Prima Bhd (Media Prima), kumpulan media bersepadu terbesar di Malaysia merekodkan keputusan kewangan bagi suku keempat yang kukuh sekali gus memberikan tempoh 12 bulan tahun kewangan 2025…

    MBSB tarik balik kes saman pinjaman RM123 juta terhadap KNM

    KUALA LUMPUR: KNM Group Berhad mengumumkan bahawa MBSB Bank Berhad secara rasmi menarik balik semua tindakan undang-undang yang difailkan sebelum ini terhadap kumpulan tersebut dan anak-anak syarikatnya. Selain itu katanya,…

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    You Missed

    Malaysia sedia jawab siasatan AS, tolak dakwaan lebihan kapasiti bawa kepada lambakan

    • March 14, 2026
    Malaysia sedia jawab siasatan AS, tolak dakwaan lebihan kapasiti bawa kepada lambakan

    Chin Hin sasar kukuh portfolio industri menerusi pembelian aset RM66 juta di Kota Damansara

    • March 13, 2026
    Chin Hin sasar kukuh portfolio industri menerusi pembelian aset RM66 juta di Kota Damansara

    Mojtaba Khamenei diangkat sebagai pemimpin tertinggi baharu Iran ketika perang makin memuncak

    • March 9, 2026
    Mojtaba Khamenei diangkat sebagai pemimpin tertinggi baharu Iran ketika perang makin memuncak

    CelcomDigi, Maxis Bayar RM327.87 Juta Ambil Alih Pegangan MoF Inc Dalam DNB

    • March 6, 2026
    CelcomDigi, Maxis Bayar RM327.87 Juta Ambil Alih Pegangan MoF Inc Dalam DNB

    KWSP Diramal Kekal Kukuh, Dividen 2025 Diunjur 6.3%–6.5%

    • February 16, 2026
    KWSP Diramal Kekal Kukuh, Dividen 2025 Diunjur 6.3%–6.5%

    Berjaya Land Berhad Tukar Nama Kepada Berjaya Property Berhad

    • February 14, 2026
    Berjaya Land Berhad Tukar Nama Kepada Berjaya Property Berhad