Wan Ahmad Farid dilantik ketua hakim negara

Hakim Mahkamah Rayuan Wan Ahmad Farid Wan Salleh dilantik sebagai ketua hakim negara, menamatkan teka-teki berhubung kedudukan nombor satu dalam badan kehakiman.

Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan dalam kenyataan berkata, Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim atas nasihat Perdana Menteri Anwar Ibrahim dan selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja memperkenankan pelantikan Wan Ahmad Farid.

Kenyataan itu turut mengumumkan pelantikan Abu Bakar Jais sebagai presiden Mahkamah Rayuan manakala Azizah Nawawi sebagai hakim besar Mahkamah Tinggi di Sabah dan Sarawak.

“Majlis penyampaian watikah pelantikan dan istiadat mengangkat dan menandatangani sumpah jawatan dan sumpah setia di hadapan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong akan diadakan pada 28 Julai di Istana Negara,” kata kenyataan itu.

Pelantikan Wan Ahmad Farid itu berikutan perkhidmatan Tengku Maimun Tuan Mat yang tamat pada 1 Julai lalu selepas mencapai usia persaraan wajib 66 tahun.

Hakim Besar Malaya Hasnah Hashim memangku jawatan itu.

Wan Ahmad Faridmemiliki Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang (LL.B Hons) dari University of West London pada 1985 dan memperoleh Certificate in Legal Practice (Hons) daripada Universiti Malaya pada 1986.

Kerjaya guamannya bermula sebagai peguam bela dan peguam cara di Tetuan Adnan & Wee, Kuala Terengganu, dari 1987 hingga 2003.

Wan Ahmad Farid yang berusia 62 tahun dilantik hakim Mahkamah Rayuan pada 12 Nov 2024, selepas berkhidmat sebagai hakim Mahkamah Tinggi selama lima tahun dan tiga bulan.

Beliau juga pernah menjadi ahli Dewan Negara dan memegang jawatan timbalan menteri dalam negeri dari 19 Mac 2008 hingga 9 April 2009 bawah pentadbiran Abdullah Ahmad Badawi.

Wan Ahmad Farid meletak jawatan senator untuk bertanding PRK Kuala Terengganu 2009 susulan kematian penyandangnya daripada Umno, namun kalah kepada calon PAS.

Beliau mengumumkan bersara daripada politik pada 2013.

Goncalves

Related Posts

Pengerusi NexG Tampil Jelaskan Isu, Tegaskan Tadbir Urus Diperkukuh

KUALA LUMPUR – Pengerusi Eksekutif NexG Berhad, Datuk Ishak Ismail tampil mempertahankan kedudukan syarikat itu susulan laporan media dan pandangan beberapa ahli akademik yang mempersoalkan operasi, tadbir urus serta kontrak…

Helios Lancar Projek Mega Solar RM5.5 Bilion di Kelantan, Sasar Penyenaraian di Bursa Frankfurt Tahun Ini

KUALA LUMPUR — Dalam langkah yang mencerminkan lonjakan agresif sektor tenaga boleh diperbaharui negara, Helios Photovoltaic Sdn Bhd tampil dengan projek mega bernilai RM5.5 bilion di Kelantan yang menggabungkan penjanaan…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

Jaycorp Perkukuh Pegangan Tenaga Hijau, Ambil Alih Penuh Jaycorp Green Energy Sdn Bhd

  • May 5, 2026
Jaycorp Perkukuh Pegangan Tenaga Hijau, Ambil Alih Penuh Jaycorp Green Energy Sdn Bhd

Pengerusi NexG Tampil Jelaskan Isu, Tegaskan Tadbir Urus Diperkukuh

  • May 5, 2026
Pengerusi NexG Tampil Jelaskan Isu, Tegaskan Tadbir Urus Diperkukuh

Rizab Antarabangsa Malaysia Susut kepada AS$126.61 Bilion pada Mac 2026

  • April 30, 2026
Rizab Antarabangsa Malaysia Susut kepada AS$126.61 Bilion pada Mac 2026

Abdul Halim Aman dilantik ketua pesuruhjaya SPRM

  • April 25, 2026
Abdul Halim Aman dilantik ketua pesuruhjaya SPRM

EPB Sahkan Laluan ke Pasaran Utama, Pemegang Saham Beri Mandat Penuh

  • April 9, 2026
EPB Sahkan Laluan ke Pasaran Utama, Pemegang Saham Beri Mandat Penuh

Helios Lancar Projek Mega Solar RM5.5 Bilion di Kelantan, Sasar Penyenaraian di Bursa Frankfurt Tahun Ini

  • April 7, 2026
Helios Lancar Projek Mega Solar RM5.5 Bilion di Kelantan, Sasar Penyenaraian di Bursa Frankfurt Tahun Ini