Letupan gas Putra Heights: Panasonic Malaysia dijangka rugi RM27.2 juta

KUALA LUMPUR: Panasonic Manufacturing Malaysia Bhd menghadapi gangguan bekalan gas di kilang mereka di Shah Alam yang dijangka mengakibatkan kerugian sebanyak 3% dalam hasil tahunan syarikat, susulan letupan paip gas di Putra Heights, minggu lalu.

Ia berkata, anggaran kerugian itu dibuat berdasarkan hasil kewangan bagi tahun berakhir 31 Mac 2024 (FY24).

Bagi FY24, Panasonic mencatatkan hasil tahunan sebanyak RM905.69 juta, penurunan sebanyak 8.7% berbanding RM991.62 juta pada 2023. Syarikat juga mencatatkan keuntungan bersih sebanyak RM92.65 juta.

“Berdasarkan pengiraan kasar, kerugian hasil yang dijangka adalah sekitar RM27.2 juta,” katanya dalam makluman di Bursa Malaysia.

Bagi tempoh sembilan bulan yang berakhir pada 31 Disember 2025 (9MFY25), hasil syarikat menurun kepada RM643.2 juta berbanding RM698.2 juta pada tahun sebelumnya.

Keuntungan bersih juga menyusut kepada RM37.38 juta berbanding RM75 juta sebelum ini.

Panasonic menjelaskan, pengeluaran kipas dan seterika elektrik syarikat terjejas akibat gangguan berkenaan, manakala pengeluaran barangan seperti penyedut hampagas, pancuran mandian rumah dan produk lain tidak terjejas.

“Sebagai tindak balas, Panasonic telah mengaktifkan pelan kesinambungan perniagaan dan melaksanakan langkah-langkah kecemasan untuk memastikan operasi kritikal bagi produk-produk ini dapat diteruskan dan gangguan dalam rantaian bekalan dapat diminimumkan,” menurut syarikat.

Tambahnya, syarikat menjangkakan kesan yang minimum terhadap operasi keseluruhan kumpulan atau prestasi kewangan pada tahun kewangan baru (FY26) akibat gangguan tersebut.

Pengarah Urusan Panasonic, Takashi Sugihara berkata, syarikatnya sedang menguruskan perkara itu bagi memastikan ia tidak mengganggu rantaian bekalan dan penghantaran produk kepada pelanggan.

“Kami telah melaksanakan langkah-langkah untuk mengurangkan kesan operasi dan sedang meneroka sumber bekalan gas alternatif bagi memastikan komitmen kami terus dipenuhi.

“Kami berusaha untuk memulihkan kerugian hasil setelah operasi kembali normal,” katanya.

Sementara itu, Gas Malaysia Bhd mengesahkan terdapat gangguan bekalan gas melibatkan Shah Alam, Kundang, Petaling Jaya, Teluk Panglima Garang, Pelabuhan Klang, Pulau Indah, Merbau, Tronoh, Perai, Junjung dan Hutan Melintang yang dijangka berterusan sehingga 20 April 2025.

Saham Panasonic jatuh 10 sen untuk ditutup pada RM13.06, menjadikan nilai syarikat tersebut sebanyak RM793.34 juta.

Coelho

Related Posts

HELIOS SOLAR AG Launches IPO Subscription at EUR 4.00 Per Share, Targets Up to EUR30.4 Million

Munich, 26 June 2026 — HELIOS SOLAR AG has officially launched the subscription period for its Initial Public Offering (IPO), offering investors the opportunity to subscribe for shares at a…

Media Prima catat untung bersih RM20.7 juta tahun kewangan 2025

KUALA LUMPUR: Media Prima Bhd (Media Prima), kumpulan media bersepadu terbesar di Malaysia merekodkan keputusan kewangan bagi suku keempat yang kukuh sekali gus memberikan tempoh 12 bulan tahun kewangan 2025…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

Betamek Perkukuh Kedudukan Industri Automotif Dengan Pengiktirafan Pembuatan Pintar Tahap 4

  • July 13, 2026
Betamek Perkukuh Kedudukan Industri Automotif Dengan Pengiktirafan Pembuatan Pintar Tahap 4

Dagangan Malaysia-Indonesia Dijangka Cecah AS$29.3 Bilion, Kerjasama Halal Jadi Pemacu Utama

  • July 12, 2026
Dagangan Malaysia-Indonesia Dijangka Cecah AS$29.3 Bilion, Kerjasama Halal Jadi Pemacu Utama

BN menang besar 48 kerusi, PH hanya 8 kerusi DUN Johor – SPR

  • July 12, 2026
BN menang besar 48 kerusi, PH hanya 8 kerusi DUN Johor – SPR

CUHK Breaks Into Global Top 20, Ranked 18th in QS World University Rankings 2027

  • July 10, 2026
CUHK Breaks Into Global Top 20, Ranked 18th in QS World University Rankings 2027

Advancecon Raih Kontrak RM121.7 Juta, Perkukuh Peranan Dalam Infrastruktur Pusat Data Malaysia

  • July 10, 2026
Advancecon Raih Kontrak RM121.7 Juta, Perkukuh Peranan Dalam Infrastruktur Pusat Data Malaysia

AIZO Raih Subkontrak Infrastruktur RM9.09 Juta bagi Projek TOD Cheras

  • July 9, 2026
AIZO Raih Subkontrak Infrastruktur RM9.09 Juta bagi Projek TOD Cheras