Key Alliance lantik Farhash Salvador sebagai Pengerusi baharu

KUALA LUMPUR: Key Alliance Group Bhd mengumumkan pelantikan Datuk Farhash Wafa Salvador sebagai Pengerusi baharunya.

Syarikat teknologi, komunikasi dan maklumat itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini berkata, Farhash Wafa membawa pengalaman lebih daripada satu dekad dalam bidang perniagaan, perundingan serta nasihat merangkumi sektor pembinaan, teknologi, hotel, makanan dan minuman.

“Sebagai bukti kepada bakat dan sumbangan berharga Farhash Wafa kepada industri perusahaan kecil dan sederhana (PKS), beliau pernah dinobatkan sebagai Usahawan Muda Terbaik 2020 oleh Anugerah Kepimpinan Perniagaan Global serta Usahawan Berdaya Usaha Terbaik 2019 dan Technopreneur Terbaik 2018 oleh Anugerah Perniagaan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dan usahawan (SEBA),” kata Key Alliance.

Beliau juga dianugerahkan sebagai Usahawan Nasional Bumiputera Cemerlang Malaysia dalam Perniagaan pada 2018, Usahawan Muda Paling Berpengaruh ke-100 pada 2017 dan Anugerah Skim Permulaan Usahawan Bumiputera oleh Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) pada 2016.

Farhash Wafa memperoleh Ijazah Sarjana Muda Sastera dalam Pentadbiran Perniagaan dari Universiti Portsmouth, United Kingdom; Ijazah Sarjana Sains dalam Kewangan dari Universiti Portsmouth, United Kingdom dan Sijil Eksekutif dalam Kepimpinan Awam dari Harvard Kennedy School, Universiti Harvard.

Beliau pernah menjadi pengarah atau pemegang saham dalam sekurang-kurangnya 10 syarikat swasta termasuk Swag Technologies Sdn Bhd, Salvador & Sons Sdn Bhd dan Pacific Samudera Sdn Bhd.

Farhash Wafa juga pernah menjadi Pengarah Bebas Bukan Eksekutif di Bluemont Group Limited (sekarang dikenali sebagai Southern Archipelago Limited) dari 2014 hingga 2016, sebuah syarikat tersenarai awam di papan utama Bursa Singapura.

Beliau memegang jawatan sebagai pengarah dalam syarikat awam dan penerbit tersenarai iaitu Apex Equity Holdings Bhd; Excel Force MSC Bhd; 7-Eleven Malaysia Holdings Bhd; Berjaya Construction Bhd (tidak tersenarai) dan Bukit Kiara Resort Bhd (tidak tersenarai).

Farhash Wafa juga menjadi Ahli Lembaga Penasihat Yayasan Usahawan Malaysia, sebuah organisasi bukan kerajaan. -BERNAMA

Coelho

Related Posts

AirAsia jual enam A321neo baharu ketika tekanan tunai meningkat

KUALA LUMPUR, — AirAsia Group Berhad dilaporkan menjual enam daripada 10 pesawat Airbus A321neo serba baharu yang diterimanya sejak awal 2025, termasuk dua yang dijual pada Julai lalu, ketika syarikat…

Batu Kawan jual CCM kepada TMK Chemical pada harga RM939.87 juta

KUALA LUMPUR: Batu Kawan Bhd memeterai perjanjian bersyarat untuk menjual Chemical Company of Malaysia Bhd (CCM) kepada TMK Chemical Bhd pada harga RM939.87 juta, selepas lebih tiga bulan rundingan. Menurut…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

Fernandes yakin AirAsia mampu tangani kos bahan api, tidak perlukan ‘bailout’

  • September 19, 2026
Fernandes yakin AirAsia mampu tangani kos bahan api, tidak perlukan ‘bailout’

AirAsia jual enam A321neo baharu ketika tekanan tunai meningkat

  • September 19, 2026
AirAsia jual enam A321neo baharu ketika tekanan tunai meningkat

Batu Kawan jual CCM kepada TMK Chemical pada harga RM939.87 juta

  • September 18, 2026
Batu Kawan jual CCM kepada TMK Chemical pada harga RM939.87 juta

Zetrix AI Lepas seluruh 16.9% pegangan HeiTech Padu, transaksi dianggarkan RM27.5 Juta

  • September 5, 2026
Zetrix AI Lepas seluruh 16.9% pegangan HeiTech Padu, transaksi dianggarkan RM27.5 Juta

AIM Kecilkan Operasi Farmasi kepada Empat Cawangan Selepas Kerugian Terus Melebar

  • September 4, 2026
AIM Kecilkan Operasi Farmasi kepada Empat Cawangan Selepas Kerugian Terus Melebar

Kerajaan Intai Pengambilalihan ‘Jantung’ NexG, Datasonic Technologies Dinilai RM7.5 Bilion

  • August 20, 2026
Kerajaan Intai Pengambilalihan ‘Jantung’ NexG, Datasonic Technologies Dinilai RM7.5 Bilion