ST Telemedia Temasek jual saham U Mobile kepada Mawar Setia milik Vincent Tan dan Tunku Aminah

KUALA LUMPUR: Singapore Technologies Telemedia Pte Ltd (ST Telemedia) mengumumkan pada Rabu bahawa unitnya, Straits Mobile Investments Pte Ltd, telah memeterai perjanjian untuk menjual “pegangan majoriti” dalam U Mobile Sdn Bhd. kepada Mawar Setia Sdn. Bhd.

Setelah urus niaga itu selesai, Straits Mobile akan memegang pegangan minoriti kira-kira 20% dalam U Mobile, dan U Mobile bukan lagi anak syarikatnya.

Syarikat Mawar Setia Sdn Bhd, dimiliki Tan Sri Vincent Tan dan Puteri Johor, Tunku Tun Aminah Sultan Ibrahim. Mawar Setia diperbadankan pada April tahun ini dan 70% dimiliki oleh Tan dan 30% oleh Tun Aminah, berdasarkan maklumat yang diperoleh daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Tun Aminah adalah puteri tunggal Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.

Bagaimanapun, kenyataan yang diterbitkan oleh ST Telemedia di Singapura itu tidak menyebut tentang nilai pegangan yang akan dijual.

Kenyataan ST Telemedia bahawa pegangan yang akan dijual adalah “pegangan majoriti” dan bahawa selepas penjualan ia masih akan “memegang pegangan minoriti sebanyak 20%” dalam U Mobile, telah menimbulkan kekeliruan mengenai saiz sebenar pegangan dipegang oleh Straits Mobile.

Menurut data SSM terkini, Straits Mobile mempunyai 48.25% pegangan dalam U Mobile. Walaupun itu menjadikannya pemegang saham terbesar, ia bukan kepentingan majoriti – yang mesti sekurang-kurangnya 50% ditambah satu saham.

Tambahan pula, kenyataan itu berkata Straits Mobile akan mengekalkan 20% kepentingan dalam U Mobile selepas transaksi itu. Ini bermakna jika Straits Mobile hanya menjual 28.25%, mengapa kenyataan itu mengatakan bahawa ia menjual pegangan majoriti? Atau adakah Straits Mobile sebenarnya memiliki lebih daripada 48.25% yang didedahkan kepada SSM? Atas adakah salah tulisan di dalam kenyataan media mereka?

Pada masa ini, Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, adalah pemegang saham kedua terbesar U Mobile dengan 22.3%. Antara pemegang sahamnya yang lain ialah: Magnum Bhd pada 7.83%, Singer (Malaysia) Sdn Bhd pada 6.09%, U Telemedia Sdn Bhd pada 5.59% dan Tan Sri Koon Poh Keong pada 2.35%, berdasarkan data SSM terkini. Singer dan U Telemedia adalah syarikat milik Vincent Tan.

Tan sebelum ini mempertahankan pemilikan pegangan raja dalam U Mobile, yang telah dipilih untuk menerajui pembangunan rangkaian 5G kedua negara, berkata beliau telah memegang saham dalam syarikat telekomunikasi itu sejak 2015, jauh sebelum beliau menjadi Yang di-Pertuan Agong.

Sementara itu, urus niaga yang dicadangkan itu tertakluk kepada pemenuhan syarat-syarat tertentu duluan, termasuk penerimaan kelulusan kawal selia, kata ST Telemedia dalam kenyataannya Rabu. Penyelesaian perjanjian itu dijangka tidak lewat daripada suku ketiga 2025.

ST Telemedia juga berkata perjanjian surat tambahan akan dimeterai antara Mawar Setia, Straits Mobile dan STT Communications — unit milik penuh langsung ST Telemedia dan pemegang saham tunggal Straits Mobile — berkenaan dengan pindaan kepada hak dan kewajipan tertentu pihak-pihak di bawah perjanjian pemegang saham.

Coelho

Related Posts

AirAsia jual enam A321neo baharu ketika tekanan tunai meningkat

KUALA LUMPUR, — AirAsia Group Berhad dilaporkan menjual enam daripada 10 pesawat Airbus A321neo serba baharu yang diterimanya sejak awal 2025, termasuk dua yang dijual pada Julai lalu, ketika syarikat…

Batu Kawan jual CCM kepada TMK Chemical pada harga RM939.87 juta

KUALA LUMPUR: Batu Kawan Bhd memeterai perjanjian bersyarat untuk menjual Chemical Company of Malaysia Bhd (CCM) kepada TMK Chemical Bhd pada harga RM939.87 juta, selepas lebih tiga bulan rundingan. Menurut…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

Fernandes yakin AirAsia mampu tangani kos bahan api, tidak perlukan ‘bailout’

  • September 19, 2026
Fernandes yakin AirAsia mampu tangani kos bahan api, tidak perlukan ‘bailout’

AirAsia jual enam A321neo baharu ketika tekanan tunai meningkat

  • September 19, 2026
AirAsia jual enam A321neo baharu ketika tekanan tunai meningkat

Batu Kawan jual CCM kepada TMK Chemical pada harga RM939.87 juta

  • September 18, 2026
Batu Kawan jual CCM kepada TMK Chemical pada harga RM939.87 juta

Zetrix AI Lepas seluruh 16.9% pegangan HeiTech Padu, transaksi dianggarkan RM27.5 Juta

  • September 5, 2026
Zetrix AI Lepas seluruh 16.9% pegangan HeiTech Padu, transaksi dianggarkan RM27.5 Juta

AIM Kecilkan Operasi Farmasi kepada Empat Cawangan Selepas Kerugian Terus Melebar

  • September 4, 2026
AIM Kecilkan Operasi Farmasi kepada Empat Cawangan Selepas Kerugian Terus Melebar

Kerajaan Intai Pengambilalihan ‘Jantung’ NexG, Datasonic Technologies Dinilai RM7.5 Bilion

  • August 20, 2026
Kerajaan Intai Pengambilalihan ‘Jantung’ NexG, Datasonic Technologies Dinilai RM7.5 Bilion