Bank Dunia lantik Judith Green dari Jamaica sebagai Pengurus Negara untuk Malaysia

KUALA LUMPUR: Kumpulan Bank Dunia mengumunkan pelantikan Judith Green sebagai Pengurus Negara yang baharu untuk Malaysia.

Dalam satu kenyataan hari ini, bank itu berkata jawatan yang baru diwujudkan untuk Green akan berpangkalan di hab pertumbuhan inklusif dan kewangan mampan Kumpulan Bank Dunia di Kuala Lumpur.

Kedudukan yang baru diwujudkan itu menjadi keutamaan bagi menyokong pembangunan negara melalui pengetahuan, pelaburan dan bantuan nasihat.

Hab itu juga memanfaatkan pengalaman pembangunan dan inovasi dasar Malaysia untuk memudahkan pertukaran pengetahuan antara Malaysia dan negara berpendapatan rendah dan sederhana yang bercita-cita untuk mencontohi kejayaan pembangunan Malaysia.

Green, warganegara Jamaica sebelum ini pernah menjadi Pengurus Negara untuk Kepulauan Pasifik, Papua New Guinea, Australia dan New Zealand di Perbadanan Kewangan Antarabangsa (IFC) Bank Dunia.

Sebelum itu, beliau berkhidmat sebagai pengurus negara IFC yang menyelia Republik Dominican, Haiti, dan Caribbean yang berbahasa Inggeris.

Beliau memegang Ijazah Sarjana Muda Perakaunan dari University of the West Indies dan merupakan felow Persatuan Akauntan Bertauliah (United Kingdom) dan Institut Akauntan Bertauliah Jamaica.

Sementara itu, Green berkata Malaysia telah berjaya mempelbagaikan ekonominya daripada bergantung kepada pertanian dan komoditi kepada sektor pembuatan dan perkhidmatan nilai tambah, yang memacu pertumbuhan ekonomi.

“Memperluaskan penglibatan kami dengan kedua-dua sektor awam dan swasta di bawah pendekatan kepimpinan baharu ini akan membolehkan kami menyokong Malaysia dalam cita-cita pembangunannya dengan lebih baik,” tambahnya.

Coelho

Related Posts

Media Prima catat untung bersih RM20.7 juta tahun kewangan 2025

KUALA LUMPUR: Media Prima Bhd (Media Prima), kumpulan media bersepadu terbesar di Malaysia merekodkan keputusan kewangan bagi suku keempat yang kukuh sekali gus memberikan tempoh 12 bulan tahun kewangan 2025…

MBSB tarik balik kes saman pinjaman RM123 juta terhadap KNM

KUALA LUMPUR: KNM Group Berhad mengumumkan bahawa MBSB Bank Berhad secara rasmi menarik balik semua tindakan undang-undang yang difailkan sebelum ini terhadap kumpulan tersebut dan anak-anak syarikatnya. Selain itu katanya,…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

Jaycorp Perkukuh Pegangan Tenaga Hijau, Ambil Alih Penuh Jaycorp Green Energy Sdn Bhd

  • May 5, 2026
Jaycorp Perkukuh Pegangan Tenaga Hijau, Ambil Alih Penuh Jaycorp Green Energy Sdn Bhd

Pengerusi NexG Tampil Jelaskan Isu, Tegaskan Tadbir Urus Diperkukuh

  • May 5, 2026
Pengerusi NexG Tampil Jelaskan Isu, Tegaskan Tadbir Urus Diperkukuh

Rizab Antarabangsa Malaysia Susut kepada AS$126.61 Bilion pada Mac 2026

  • April 30, 2026
Rizab Antarabangsa Malaysia Susut kepada AS$126.61 Bilion pada Mac 2026

Abdul Halim Aman dilantik ketua pesuruhjaya SPRM

  • April 25, 2026
Abdul Halim Aman dilantik ketua pesuruhjaya SPRM

EPB Sahkan Laluan ke Pasaran Utama, Pemegang Saham Beri Mandat Penuh

  • April 9, 2026
EPB Sahkan Laluan ke Pasaran Utama, Pemegang Saham Beri Mandat Penuh

Helios Lancar Projek Mega Solar RM5.5 Bilion di Kelantan, Sasar Penyenaraian di Bursa Frankfurt Tahun Ini

  • April 7, 2026
Helios Lancar Projek Mega Solar RM5.5 Bilion di Kelantan, Sasar Penyenaraian di Bursa Frankfurt Tahun Ini