Pelaburan Khazanah dan PNB dalam FashionValet tidak selari unjuran pulangan pelaburan

  • News
  • November 14, 2024

KUALA LUMPUR: Khazanah Nasional Bhd dan Pelaburan Nasional Bhd (PNB) mengakui hasil pelaburannya dalam FashionValet tidak selari unjuran pulangan pelaburan.

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Azizan berkata, bagaimanapun kerajaan akan meneliti dan akan terus memberi perhatian bagi memastikan tadbir urus GLC terus kukuh.

Kata beliau memandangkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang menyiasat kes ini dan audit dalaman juga masih berjalan, Khazanah dan PNB perlu diberi ruang untuk proses siasatan diselesaikan.

“Segala dapatan yang dimuktamadkan nanti akan digunakan untuk menambah baik tatakelola dan tadbir urus (kedua-dua GLIC) terbabit,” katanya.

Beliau berkata demikian menjawab soalan Syerleena Abdul Rashid (PH-Bukit Bendera) semasa sesi pertanyaan-pertanyaan menteri di Dewan Rakyat, hari ini.

Mengulas pertimbangan pelaburan dalam FashionValet, Amir berkata ketika Khazanah dan PNB menilai FashionValet untuk potensi pelaburan pada 2017, syarikat itu menjadi sebuah platform fesyen e-dagang yang mempunyai lebih 400 jenama dan 15,000 produk, dengan hasil perniagaan hampir RM60 juta dan merekodkan kadar pertumbuhan tahunan dari 2013 sebanyak lebih 100%.

“Pelaburan oleh Khazanah dan PNB dalam Fashion Valet dibuat setelah melalui proses penilaian terperinci dan ketekunan wajar oleh pihak masing-masing dan dilaksanakan pada nilai pasaran yang mencerminkan trajektori pertumbuhan FashionValet yang kukuh pada masa itu.

Suntikan pelaburan oleh Khazanah dan PNB ke dalam FashionValet digunakan untuk mengembangkan platform FashionValet supaya menjadi platform e-dagang serantau bagi jenama tempatan.

Ini termasuk menambah bilangan kedai fizikal selaras aspirasi FashionValet untuk menjadi platform membeli-belah pelbagai saluran dan membangunkan jenama dimiliki sepenuhnya oleh mereka.

“Fashion Valet telah mencatatkan pulangan tunai positif untuk beberapa tahun selepas menerima pelaburan daripada Khazanah dan PNB. Namun, pihak Khazanah dan PNB sedia maklum cabaran-cabaran dihadapi FashionValet untuk mengembangkan perniagaan,” katanya.

Coelho

Related Posts

  • News
  • November 14, 2025
Urgent Call For Sme Readiness As Malaysia Enters The Post E-Invoicing Era

Wezmart pushes digital, tax and AI transformation as SMEs brace for 2026 Kuala Lumpur, 14 November 2025 — Malaysia’s transition into a fully digitalised compliance environment accelerated this week as…

  • News
  • July 18, 2025
Ekonomi Malaysia dijangka berkembang 4.5% pada suku kedua 2025 – KP DOSM

KUALA LUMPUR, 18 Julai – Ekonomi Malaysia diunjur berkembang sebanyak 4.5% pada suku kedua 2025, didorong oleh penggunaan domestik yang kukuh dan perbelanjaan isi rumah yang stabil, menurut anggaran awal…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

Jaycorp Perkukuh Pegangan Tenaga Hijau, Ambil Alih Penuh Jaycorp Green Energy Sdn Bhd

  • May 5, 2026
Jaycorp Perkukuh Pegangan Tenaga Hijau, Ambil Alih Penuh Jaycorp Green Energy Sdn Bhd

Pengerusi NexG Tampil Jelaskan Isu, Tegaskan Tadbir Urus Diperkukuh

  • May 5, 2026
Pengerusi NexG Tampil Jelaskan Isu, Tegaskan Tadbir Urus Diperkukuh

Rizab Antarabangsa Malaysia Susut kepada AS$126.61 Bilion pada Mac 2026

  • April 30, 2026
Rizab Antarabangsa Malaysia Susut kepada AS$126.61 Bilion pada Mac 2026

Abdul Halim Aman dilantik ketua pesuruhjaya SPRM

  • April 25, 2026
Abdul Halim Aman dilantik ketua pesuruhjaya SPRM

EPB Sahkan Laluan ke Pasaran Utama, Pemegang Saham Beri Mandat Penuh

  • April 9, 2026
EPB Sahkan Laluan ke Pasaran Utama, Pemegang Saham Beri Mandat Penuh

Helios Lancar Projek Mega Solar RM5.5 Bilion di Kelantan, Sasar Penyenaraian di Bursa Frankfurt Tahun Ini

  • April 7, 2026
Helios Lancar Projek Mega Solar RM5.5 Bilion di Kelantan, Sasar Penyenaraian di Bursa Frankfurt Tahun Ini